Hai semua pembaca! Bertemu lagi kita ☺️
Kali ini, entri blog saya santai-santai sahaja. Ingin saya kongsikan tentang jenama suplemen dan vitamin yang menjadi pilihan saya selama ini - Shaklee!
Jenama Shaklee sudah 2 tahun berturut-turut mendapat anugerah Trusted Best Brand's Award oleh Asian Readers Digest tau. Ohsem kan?
Secara peribadi, biar saya ceritakan pula mengapa saya sendiri memilih vitamin Shaklee ini.
Ada 3 sebab utama yang mahu saya kongsikan. Baca sampai habis kalau-kalau anda masih berkira-kira mahu mencuba jenama ini, okey?
3 Sebab Memilih Vitamin Shaklee
1. Berkesan!
Kawan-kawan, kita mencari dan makan suplemen serta vitamin ini untuk apa ya? Tentulah untuk selesaikan dan tambahbaik masalah kesihatan diri, betul? Begitulah saya ketika kali pertama mencuba ESP Shaklee dahulu.
Sejak mengamalkan vitamin Shaklee bermula 2017, sudah banyak perubahan positif terhadap tahap kesihatan saya. Antaranya,
Simptom resdung sangat kurang
Kalau dahulu asyik bersin pagi tanpa henti ye, setiap hari pula. Muka rasa berat, gatal hidung, bernafas tak selesa dan kerap migrain juga. Alhamdulillah sejak amalkan set resdung Shaklee, things got better and better, tiada lagi simptom semua ni.
Jerawat batu
Saya tak pernah ada masalah jerawat sejak kecil hingga remaja, tetapi jerawat batu menyinggah pada usia 20 (hahaha, rasa geram juga 😂). Masa itu baru praktikal dan bakal tamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di UTM Skudai Johor. Mungkin sebab stres agaknya.
Masalah jerawat batu ni berlanjutan hingga ke dunia pekerjaan - sangat stres! Alhamdulillah berkat set jerawat batu Shaklee, ia sangat membantu. Tiada lagi jerawat batu yang kerap dan yang penting bila ia menjengah, jerawat batu akan cepat surut dengan pengambilan suplemen Shaklee yang tepat seperti yang dicadangkan.
HB rendah dan kurang darah
Siapa ada baca entri terdahulu saya tentang ini, saya sudah ceritakan agak panjang lebat ya. Alhamdulillah bermula dari tak layak menderma darah sehinggalah jadi penderma darah tegar selama 4 tahun (looking for more years ahead, inshaaAllah) hehehe Terima kasih set tambah darah Shaklee!
Ini hanya sebahagian daripada kisah-kisah kecil saya tentang keberkesanan suplemen dan vitamin Shaklee. Di luar sana ternyata lebih banyak Shaklee story yang menarik dan menakjubkan. Anda boleh google sahaja, okey?
As for me, I already fell in love with Shaklee since my first ESP tryout 💚
2. Kajian tentang Kesan Jangka Panjang
Siapalah tidak takut dengan kesan jangka panjang makan suplemen kan. Saya pun begitu. Syukurlah, Shaklee Landmark Study menguatkan keyakinan saya untuk kekal memilih vitamin Shaklee.
Oleh kerana Shaklee adalah syarikat suplemen semulajadi yang sudah bertapak lama sejak 1912, ada penggunanya telah mengamalkan Shaklee dalam tempoh yang lama.
Dengan itu kajian kesan jangka panjang (sehingga 20 tahun) ini dapat dibuat. Ujian darah dan kajian klinikal telah membuktikan bahawa kesihatan pengguna Shaklee semakin baik, berbanding mereka yang langsung tidak mengamalkan suplemen.
Kesihatan pengguna Shaklee juga jauh lebih baik berbanding mereka yang makan suplemen jenama lain selain Shaklee.
Keputusan Landmark Study ini memang patut diambilkira kalau anda sedang memilih suplemen ya.
Berhati-hati. Selain untuk keberkesanan jangka pendek, jangan abaikan kesan suplemen untuk jangka panjang juga, okey?
Bagi saya sendiri, jenama Shaklee memang terbaik untuk kedua-dua kesan jangka pendek dan jangka panjang. Jadi tunggu apa lagi? Pilihlah jenama Shaklee tanpa ragu-ragu ☺️
3. Konsep Gaya Hidup Sihat Shaklee
Setelah berada dalam komuniti Shaklee, sebenarnya saya secara peribadi rasa sangat bersyukur.
Shaklee berusaha menerapkan dan saya nampak sangat membudayakan gaya hidup sihat dari 3 komponen utama saranan mereka iaitu,
Makan secara sihat
Amalkan senaman
Suplemen secara bijak
Kempen Shaklee ini sangat baik untuk mengekalkan tahap kesihatan individu.
Ya, kita sedar suplemen saja tak mencukupi, tapi rutin hidup juga perlu diubah seperti makan secara sihat dan membuat senaman - barulah kekal sihat lebih lama dan terhindar dari penyakit. Well, mencegah sentiasa lebih baik daripada merawat.
Itu dia 3 sebab saya memilih vitamin Shaklee! Pendapat anda pula bagaimana? Kongsikan di bahagian komen ya 🤩
Tiada ulasan:
Catat Ulasan