Follow Us @bijak.sihat

04 Ogos 2023

5 Kebaikan Vitamin E Untuk Kecantikan Kulit

Sememangnya Vitamin E adalah antara ramuan untuk kecantikan kulit yang popular. Sebab itulah kita akan lihat kebanyakan produk kecantikan memasukkan ia dalam senarai bahan. Tak kurang juga yang mengambil suplemen Vitamin E secara harian. Kebaikan vitamin E untuk tujuan kulit cantik memang banyak!


Jadi, mari saya kongsikan kebaikan vitamin E ini.


5 Kebaikan Vitamin E untuk Kecantikan Kulit


1. Melembapkan Kulit


Vitamin ini mempunyai kebolehan untuk memudahkan pengaliran darah dalam salur darah. Aliran darah yang cukup terutama untuk bahagian organ kulit kita amat penting supaya sel-sel kulit mendapat nutrien yang mencukupi bagi pertumbuhan sel-sel baru dan penghidratan.


Bila sel terhidrat dengan mencukupi, kesannya sel-sel kulit menjadi lembap. Kesan pengaliran darah yang baik pula menyihatkan sel kulit dan memberi kesan kemerahan-merahan pada permukaan. Auch, blushing gitu!


2. Mengurangkan Jerawat dan Memudarkan Parut


Antara kebaikan Vitamin E kerana ia mempunyai sifat anti-keradangan. Selain mengelakkan keradangan seperti bengkak, Vitamin E dapat membantu meredakan kemerahan dan kesakitan pada jerawat sedia ada.


Dengan pengambilan Vitamin E secara konsisten, ini membantu sel-sel kulit menjadi lebih sihat, kebal dan bebas jerawat baru. Parut jerawat lama juga lama-kelamaan akan semakin memudar seiring dengan masa dan pergantian sel kulit yang baru.


3. Awet Muda


Vitamin E adalah kategori anti-oksidan. Yang bagusnya tentang anti-oksidan ialah ia berupaya melindungi sel-sel badan kita daripada kerosakan akibat radikel bebas seperti pencemaran, cuaca, bahan kimia dan toksin. Sel yang dilindungi oleh kebaikan anti-oksidan menjadi lebih tahan lasak dan awet muda.


Jadi kalau nak awet muda, kenalah amalkan Vitamin E selalu.


4. Mengurangkan Jeragat


Punca utama jeragat ialah kesan UVA dan UVB dari sinaran matahari walaupun terdapat juga faktor genetik.


Pengambilan Vitamin E sangatlah bagus untuk mengekang kejadian jeragat supaya tidak semakin melarat. Ia menghalang kerosakan sel kulit akibat sinaran UV dengan cara meneutralkannya. Terima kasih kepada sifat anti-oksidan dalam vitamin ini.


Nak kurangkan masalah jeragat, anda patut utamakan pengambilan Vitamin E okey.


5. Melindungi dari 'Sunburn'


Sunburn atau selaran matahari juga berpunca daripada sinar matahari yang terik. Ia menyebabkan kulit menjadi kemerahan, kemudian gelap seperti kesan terbakar.


Pentingnya Vitamin E kerana dapat melindungi kulit daripada sunburn yang teruk. Jadi tidak hairan lah memang ada kandungan vitamin E dalam krim pelindung UV dalam pasaran. Cubalah semak!


Nak tengok hasil kepada kulit disebabkan pengambilan Vitamin E yang konsisten tak? Mari saya kongsikan beberapa yang menarik.


Testimoni (1)

vitamin e untuk kulit


Testimoni (2)

vitamin e untuk kulit


Testimoni (3)

vitamin e untuk kulit


Testimoni (4)

vitamin e untuk kulit


Jadi, sebenarnya suplemen Vitamin E yang terbaik inshaaAllah akan memberi kesan positif yang terbaik juga.


Mahu dapatkan Vitamin E terbaik? Klik sini.


Lagi artikel tentang Vitamin E, baca sini: Khasiat dan Testimoni Vitamin E Shaklee

Tiada ulasan: