Follow Us @bijak.sihat

26 Mei 2023

Cara untuk Renew Membership Shaklee 2023

11:34 PTG 0 Comments

Jika anda telah berdaftar sebagai Ahli Shaklee, ketahuilah bahawa keahlian perlu diperbaharui setiap tahun. Renew membership Shaklee ini penting dibuat supaya anda terus menikmati kelebihan sebagai ahli. Antara kelebihan yang diterima sebagai Ahli Shaklee ialah;


🌟 Membeli pada harga yang lebih menjimatkan dan pada masa yang sama points untuk Bonus Tunai akan dikira

🌟 Layak mendapat Bonus Tunai sekiranya memenuhi syarat minima points bulanan

🌟 Mendapat tahu info tentang promosi terkini dan potongan harga dengan cepat dan eksklusif 

🌟 Mendapat infomasi terkini tentang produk, ilmu nutrisi, perkembangan syarikat dan aktiviti-aktiviti menarik

🌟 Boleh menyertai aktiviti, majlis dan bengkel yang dianjurkan pihak Shaklee

🌟 Akses kepada konsultasi dengan pakar nutrisi tentang ilmu kesihatan, pemakanan suplemen dan penggunaan produk pada cara yang betul dan berkesan

🌟 Latihan tentang produk secara berterusan dari masa ke masa

🌟 Boleh menjana pendapatan sekiranya mahu

🌟 Boleh mendaftarkan orang lain pula sebagai Ahli Shaklee

🌟 Berpeluang merebut 3 jenis bonus yang ditawarkan Shaklee iaitu; Bonus Tunai, Bonus Program Kereta dan Bonus Percutian


Tahniah untuk yang sudah menjadi Ahli Shaklee! Anda akan menikmati semua kelebihan-kelebihan di atas ini.

Jika anda belum mendaftar sebagai Ahli Shaklee, bolehlah daftar terus di sini secara online sahaja.



Langkah demi Langkah: Renew Membership Shaklee



Ada 2 cara untuk renew membership Shaklee.


Cara 1: Renew Membership Shaklee


👉 Log in ke akaun ahli anda. Klik Login di www.shaklee.com.my. Masukkan Shaklee ID dan Password.

renew membership Shaklee



👉 Sekiranya akaun anda expired, paparan untuk renew membership akan keluar. Klik sahaja pada OK.

renew membership Shaklee



👉 Klik pada Shop. Paparan produk dan item promosi akan keluar. Klik pada mana-mana produk yang memiliki UV yang anda mahu beli. Klik Add to Cart, kemudian klik Go To Cart.

renew membership Shaklee



(Untuk maklumat, anda perlu membeli sekurang-kurangnya 1 produk untuk tujuan renew membership Shaklee ini)

👉 Pastikan dalam cart anda ada Auto Shaklee Today Annual Subscription. Tandakan juga kotak bertulis Self Renewal.

renew membership Shaklee



👉 Kemudian, buat bayaran secara FPX atau Debit/Kredit Card sehingga berjaya. Tiada yuran renewal dikenakan.

renew membership Shaklee



👉 Selesai.



Cara 2: Renew Membership Shaklee


👉 Cara ini menggunakan khidmat Agen Shaklee Sah seperti saya. Sila hubungi saya di (link) ini.

👉 Beritahu saya produk yang anda ingin beli semasa renew membership Shaklee.

👉 Masukkan duit ke dalam akaun bank saya.

👉 Tunggu sehingga saya selesai membantu renew membership anda.

👉 Selesai.


Mudah sahaja nak renew membership Shaklee kan! Jadi tunggu apa lagi, cepat-cepatlah renew keahlian anda ye sebab semua kelebihan bakal menanti.

21 Mei 2023

Syoknya Cash Rebate! Boleh Makan Vitamin Shaklee Secara Percuma!

12:32 PG 0 Comments

Nak tahu tak? Anda boleh makan vitamin Shaklee secara percuma! Bukan tipu-tipu tapi memang boleh 😍


Sebagai agen Shaklee, saya ingin kongsikan berita baik ini kepada semua. Teruskan membaca sehingga akhir untuk ketahui cara-caranya.



Cash Rebate Shaklee 


Di Shaklee, anda boleh membeli vitamin Shaklee dengan harga diskaun sekali pun untuk item yang sedang promosi. Diskaun tersebut serendah 5 ke 21% - sangat menarik! Semua ini di bawah program cash rebate untuk ahli-ahli berdaftar. Ini juga bermakna anda tidak perlu keluarkan duit sendiri untuk membeli vitamin sendiri.


Cash rebate shaklee


Langkah demi Langkah: 


1. Daftar sebagai ahli Shaklee. Daftar di sini jika anda belum menjadi Ahli Shaklee.

2. Buat belian minima 150 UV ke atas untuk melayakkan diri untuk cash rebat

Berikut ialah jadual UV beserta peratus cash rebate dan anggaran RM yang bakal diterima.


Tips 1: anda boleh membuat belian dalam resit berbeza sepanjang bulan yang sama. UV terkumpul pada hujung bulan akan menentukan peratus cash back anda.


Tips 2: Semakin banyak belian, semakin tinggi UV dan semakin tinggilah cash rebate anda.


Tips 3: Nak dapat cash rebate tinggi? Ambil pesanan vitamin untuk keluarga, kawan-kawan dan kenalan anda juga. Belikan untuk mereka menggunakan akaun ahli anda.


Contoh Layak Mendapat Cash Rebate


Alia adalah ahli Shaklee berdaftar. 


Pada 1 Mei, Alia membeli sebotol ResV untuk dirinya dan sebotol Vivix untuk suaminya. Untuk belian ini, Alia mendapat UV terkumpul sebanyak 227. 


Pada 15 Mei berikutnya, Alia membelikan set Hello New You kepada 2 orang rakannya yang mahu berdiet kurus. Dia mendapat 184 UV untuk belian ini. 


Pada keesokannya 16 Mei, seorang rakannya yang lain ingin mendapatkan sebotol ResV dan sebotol Vivix kerana tertarik dengan Alia yang mengamalkan ya. Jadi, Alia membantu mendaftar rakannya sebagai ahli Shaklee sekaligus membeli promosi 2 botol ResV dengan nilai 227 UV. 


Sehingga hujung bulan, UV terkumpul Alia ialah 638 UV  Ini melayakkan Alia mendapat 11% cash rebate. 


Pada 15 Mei seterusnya, Alia akan menerima sebanyak RM244.20 yang terus dikredit masuk ke dalam akaun banknya. Dengan duit tersebut, Alia dapat membeli vitamin yang diingini tanpa mengeluarkan duit sendiri. Contohnya boleh beli Set Rahmah B secara percuma! Menarik kan?


Cash rebat shaklee


Nak tahu lagi lebih banyak tentang keistimewaan Ahli Shaklee? Stay tune untuk entri saya seterusnya!

16 Mei 2023

Set Hello New You - Program Diet Kurus Yang Sihat dan Selamat

11:15 PTG 0 Comments

Adakah anda sedang berusaha untuk kurus? Tapi menitikberatkan produk yang sihat dan selamat? Dan paling penting, dah penat mencuba tapi tak berjaya turunkan berat badan? Kalau berjaya pun, berat badan ideal tidak berkekalan? InshaaAllah, set Hello New You Shaklee memang sesuai untuk anda.


set hello new you shaklee


Tentang Set Hello New You Shaklee


Set Hello New You adalah suatu padanan nutrisi sokongan yang boleh membantu anda mendapatkan berat badan ideal secara sihat, selamat dan berkesan. Mari saya kongsikan beberapa testimoni yang dengan Set Hello New You!


set hello new you shaklee

set hello new you shaklee

Set hello new you shaklee


Menarik bukan kisah mereka?


Nak tahu mengapa set ini dinamakan Hello New You? Jawapannya jelas ada dalam maklumbalas pengguna-pengguna. 


Antaranya, ada yang dulunya sukar naik tangga tapi sekarang semakin cergas dan mudah pula nak cari baju kerana saiz badan semakin ramping. 


Ada juga yang dulunya sakit lutut dan sesak nafas semasa membuat kerja kerana berat badan berlebihan, namun sekarang badan terasa segar betul! 


Ada juga yang dulunya letih dan alami gastrik tapi dengan set ini, beliau kembali cergas dan bertenaga.


Mari, sertai mereka!


Sertai mereka untuk manfaat kesihatan yang lebih baik,


✅ Mengurangkan berat badan ke tahap ideal

✅ Menjadi lebih cergas dan bertenaga

✅ Menghilangkan lesu-lesu badan

✅ Meningkatkan keyakinan diri dengan tahap kesihatan yang baik

✅ Memperbaiki penampilan yang lebih sihat, cantik dan menawan


Kandungan Set Hello New You


Dikuasakan oleh sains, Set Hello New You memang istimewa! Ia menggalakkan pengurusan berat badan yang lestari dengan mengambil kira nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan anda dan bukan hanya solusi sementara untuk mempromosikan penyelesaian pantas bagi penurunan berat badan. Ini ciri-ciri istimewa set ini;


✔️ Tiada pemanis tiruan 

✔️ Tiada pewarna tiruan

✔️ Tiada pengawet tiruan

✔️ Tiada perisa tiruan

✔️ Bukan GMO

✔️ Rendah glisemik

✔️ Tanpa gluten


Set Hello New You mempunyai 4 item utama iaitu,


1. Cinch Shake

🌸 Manfaat dari satu hidangan penuh yang dibawakan dalam bentuk  

minuman yang lazat dan  

berkhasiat. 

🌸 Ditambah dengan Leusina untuk pengurusan berat badan secara sihat. 

🌸 Mengandungi 20 jenis vitamin dan mineral penting.


2. Omega Guard 

🌸 Membekalkan asid lemak penting omega 3 bergred farmaseutikal yang berspektrum luas.  

🌸 Dihasilkan melalui proses penyulingan molekul proprietari tiga peringkat.


3. Lecithin 

🌸 Pengemulsi daripada sumber semula jadi kacang soya.


4. HerbLax

🌸 Dipertingkatkan dengan campuran proprietari termasuk daun senna yang digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi.  

🌸 Menggalakkan pergerakan usus untuk membantu proses semulajadi tubuh badan.


Untuk maklumat lanjut, bagi setiap pembelian Set Hello New You inj, anda akan dibimbing dalam suatu program khas sebagai sokongan kepada matlamat kurus anda. Di dalam program ini, anda akan didedahkan dengan cadangan menu suku-suku-separuh, senaman, tips puasa (intermittent fasting) dan paling penting aturan untuk mengamalkan Set Hello New You dengan paling berkesan!


Bagi yang ingin mendapatkan Set Hello New You, bolehlah hubungi saya di sini. Untuk program khas tersebut, usah risau. Anda akan dibimbing sejurus selepas selesai pembelian 😊

10 Mei 2023

Rumah Terbuka Hari Raya – Persediaan Kekal Sihat, Jom?

11:07 PTG 0 Comments

             Sungguhpun Aidilfitri telah berlalu, namun kita masih di bulan Syawal yang diraikan. Tentu banyak jemputan rumah terbuka, sama ada dianjurkan keluarga, saudara, rakan-rakan dan majikan tempat kerja. Wah, meriah kan! Disajikan pula dengan aneka juadah yang tentunya sedap-sedap belaka boleh buatkan tetamu makan tak ingat dunia ya. Syukur, rezeki kita di bumi Malaysia memang kaya dengan kepelbagaian juadah makanan dan minuman.


Tapi, sebelum ke hari raya open house tu beringat-ingatlah ya. Beringat supaya sentiasa kekalkan kesihatan diri dengan memilih makanan yang baik mengikut tahap kesihatan sedia ada. Nak merasa semua makanan, tentu tak salah. Tapi berpada-pada dengan kuantiti ya. Kurangkan makanan manis-manis. Kalau sudah banyak makan kuih muih, biskut raya dan desert, seimbangkanlah ia dengan pengambilan air kosong. Ada banyak tips lagi yang boleh dipraktikkan okey? Yang penting, berpada-padalah makan ketika di rumah terbuka hari raya.


Untuk kali ini, saya ingin kongsikan beberapa suplemen yang sesuai diambil untuk melegakan perut, sistem penghadaman dan pelawasan semasa musim rumah terbuka hari raya sekarang ini. Maklumlah, banyak makan mesti banyak ragam pula. Mungkin ada yang makan terlampau kenyang sampai sakit perut dan tak selesa. Ada pula yang jadi badan berangin sebab tersilap makan. Tak kurang juga yang hadapi masalah untuk membuang air besar dengan lancar. Dan, yang paling terkenal mungkin ramai yang dah naik badan sebab asyik memenuhi jemputan rumah terbuka hari raya? Hehe


Jangan risau..

Jom kenali beberapa suplemen Shaklee yang dapat membantu.


3 Suplemen Terbaik untuk Musim Rumah Terbuka Hari Raya

1.    
rumah terbuka hari raya

     HerbLax


Herblax paling baik untuk mereka yang alami masalah membuang air besar dan perut buncit! Makan banyak-banyak di rumah terbuka hari raya takkan pula tidak membuang air besar setiap hari kan, tak logik. Bila lancar membuang, insyaaAllah badan pun rasa selesa dan sihat. Kebaikan Herblax ialah,

  •  Membersih najis yang tersekat di usus
  •  Membantu masalah sembelit
  •  Mengempiskan perut
  •  Melembutkan najis dalam kes sembelit

 

2.    Alfalfa Complex


Ada masalah badan berangin? Alfalfa boleh membantu. Mengikut sejarah botaninya, Alfalfa telah digunakan sejak 2500 tahun dahulu kerana kaya dengan pelbagai nutrisi. Antara manfaat Alfalfa Complex ialah,

  •  Mencuci hati, darah dan usus daripada toksin
  •  Melawan alahan seperti masalah resdung
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut, jadi membantu masalah penghadaman
  • Menyingkirkan lemak dan kolesterol

 

3.    Lecithin


Menu rumah terbuka hari raya jika bukan yang manis-manis, ada juga yang berminyak dan bersantan tentunya. Awas, lemak memang ada kegunaanya untuk badan kita tapi pengambilan tetap perlu dikawal mengikut kuantiti yang tidak berlebihan. Lecithin bermanfaat untuk membantu pencernaan lemak di dalam dengan baik. Selain itu, Lecithin juga berperanan sebagai

  •  Membantu penyerapan vitamin larut lemak dengan baik
  •  Melindungi hati dengan menghalang enapan lemak pada hati
  • Memecah lemak dan kolesterol, jadi membersih salur darah dan mengurangkan risiko tersumbat
  • Melangsingkan badan kerana menggalakkan pembakaran lemak badan


Itu dia 3 suplemen yang boleh disediakan sebagai persiapan ketika musim rumah terbuka hari raya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua J

30 April 2023

Hari Raya dengan Shaklee: 7 Suplemen dan Vitamin Untuk Musim Perayaan

1:56 PTG 0 Comments

Selamat hari raya Aidilfitri 1444H semua!


Semoga belum terlambat untuk saya ucapkan. Diharapkan semuanya dapat meraikan Aidilfitri ini dengan gembira dan penuh kesyukuran.


Dalam kesempatan entri kali ini, saya mahu berkongsi 7 suplemen yang sangat penting semasa musim perayaan. Eh, musim perayaan pun ada suplemen khas ya? Mesti lah!


Semasa musim perayaan, makan-makan mesti wajib kan! Berkunjung ke rumah sanak saudara dan kenalan, mestilah ada juadah yang terhidang. Jadi kadangkala tu semua pun kita nak bedal makan tak kiralah yang tinggi gula, yang berkarbonat, yang tinggi lemak dan lain-lain. Bila lepas makan, mula lah ada masalah-masalah berkaitan penghadaman seperti angin, sakit perut, sebu, nak termuntah, terlebih makan dan lain-lain dek kerana makan tak beringat.


Cuaca sekarang pula agak panas kerana fenomena El Nino. Ziarah raya dari rumah ke rumah memang agak cabaran dengan bahang dan rasa dahaga. Selain banyakkan meminum air masak, paling penting mesti pastikan badan terhidrat dengan baik. Jika tidak, boleh terjadi risiko strok haba pula, bahaya.


Bertemu ramai orang dan berkunjung ke banyak tempat juga membuatkan badan mudah jatuh sakit jika imun badan tidak cukup kuat. Oleh itu kena sentiasa pastikan sistem kekebalan tubuh berada pada tahap optima supaya tidak mudah terkena jangkitan dan jatuh sakit. Gejala tidak sihat seperti demam, panas badan, selesema dan batuk inshaaAllah dapat dielakkan bila imun badan ditingkatkan.


Sudah makan banyak jamuan raya, eh terasa berat badan naik pula. Yang tak best, bila badan rasa lemau, berat dan lemah. Seluar dan baju pun sudah rasa sedikit sendat, isy mesti tak best! Seronok juga kalau dapat kurangkan kembali berat ke berat ideal, bukan?


Untuk selesaikan semua isu dan kerisauan ni, jom lah berhari raya dengan Shaklee. Ada beberapa suplemen Shaklee yang sesuai untuk anda di musim raya ini.


7 Suplemen Penting Hari Raya dengan Shaklee


1. Sustained Released Vita C


vitamin raya shaklee

Vitamin C merupakan vitamin yang sangat penting untuk menguatkan keimunan tubuh. Jadi keadaan apa pun, jangan lupakan vitamin C lagi-lagi di musim perayaan ini.


Sebotol vitamin C Shaklee mengandungi 180 tablet dan bertahan selama 6 bulan kegunaan. Memang berbaloi dibeli sebab boleh dimakan seisi keluarga bermula umur 12 tahun. Jika ada anak di bawah umur 12 tahun, bolehlah dapatkan Hero Kiddo atau Chewable C yang lebih sesuai untuk mereka.


2. NutriFeron


Nutriferon pula ialah satu lagi immune booster untuk mengelakkan jangkitan semakin teruk. Seeloknya, Vitamin C dan Nutriferon diamalkan bersama. 


Vitamin C akan bertindak untuk menguatkan imun badan, manakala Nutriferon bertindak sebagai penggalak imun ketika telah terkena jangkitan. Amalkan Nutriferon 2 ke 3 kali seminggu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan. Namun jika sudah terkena jangkitan dan mulai tidak sihat, bolehlah diambil setiap hari untuk ikhtiar cepat sembuh.


3. Omega Guard


Secara umum, Omega Guard yang kaya dengan khasiat Omega 3 (DHA dan EPA) sangat bagus untuk menjaga kesihatan sistem peredaran darah iaitu jantung, salut darah dan mengawal paras kolesterol yang baik.


vitamin raya shaklee


Pada musim perayaan, disebabkan kita banyak memakan makanan yang tinggi lemak dan kolesterol, haruslah lebih berjaga-jaga. Usah tinggal Omega Guard untuk memastikan paras kolesterol dalam darah sentiasa terkawal. Jika tidak, boleh terjadi risiko penyakit serangan jantung, darah tinggi yang tidak terkawal dan masalah kolesterol tinggi pula. Ingat-ingatlah sebelum terkena.


4. Lecithin


vitamin raya shaklee


Makan ketupat dan rendang, serta hidangan berlemak dan bersantan di musim raya ini sebaiknya amalkan juga Lecithin Shaklee. Tujuannya supaya penghadaman lemak berjalan baik.


Apabila penghadaman baik, tiadalah masalah sebu perut, angin dan ketidakselesaan. Barulah selesa nak sambung hari raya dengan Shaklee kan!


5. HerbLax


HerbLax paling terbaik untuk melegakan masalah sembelit!


vitamin raya shaklee


Ha makan macam-macam takkanlah tak membuang pula kan? Pastikan membuang air besar setiap hari, barulah badan rasa selesa dan sihat. Andaikata tak membuang dalam sehari, anda memang patut risau.


6. Performance Drink


vitamin raya shaklee


Antara nasihat KKM semasa fenomena El Nino sekarang ialah kurangkan aktiviti di luar rumah kerana cuaca yang panas. Namun bagi yang berziarah raya, pastikan minum banyak air kosong supaya badan kekal terhidrat. Boleh juga dapatkan sokongan minuman tenaga Performance Drink untuk mengekalkan cecair badan pada tahap normal.


7. Alfalfa Complex


vitamin raya shaklee

Antara kebaikan mengamalkan Alfalfa Complex ialah dapat membuang angin dalam badan membantu proses pencernaan serta detoks badan. Dengan ini, badan akan jadi lebih selesa.



Sebagai penutup, berhari raya jangan sampai lupa menjaga kesihatan diri okey. Dapatkan suplemen dan vitamin Shaklee yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Kesihatan diri tanggungjawab sendiri, ingat itu. Justeru, hari raya dengan Shaklee pastinya lebih bermakna kerana dapat menyokong kesihatan kita, inshaaAllah.

26 April 2023

Insentif Shaklee Peluang Bonus RM600 untuk semua Ahli Shaklee Berdaftar!

7:47 PG 0 Comments

     Adakah anda pengguna suplemen Shaklee? Sudahkah mendaftar sebagai ahli? Jika belum, inilah masanya untuk anda mendaftar sebagai ahli Shaklee! Shaklee sedang tawarkan bonus sebanyak RM600. Berita baiknya, semua ahli Shaklee layak merebutnya. Insentif Shaklee 2023 ini memang menarik.


    Teruskan membaca untuk anda ketahui bagaimana caranya untuk merebut insentif Shaklee yang ditawarkan ini.


    Bagi yang ini mendaftarkan diri sebagai ahli Shaklee dengan yuran hanya serendah RM35, boleh terus daftar di website Shaklee. Untuk mendapatkan keahlian secara percuma tanpa yuran RM35, bolehlah membuat belian pertama bernilai RM300 ke atas.


    Sekarang, mari saya terangkan lebih lanjut tentang insentif Shaklee 2023. Tak sabar kan!


    Sebagai pengenalan, Insentif Shaklee 2023 menawarkan wang tunai sebanyak RM600 bagi sesiapa yang layak. Syarat penyertaan semestinya khas untuk ahli Shaklee berdaftar sahaja. 


Jika anda hanya ahli makan sendiri, bukan berbisnes pun anda layak! Namun, untuk yang baru berfikir atau mahu mencuba bisnes Shaklee, ini semestinya peluang yang sangat baik untuk anda bermula. Bagi yang sedang berbisnes dan bergelar Agen Shaklee, ini pula peluang untuk anda buat comeback!


    Ada tiga kategori penyertaan dan kelayakan.


Kategori 1: Ahli biasa (SID)

    Bagi yang baru menyertai keluarga Shaklee, jika anda sudah sempat membaca pelan bisnes Shaklee dalam member kit, pastinya anda akan perasan ada pangkat-pangkat tertentu dalam bisnes ini. Perhatikah rajah di bawah.


Insentif shaklee


Bagi yang baru mendaftar, atau sudah lama menyertai Shaklee tetapi tidak berbisnes, gelaran anda ialah sebagai SID.


Untuk melayakkan diri menerima insentif Shaklee RM600 pada Ogos 2023, ini langkah-langkahnya:


Insentif shaklee


  1. Beli produk atau suplemen Shaklee dan rasai sendiri kesan baiknya untuk kesihatan diri anda
  2. Mula kongsikan kebaikan produk-produk Shaklee kepada ahli keluarga, kawan-kawan dan orang sekitar
  3. Jual kepada mereka yang berminat dan memerlukan.
  4. Dalam tempoh sebulan, pastikan anda dapat menjual produk dan suplemen Shaklee sekurang-kurangnya RM 11,000. Ini bersamaan dengan 27 botol Vivix atau 27 botol Res-V atau 82 balang ESP atau 72 tiub YOUTH Cleanser atau 25 Bestseller Set (Set Asas Kesihatan) atau 33 Hello New You Set (Set Kurus). Ini melayakkan anda bergelar Supervisor. Bonus Shaklee anda pada bulan tersebut ialah sekitar RM1,500.
  5. selepas naik pangkat Supervisor pada bulan pertama, pastikan anda buat jualan yang sama pada bulan ke-2 dan ke-3 berikutnya.
  6. Cukup sahaja bergelar sebagai Supervisor dalam tempoh 3 bulan berturut-turut, nah anda sudah layak mendapat bonus tambahan RM600 daripada pihak Shaklee. 

Ini beberapa contoh strategi metebut bonus RM600 yang mungkin berlaku:


Insentif shaklee



Best kan 😍


Kategori 2: Agen Shaklee - Supervisor (Appointed Rank)

    

Bagi yang membuat bisnes Shaklee secara sampingan atau kurang serius sebelum ini, kategori 2 memang untuk anda. Kategori ini terbuka untuk Agen Shaklee yang tidak efektif sebagai sekurang-kurangnya pangkat Supervisor dari tempoh Januari sehingga Mac 2023 yang lalu.


    Caranya ringkas sahaja!


    Buat agen Shaklee yang masih bergelar SID, apa yang anda perlu buat ialah usahakan untuk naik rank Supervisor dan kekal pada pangkat yang sama sepanjang 3 bukan berturut-turut iaitu dari April sehingga Jun ini.


Insentif shaklee


Beberapa contoh pakej kelayakan diberikan di bawah ini.


Insentif shaklee


Kategori 3: Agen Shaklee - Supervisor (Effective Appointed Rank Jan-Mac 2023)


Buat agen Shaklee, inilah masa untuk buat comeback! Selain bonus bulanan, syarikat sedang tawarkan insentif Shaklee berupa wang tunai RM600 untuk beri galakan kepada anda. Jom, teruskan mengorak langkah dalam era bisnes Shaklee.


Insentif shaklee


Untuk kategori ini khas buat agen Shaklee yang sudah mencapai pangkat Supervisor dalam tempoh Januari hingga Mac 2023 yang lalu. Bagi melayakkan insentif Shaklee bernilai RM600, apa yang perlu anda buat ialah sila naik rank!


Naik rank atau pangkat kekalkan pangkat itu selama 3 bulan berturut-turut.


Di bawah ini beberapa situasi yang mungkin berlaku dan melayakkan diri menerima bonus RM600.


Insentif shaklee


Menarik bukan! Macam bonus tahunan pun ada. 


Jika anda juga rasa ia menarik dan ingin dapatkan maklumat lebih jelas, boleh hubungi saya okey. Saya akan jelaskan lebih terperinci bagi setiap kategori. Dari situ, anda boleh merancang strategi yang terbaik untuk merebut bonus RM600 tersebut!


Bagi yang belum mendaftar sebagai ahli Shaklee, bolehlah terus ke website Shaklee untuk proses pendaftaran.


14 April 2023

5 Tips Untuk Kurus Dengan Cepat, Lagi-lagi di Bulan Puasa!

10:33 PG 0 Comments

Memiliki bentuk badan yang kurus dan langsing menjadi idaman ramai orang terutamanya kaum wanita. Namun, cabaran utama untuk kuruskan badan mungkin ialah nafsu makan yang susah untuk dibendung. Selain itu, ada juga yang Berjaya turunkan berat badan tapi cepat pula ia naik kembali. Apa nak buat kalau begini? Rasa macam misi diet jadi sia-sia pula bukan.


Kali ini, saya mahu berkongsi 5 tips untuk kurus dengan cepat. Kenapa nak cepat-cepat? Ha, ini poin penting. Bila dapat hasil kurus dengan cepat, tidaklah misi berhenti separuh jalan atau sekadar hangat-hangat tahi ayam saja kan. Lagi pun, buat apa-apa memang orang kita nak cepat pun, setuju? 😊


Berdasarkan pengalaman saya membantu rakan-rakan dan pelanggan untuk misi menguruskan badan dengan set kurus Shaklee, ada 5 tips yang boleh saya kongsikan untuk manfaat bersama.


           1.    Utamakan makanan yang rendah indeks glisemik

Indeks glisemik ialah satu ukuran untuk menentukan sama ada sesuatu makanan itu cepat ditukarkan menjadi gula dalam darah kita. Semakin tinggi nilai indeks glisemik, maka semakin cepat ia ditukar menjadi gula (glukosa) dalam darah selepas dicerna. Kategori makanan jenis ini bukan saja membuatkan paras gula darah naik secara mendadak, tetapi ia juga tidak bagus untuk orang yang sedang mahu menguruskan badan. Glukosa yang banyak dalam darah akan bertukar menjadi tenaga, namun jika ia terlalu banyak ia akan disimpan sebagai glikogen dan lemak di bawah lapisan kulit.


kurus dengan cepat

Jadi, untuk kurus dengan cepat pilih-pilihlah makanan yang rendah nilai indeks glisemiknya. Makanan jenis ini membuatkan badan kita cepat kenyang tetapi lambat pula lapar. Secara tak langsung, kita dapat kurangkan kuantiti makanan yang dimakan. Kata nak kurus kan? Kenalah kurangkan kuantiti makanan yang dimakan juga ya!


2     2.     Kaedah memasak yang sihat

Lebih baik memasak sendiri berbanding makan di luar jika mampu, kerana kita dapat mengawal kaedah memasak yang lebih sihat. Kurangkan penggunaan minyak, santan, garam dan gula berlebihan. Selain itu, memasak dengan cara memanggang, merebus dan mengukus  adalah lebih baik berbanding menggulai dan menggoreng.


kurus dengan cepat


Poin utama ialah, mesti kurangkan pengambilan lemak dan minyak ya. Jangan risau jika makanan tak sedap. Sebenarnya ada banyak menu sihat yang sedap-sedap belaka. Rajin-rajin cari resepi okey.


 3.     Elakkan refined sugar


kurus dengan cepat


Refined sugar biasanya ada dalam kuih-muih, desert, makanan diproses seperti biskut, jajan dan air berkarbonat serta air kotak, bahkan dalam makanan segera. Elakkan semua ini! Makanan ini memang sedap, tapi perasan tak kita tak kenyang sangat pun bila makan walau hakikatnya ia mengandungi kalori yang tinggi. Awas dengan kalori tinggi yang tak perasan ini, sebab ia akan menambah jisim lemak dalam badan. Fokuskan kepada makanan daripada sumber semulajadi, ia lebih sihat dan serasi untuk misi anda untuk kurus dengan cepat.


4.       Buat senaman

Senaman dapat mengaktifkan kadar metabolisme badan supaya proses pembakaran lemak badan menjadi lebih cekap. Tapi persoalannya, senaman yang bagaimana?


Mengikut pendapat Hanif Loid, beliau menyarankan untuk melakukan senaman yang membuatkan badan kita lenguh, bukannya penat. Logiknya, senaman yang membuat kita lenguh membuatkan badan kita perlu kepada rehat tetapi jika senaman yang membuatkan kita penat, ia menyebabkan kita rasa lapar dan mahu makan. Tetapi ini tidak bermakna senaman kardio tidak boleh dilakukan langsung. Ia sesuai juga dilakukan, namun fokuskan kepada senaman jenis lain yang tidak membuatkan kita penat dan cepat lapar.


kurus dengan cepat


            5.     Cukupkan rehat dan waktu tidur


Rehat dan tidur yang cukup amat penting supaya badan tidak mengalami stress. Stress sebenarnya boleh mempengaruhi keupayaan badan untuk membakar lemak dengan efektif. Jadi pastikan cukup tidur, barulah boleh kurus dengan cepat.


Sebagai penutup, kaedah intermittent fasting boleh juga diamalkan sepanjang 5 tips ini diamalkan. Bagi umat Islam, bolehlah manfaat berpuasa di bulan Ramadhan untuk mencapai matlamat kurus dengan cepat. Melalui puasa atau intermittent fasting, kita sudah dapat menjimatkan kalori yang masuk ke dalam badan kita. Oleh itu, lagi besar peluang untuk kurus dengan cepat.


Selamat Berjaya!

12 April 2023

3 Tips Praktikal Memilih Bisnes Online Yang Terbaik - mesti baca!

6:15 PG 0 Comments

Ramai orang sedang mencari bisnes online. Anda pun nak mencuba? Jika ya, apakata pertimbangkan 3 perkara ini ketika anda mahu memilih bisnes online yang terbaik.


Bisnes online


Bisnes online dikatakan lebih mudah dan fleksibel dilakukan oleh sesiapa sahaja, asalkan ada kemahuan dan usaha. Transaksi jual beli boleh dibuat melalui gajet sama ada melalui telefon atau tablet atau computer riba sahaja. Memang mudah!


Di sini, kami senaraikan 3 perkara yang mungkin anda pertimbangkan sebelum membuat keputusan menyertai apa-apa bisnes online.


3 Kriteria Bisnes Online Terbaik


        1.    Memberi pulangan atau ganjaran yang sangat lumayan


Tujuan berbisnes memang untuk mendapat pulangan yang paling banyak dan lumayan kan? Jadi, ini kriteria pertama. Bagaiman nak tahu jika sesuatu bisnes online itu memberi  pulangan lumayan? Ini boleh disemak dengan pengiraan modal berbanding keuntungan.


Jika anda buat produk sendiri, kemudian jual secara online memang boleh buat untung agak banyak di situ. Tetapi fikirkan semula tentang kos bahan mentah, kos upah pekerja, kos pembungkusan dan kos pemasaran juga. Jika diteliti, banyak juga kosnya bukan. Jadi tidak hairanlah jika ramai memilih bisnes online secara dropship.


Kelebihan bisnes online gaya dropship:

  •         Kerja untuk mempromosi dan membuat pesanan sahaja, syarikat akan menguruskan pesanan yang kita buat.
  •     Guna sahaja bahan dan poster pemasaran yang biasanya disediakan oleh pihak syarikat. Sudah jimat masa!
  •      Ganjaran mengikut komisyen jualan. Semakin banyak kita menjual, semakin banyak komisyen yang didapati.


Menarik kan gaya dropship ni? Jadi bolehlah anda mula membuat tinjauan tentang bisnes gaya dropship yang menarik hati anda. Pastikan ganjarannya pun lumayan ya.


Bisnes online


Nak tahu suatu bisnes online ala dropship yang memberi ganjaran sangat-sangat lumayan? Mungkin ia boleh jadi bisnes online yang ingin anda ceburi nanti. Bolehlah baca di link ini pula.


            2.    Mempunyai support system yang kukuh


Support system di sini bermaksud syarikat dropship yang anda pilih jika bisnes online tersebut merupakan gaya dropship. Jika anda mengeluarkan produk sendiri, maka support system ialah pekerja dan sumber-sumber anda seperti bahan mentah, pembekal dan lain-lain.


Mari fokus kepada bisnes online gaya dropship kerana ia lebih mudah dilakukan dengan modal yang rendah.


Sebelum menyertai syarikat dropship, anda bolehlah buat tinjauan dahulu tentang syarikat tersebut. Beberapa persoalan penting perlulah dijawab dan jawapan sepatutnya memuaskan hati anda.

  • Berapa lama syarikat sudah bertapak dalam arena perniagaan? Semakin lama semakin bagus kerana menunjukkan pengalaman yang banyak selain produk telah diterima baik dalam pasaran.
  • Adakah pernah terdapat isu yang tidak baik tentang produk yang diniagakan? Jika pernah, ia menunjukkan isyarat tidak baik kepada masa depan bisnes online anda juga.
  • Apakah jenis produk dan adakah ia kekal relevan dalam pasaran? Jika produk jenis makanan viral, ia mungkin hilang gelombang jualan bila ia tidak lagi viral, bukan. Jadi pentinglah untuk kita tahu jika produk tersebut boleh laku sepanjang tahun. Contoh produk seperti ini ialah produk makanan asas, pakaian, suplemen, produk pendidikan dan lain-lain. Bolehlah anda fikirkan mana-mana produk yang anda suka untuk anda niagakan.

 

Bisnes online


3.             3.    Bisnes yang boleh diwariskan kepada anak-anak


Segala hasil usaha bisnes, memang untung sangat jika dapat diwariskan kepada anak-anak. Selain menjamin kewangan anak-anak, ia akan menjadi kepuasan kepada diri.


Kalau bisnes dengan produk sendiri, memanglah biasanya ia boleh diwariskan. Namun ia datang juga dengan pakej supaya anak memiliki ilmu berkaitandan pandai pula menguruskan bisnes tersebut. Tapi kalau bisnes online, macam mana pula? Ada peluangkah untuk diwariskan kepada anak-anak?


Jawapannya, ya ada.


Bisnes online yang satu ini memang boleh diwariskan kepada anak-anak. Apa yang lebih menarik, ia diwariskan bersama-sama pencapaian yang telah dikecapi. Jika pencapaian bisnes tersebut lumayan, anak-anak terus akan menyambung pencapaian yang bagus itu. Lagi pula, mewarisi bisnes online tidaklah terlalu rumit berbanding menguruskan bisnes fizikal. Menarik, bukan?


Untuk ketahui bisnes online yang boleh diwariskan ini, jemput baca artikel ini pula.


Cukup sudah tiga perkara yang mungkin anda boleh pertimbangkan semasa memilih bisnes online. Jadi, bolehlah fikirkan yang terbaik sebelum memilih. Semoga artikel ini bermanfaat hendaknya.

06 April 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah!

9:57 PTG 0 Comments

Siapa yang tak suka kulit yang cantik kan? Selain menjadikan rutin penjagaan kulit secara luaran, jangan lupa menjaga kecantikan kulit dari dalam juga. Jadi, jika anda sedang tercari-cari vitamin untuk kulit cantik, anda sudah sampai ke blog sepatutnya. Teruskan membaca.


vitamin kulit cantik

Menarik kan testimoni di atas?


Pada asalnya, kulit wajah si gadis breakouts agak teruk. Boleh perhatikan, ada jerawat yang merah-merah dan bernanah juga. Namun, selepas amalkan set vitamin kulit cantik, perubahannya sangat ketara. Setuju?


Jadi, bagi sesiapa yang menghadapi masalah yang lebih kurang sama janganlah berputus asa. Mungkin anda sudah mencuba pelbagai jenama produk kecantikan wajah tapi tak juga berhasil, mengapa tidak merawat dari dalam pula? Bolehlah mencuba set vitamin kulit cantik ini sebagai ikhtiar seterusnya. Mana tahu memang serasi? Berbaloi.


Inilah antara kesan mengamalkan vitamin kulit cantik secara konsisten, memang best! Yang lagi best, jangan risau semuanya selamat dengan sumber semulajadi, siap ada KKM untuk vitamin C.

 


Antara kebaikan dan manfaat vitamin kulit cantik ialah, 

💖 Memudarkan parut

💖 Mencerahkan kulit

💖 Melembapkan kulit

💖 Mencantikkan struktur kulit

💖 Menggalakkan penghasilan kolagen

💖 Mengawal pertumbuhan jerawat

💖 Menjadikan kulit 'glowing' / tidak kusam

💖 Mengelakkan kulit mudah 'sunburn'

💖 Menguatkan imun badan 

💖 Memberi tenaga


Semua manfaat ni memang diidam-idamkan semua orang kan. Jadi kalau ada set vitamin kulit cantik yang sebegini baik, memang susah untuk kita menolak. Setuju?


Nak tahu tak, apa yang lebih menarik?


Harga set vitamin kulit cantik ni murah sahaja! Sedang tawaran harga rahmah! RM99 sahaja, memang mampu beli 😍


Jadi, bagi anda yang memang tercari-cari vitamin untuk cantikkan kulit bolehlah dapatkan cepat sebelum tawaran harga rahmah ditutup. Harga RM99 memang sudah cukup murah, berbaloi dibeli memandangkan kesan yang sangat best dan berkesan.


vitamin kulit cantik

Set vitamin kulit cantik memang sangat sesuai untuk mereka yang,


😟 Bermasalah dengan jerawat

😟 Mahu menghilangkan parut di wajah

😟 Memiliki kulit yang kering dan kusam

😟 Memiliki tona kulit tidak sekata

😟 Memiliki struktur kulit yang kasar

😟 Mereka yang mementingkan kecantikan kulit secara dalaman dan luaran


Anda yang mana? Jika ada terdiri daripada salah satu atau beberapa ciri-ciri di atas ini, maka set vitamin kulit cantik sangat sesuai untuk anda.


Bagaimana ingin dapatkan? Yang berminat, boleh beli di link ini. Cepat beli tau, sebelum promosi tamat!


Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh komen di bawah ya. Nanti Jaja akan jawab satu-persatu, inshaaAllah. Nakkan fast reply, just buzz me on WhatsApp. Klik link Whatsapp di kiri Desktop view atau bahagian bawah sekiranya Mobile view 😊


Jaja tinggalkan anda dengan beberapa lagi testimoni set vitamin kulit cantik. Memang menerujakan hasilnya! Korang, cepatlah beli 😂


vitamin kulit cantik

vitamin kulit cantik


Beli set vitamin kulit cantik di link ini sekarang!