Follow Us @bijak.sihat

03 September 2023

Penting! 5 Nutrien Wajib Wanita Mengandung

Wanita mengandung memerlukan lebih zat berbanding wanita yang tidak mengandung. Sebabnya, zat yang lebih ini diperlukan untuk tumbesan bayi di dalam kandungan selain ia juga menyokong kesihatan si ibu sendiri.


Tahukah kita, berdasarkan kajian 9 daripada 10 ibu hamil di Malaysia tidak mengambil folat, kalsium dan serat makanan yang mencukupi. Pakar Perunding Obstetrik dan Sakit Puan, Dr Chuah Bee Poh mengulas pengambilan nutrien yang cukup semasa hamil dapat mengurangkan risiko morbiditi terhadap ibu mengandung ya. Ini termasuklah masalah anemia, kenaikan berat badan yang tidak sihat, GDM (kencing manis ketika hamil), pra-eklampsia, kelahiran pra-matang dan keguguran.


Artikel kali ini ingin menekankan 5 nutrien wajib wanita mengandung yang perlu diambil perhatian. Semoga bermanfaat.



5 Nutrien Wajib Ibu Mengandung


1. Folat / Asid Folik


Folat atau asid folik adalah vitamin B9. Ia didapati daripada makanan seperti sayuran hijau, buahan sitrus dan beberapa jenis makanan lain.


Zat ini penting kepada wanita hamil dalam kadar yang mencukupi. Risiko paling buruk kepada kandungan apabila si ibu kekurangan folat ialah kecacatan tiub neural bayi seperti spina bifida. 


Nutrien wanita mengandung
Kecacatan "spina bifida"


Kalau seperti ini, kesian pada bayi yang bakal lahir kan? Jadi wanita mengandung ingat ya, mesti cukupkan folat okey.


2. Kalsium


Kekurangan kalsium paling mudah dirasai sebenarnya. Ibu atau wanita mengandung akan mengalami simptom sakit-sakit belakang, gigi reput dan sengal badan jika kekurangan zat ini.


Dalam fasa kehamilan, kalsium adalah lebih penting lagi. Kalsium adalah sumber utama yang menyokong pembentukan tulang bayi. Jadi jika si ibu kekurangan zat ini, proses pembentukan tulang bayi akan mengambil kalsium daripada tulang ibu sendiri sebagai ganti. Dengan itu, mulalah wanita mengandung merasa sakit belakang dalam jangka masa pendek. Namun untuk jangka panjang risiko osteoporosis, kerapuhan gigi dan osteomalasia pula menanti. Memang seram.


Nutrien wanita mengandung


Untuk jaga kesihatan wanita mengandung dengan baik, waima semasa hamil atau selepas hamil pastikanlah untuk diri mendapat sumber kalsium yang mencukupi.


3. Zat Besi


Pernah dengar tentang ibu hamil yang perlu minum air gula? Inilah namanya mengalami masalah hemoglobin (HB) rendah. 


HB rendah iaitu kurang daripada bacaan 9 mg/dL adalah tidak bagus untuk wanita mengandung. Kesannya, ibu hamil boleh pitam, mengalami keguguran, risiko kegagalan jantung dan pendarahan serius semasa melahirkan.


Bukan itu sahaja, kesan kepada bayi pula ialah pertumbuhan terbantut, kelahiran pra-matang dan risiko lemas dan meninggal ketika kelahiran.


Nutrien wanita mengandung


Jadi, tolong cukupkan zat besi. Makan makanan kaya zat ini seperti bayam, daging merah, kekacang, kerang dan brokoli.


4. Protein


Makanan berprotein seperti ayam, susu dan keju berperanan untuk membantu pembentukan sel dan tisu baharu untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan.


Selain itu, dengan protein mencukupi ia juga membantu supaya wanita mengandung sentiasa bertenaga dan cergas sepanjang kehamilan.


5. Vitamin


Yang terakhir, pastikan cukup vitamin daripada sumber makanan seperti buah-buahan.


Nutrien wanita mengandung


Vitamin penting untuk menguatkan sistem keimunan bayi dan ibu juga terhadap jangkitan penyakit.



Zat dan nutrien penting kepada wanita mengandung memang didapati daripada pemakanan seharian. Tapi tak dinafikan ada wanita mengandung yang alami masalah tiada selera, alahan teruk dan tak kurang juga yang takut gemuk! Ha, stay tune untuk tahu penyelesaian terbaik kepada masalah ini dengan Set Mengandung Shaklee 😉

Tiada ulasan: