Ada yang kata kalau Shaklee ialah suplemen yang sangat bagus, mengapa ia tiada di farmasi-farmasi?
Tak laku kot?
Entah-entah tak lulus KKM tak?
Eh cop! Bukan macam tu.. mari dengar penjelasan Jaja sikit.
Di Malaysia, syarikat Shaklee didaftarkan sebagai syarikat Multi
Level Marketing (MLM). Ini bermakna ia tertakluk kepada undang-undang oleh akta
jualan langsung. Ini sekaligus bermakna produk Shaklee hanya boleh dijual oleh
para pengedarnya (Distributor) sahaja.
Andai kata ada antara anda yang pernah membeli Shaklee di
farmasi, itu mungkin bermakna anda telah membeli dari seseorang yang telah
melanggar peraturan Shaklee Malaysia. Jelas kan?
Persoalan: So, Shaklee memang tiada di farmasi?
Untuk persoalan ini, sebenarnya bergantunglah pada negara-negara
yang di mana Shaklee didaftarkan sebagai company bukan MLM.
Contohnya macam di Singapura. Di Singapura, vitamin dan produk
Shaklee dijual di farmasi tau.
Yang pasti, produk Shaklee memang tidak dijual di farmasi jika di Malaysia.
Dan terus-terang Jaja katakana yang harga produk Shaklee di sana
jauh lebih mahal dari Malaysia. Cuba teliti gambar ini yang diambil oleh
seorang Master Coordinator Shaklee, Nana Macarona semasa beliau ke Lapangan Terbang Cangi,
Singapura tempoh hari.
(p/s: Master Coordinator adalah pangkat tertinggi dalam sistem jualan Shaklee)
Contoh macam VitaLea tu ya. Harga yang dipaparkan ialah lebih
kurang SGD 54. Kalau ditukar kepada ringgit Malaysia di mana kadar tukaran SGD
1 hari ini bersamaan lebih kurang RM3, bermakna harga VitaLea di Singapura
ialah RM164.
(Tukaran sebenar matawang yang lebih tepat boleh klik disini)
Aha, mahal kan berbanding di Malaysia cuma RM 99.38 saja termasuk GST ;) Jadi,
kita sebagai rakyat Malaysia sangat bertuah kiranya dapat beli Shaklee dengan harga lebih murah.
Sebagai kesimpulan, tak terjual di Farmasi tak semestinya produk
itu tak bagus. Contoh seperti produk Shaklee ini; sudah ada kajian klinikal,
ada landmark study dan ribuan testimoni pengguna yang positif lagi. Ia tidak dijual farmasi cuma kerana ia terikat dengan undang-undang sesebuah negara itu sahaja. Jadi,
dapatkanlah vitamin Shaklee anda daripada pengedar-pengedar seluruh negara, okey! No more issue!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan