Follow Us @bijak.sihat

02 November 2017

4 Cara Mengecutkan Jerawat Yang Berkesan dan Selamat

Jerawat, kalau dia muncul ada yang kecil-kecil je tapi ada juga yang besar-besar macam jerawat batu. Tekan sikit je rasa pedih dah. Warnanya merah-merah dan terbonjol je...huu. Keyakinan diri mulalah drop kan, keluar rumah pun segan. Huu..

Jadi, Jaja nak share pasal cara mengecutkan jerawat dengan anda semua kali ini. Ia berdasarkan info yang Jaja baca di website Healthline – suatu web yang bagus sebab memberikan kita info yang bertepatan dengan kedoktoran, ia ada HONcode ;)


Jerawat dan Keradangan



Anda tentu perasan yang kadangkala, memang jerawat yang timbul menjadi merah-merah dan bengkak. Ya, yang kita rasa pedih bila menyentuhnya itulah!

Simptom ini dipanggil keradangan.

Radang ni bukanlah tidak bagus. Ia adalah tindakbalas badan kita terhadap bahan yang boleh memudaratkan system badan iaitu mungkin akibat serangan bacteria, bahan kimia dan makanan yang kita alergi.

Dalam kes jerawat, bengkak dan merah-merah kerana keradangan tersebut adalah kerana sel badan kita bertindakbalas untuk menangani serangan bahan berbahaya tersebut. Lebih banyak sel darah putih iaitu sel yang terlibat dalam pertahanan badan dibawa ke tempat serangan. Apabila serangan berbahaya dapat ditewaskan, maka keradangan pada jerawat tersebut akan pulih – bengkak menjadi surut, tanda kemerahan menjadi pudar dan tempat jerawat akan sembuh dan kecut.

Jelas kan?                                                         

Walau bagaimanapun, meski pun kita tahu keradangan bengkak jerawat tu disebabkan oleh ‘pertempuran’ sel badan dengan musuhnya, seriously muka yang naik jerawat tu tetap tak menyenangkan.. betul tak ;)

Pastilah cepat-cepat kita nak jerawat tu surut ye tak. Sudah tu tinggalkan kesan parut pula, lagilah kita rasa down. Isy!


4 Cara mengecutkan jerawat


Nak kecutkan jerawat, semestinya ia akan melibatkan kesan pemulihan yang pantas. Persoalannya boleh ke?

Berita baiknya, ye boleh. Kita memang boleh mengecutkan jerawat dengan cara yang lebih cepat! 
Jom Jaja kongsikan.


1. Jaga pemakanan Anda

Pertama-tama, pemakanan kita sangat penting untuk mengawal keradangan jerawat jadi makin parah. Jadi, untuk mengecutkan jerawat kita patutlah mencegahnya daripada menjadi lebih teruk ya. Bila bengkak jerawat tu jadi terkawal, maka lebih mudah untuk kita kecutkan jerawat sedia ada tu ;)

Antara pelbagai makanan, ada jenis makanan yang akan menyebabkan keradangan menjadi lebih teruk. Sebab itulah kena jaga pemakanan dahulu. Antara makanan yang menyebabkan keradangan jerawat semakin parah ialah:


  1. Produk Tenusu daripada lembu terutama yang telah diproses
  2. Gula: ia menyebabkan kandungan gula naik mendadak di dalam darah dan akan menyebabkan keradangan jerawat yang berpanjangan
  3. Minyak sayuran seperti minyak jagung, bunga matahari, dan minyak soya
  4. Lemak trans: ia biasanya terdapat dalam makan segera dan diproses seperti makanan segera, goreng-gorengan, marjerin dan produk bakeri
  5. Perisa, perasa dan pengawet dalam makanan
  6. Tepung putih dan tepung halus
  7. Daging diproses kerana mengandungi nitrit, nitrat dan pengawet lainnya
  8. Daging yang diternak dengan suntikan hormone, antibiotic dan lemak omega 6

Banyak juga kan?

Betul, kena elakkan semua ni sebab ia akan sebabkan jerawat kita tu makin membengkak nanti. At least, berpantang sekejap sementara jerawat tengah naik subur tu ya.


2. Amalkan makanan yang bagus untuk masalah jerawat dan anti keradangan


Jika ada makanan yang menjadikan jerawat makin bengkak, lambat surut dan lambat pulih, maka ada juga makanan yang dapat membantu kita untuk mengecutkan jerawat. Yay!

Ini antaranya:

1. Buahan Beri
Antara buahan beri ialah seperti strawberi, blueberry, raspberry dan blackberry. Buahan jenis ini sangat kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Ia juga kaya antioksidan yang dipanggil anthicyanin, yang dapat mengurangkan keradangan dan meningkatkan keimunan badan.


2. Minyak Ikan

Minyak ikan adalah sumber protein bagus yang kaya dengan lemak omega 3, EPA dan DHA. Sumber minyak ikan terbaik dapat diperoleh daripada ikan salmon, sardine, tuna dan ikan bilis.
Kandungan EPA dan DHA inilah yang berperanan dalam mengurangkan keradangan.


3. Tomato

Ia kaya dengan vitamin C, kalium dan lycopene iaitu suatu antioksidan dengan sifat anti keradangan yang hebat.


4. Anggur

Anggur kaya dengan anthocyanins yang dapat mengurangkan keradangan. Ia juga salah satu sumber resveratrol iaitu satu lagi bahan yang banyak manfaatnya terhadap kesihatan kita.


Sebenarnya banyak lagi bahan makanan yan g mempunyai sifat anti keradangan ini, Cuma di sini Jaja sebutkan 4 sahaja sebagai contoh.


3. Amalkan Suplemen yang Membantu Mengecutkan Jerawat


Shaklee, sebuah syarikat suplemen yang sudah mencapai ulang tahun ke-100 mempunyai beberapa suplemen yang boleh diamalkan untuk membantu mengecutkan jerawat ini. Mereka ialah:


a) Omega Guard (RM 159.63 - 60 biji)



Kandungan Omega Guard adalah sofgel minyak ikan. Ia kaya omega 3, DHA dan EPA. Ia akan dapat membantu untuk melegakan keradangan dan mengecutkan jerawat dengan lebih cepat!


b) Vitamin E Complex (RM 165.63 - 120 sofgel)

Vitamin E ini diekstrak daripada buah anggur. Buah anggur amat kaya dengan antioksidan dan bahan anti-radang iaitu resveratrol, jadi jerawat lebih cepat kecut.


c) Garlic Complex (RM 59.63 - 60 tablet)


Sifat bawang putih adalah anti-radang, anti-virus dan anti-kulat. Apabila diamalkan, ia dapat mengawal bacteria jerawat pada kulit. Koloni bacteria jerawat yang tidak terkawal pada kulit bukan saja menyebabkan jerawat asyik singgah tetapi ia juga menggalakkan keradangan jerawat yang lebih teruk dan semestinya akan lambat pulih.


d) Sustained Release Vita-C Plus (RM 103.35 - 180 tablet)

Kandungan Vitamin C di dalam setiap tablet suplemen ini amat-amat bagus untuk meningkatkan sistem imun badan kita. Apabila ketahanan badan tinggi, keupayaan sel terhadap radikel bebas juga meningkat. Kejadian jerawat akan semakin berkurangan dan jerawat yang ada akan kecut lebih cepat.


e) ESP (RM170.93 - 850 gram)


ESP adalah protein tumbuhan daripada kacang soya non-GMO. Kelebihan protein tumbuhan berbanding protein haiwan ialah ia bebas lemak dan kolesterol, maka khasiat yang didapati adalah semata protein.

Dalam kes mengecutkan jerawat, meminum ESP dapat membantu sel badan kita untuk berfungsi, tumbuh dan berganti dengan baik. Sel lama yang mati akan digantikan dengan sel baru kerana bekalan protein badan yang mencukupi. Proses gantian sel menjadi lebih giat, maka begitu juga proses pemulihan jerawat. Jerawat akan cepat kecut. Bukan itu sahaja, parut bekas jerawat juga akan semakin pudar kerana gantian sel yang giat ini.


>>Ingin membeli item-item ini? Boleh klik button di bawah<<

4. Jaga kebersihan kulit

Liang pori yang tersumbat pada kulit akan menyebabkan jerawat. Ia akan menjadi bengkak dan kemerahan (radang) jika kebersihan pada kulit tersebut diabaikan akibat bacteria jerawat yang selesa menghuni persekitaran tersebut. Maka jagalah kebersihan kulit kita terutama di wajah yang sangat mudah disinggahi jerawat.

Antara tips penjagaan kebersihan kulit ialah:

  • Mencuci wajah dengan bersih sekurang-kurangnya 2 kali sehari
  • Membersihkan mekap dengan sempurna setiapkali memakainya
  • Lakukan skrub wajah supaya menanggalkan sel kulit mati dan kotoran pada kulit
  • Jangan memegang kulit wajah dengan tangan
  • Jangan memicit jerawat yang sedang radang. Biar ia surut dengan sendiri
  • Gunakan pakaian atau tuala yang bersih


Anda dapat 4 tips utama mengecutkan jerawat di atas? Yeah, semoga dapat sedikit ilmu hasil perkongsian Jaja kali ini ya.

Jadi, apa nak buat bila jerawat menyerang lagi? Jomlah mengecutkan jerawat dengan cepat dan selamat! Cuba praktik ilmu di atas ya ;)







* * *
Mahu mendapatkan suplemen mengecutkan jerawat oleh Shaklee? Atau perlu konsultasi? Klik dan hubungi Jaja ya.


Tiada ulasan: