Punca utama jerawat adalah akibat kekotoran, sel kulit mati atau bakteria. Kulit berminyak pula dikatakan sebagai penyumbang utama masalah jerawat.
Jauhi rangsangan jerawat jika anda mempunyai masalah jerawat yang berlarutan ;)
Jom semak beberapa tips ini, semoga bermanfaat untuk anda.
DONTs
- Makan makanan berlemak dan bergoreng :- ia meningkatkan kandungan glukosa (gula) dalam darah dari karbohidrat dan lemak.
- Makan makanan daripada produk tenusu :- kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu lembu boleh menyebabkan alahan.
- Memakan makanan dari karbohidrat yang diproses :- kandungan gula yang diproses tinggi.
- Minuman berkafein dan berkarbonat :- menyebabkan kelenjar adrenalin merembeskan hormon penyebab stres dan juga boleh mengganggu tidur anda. Minuman berkarbonat juga mengandungi kandungan gula yang tinggi iaitu lebih kurang 7 sudu teh gula untuk setiap tin minuman. Kandungan gula yang tinggi boleh menyebabkan kulit berminyak.
- Makan makanan yang diproses atau ditinkan :- mana-mana makanan bukan dari sumber asli dianggap tidak sihat untuk dimakan.
- Jangan memicit jerawat, takut-takut kotoran dan bakteria pada tangan akan memburukkan keadaan. Begitu juga bakteria dari jerawat boleh merebak pula ke tempat lain.
DOs
- Makan banyak sayur dan buah-buahan.
- Amalkan meminum air suam atau air masak sekurang-kurangnya 2 Liter sehari.
- Amalkan cara masakan kurang atau tanpa minyak seperti memanggang, stim atau membakar.
- Memakan makanan berserat tinggi seperti roti wholemeal, susu skim atau rendah lemak, tuna yang tinggi Omega 3, ayam organik, salad, jus buah-buahan segar dan banyak lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan