Follow Us @bijak.sihat

24 Mei 2017

7 Jenis Makanan Yang Baik Untuk Pesakit Diabetes

Tips paling utama untuk pesakit diabetes ialah MENJAGA PEMAKANAN. Kali ini Jaja kongsikan 7 jenis makanan yang sesuai diamalkan untuk pesakit diabetes ;)


1. Makanan yang rendah Indeks Glisemik
Makanan yang rendah Indeks Glisemik menunjukkan bahawa makanan itu apabila dimakan, ia akan menaikkan paras gula dalam darah secara sedikit demi sedikit. Berlainan dengan makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang tinggi, ia akan menaikkan paras gula di dalam darah secara mendadak apabila dimakan (sugar spikes).

Bagi pesakit kencing manis, paras glukosa (gula) di dalam darah hendaklah sentiasa dikawal supaya tidak mencapai paras yang lebih membahayakan yang membawa pula kepada risiko sakit lain pula seperti buta dan sakit jantung.

Makanan rendah Indeks Glisemik juga membuatkan kita merasa kenyang yang lama, jadi dapat juga mengurangkan craving terhadap snek yang manis-manis. Sebab itulah, pesakit kencing manis selalu dinasihatkan oleh doctor dan pakar nutrisi untuk memakan beras perang berbanding beras putih, juga memakan banyak sayur-sayuran dalam hidangan mereka.

Bercakap tentang ini, ada banyak makanan yang mempunyai kadar Indeks Glisemik yang rendah. Ini termasuklah kacang soya, beras perang, epal, oren, roti gandum kasar dan sayur-sayuran.




2. Makanan yang kaya minyak Omega-3


Minyak Omega-3 selalunya didapatkan daripada sumber ikan. Omega-3 membantu mengekalkan paras trigliserida yang sihat dan mengekalkan kesihatan jantung.

Pemeliharaan kesihatan jantung juga penting untuk pesakit diabetes kerana jantung adalah pengepam darah ke seluruh anggota badan kita. Ini memastikan seluruh sel badan mendapat nutrisi yang diperlukan untuk melakukan tugas mereka masing-masing.


3. Makanan yang tinggi kandungan mineral Kromium

Kromium adalah salah satu mineral yang diperlukan oleh tubuh. Meskipun kuantiti yang diperlukan amat sedikit, tetapi ia amat-amat penting terhadap keperluan tubuh.

Mineral kromium amat diperlukan oleh badan untuk membantu hormone insulin berkerja dengan efektif bagi menukar kandungan gula dalam darah menjadi tenaga. Penukaran ini sekaligus merendahkan paras gula dalam darah ke tahap normal.

Bagi pesakit diabetes, digalakkan banyak memakan makanan tinggi kandungan kromim ini supaya kecekapan insulin meningkat.


4. Makanan yang tinggi kandungan resveratrol dan polifenol

Makanan yang kaya resveratrol dan polifenol amat-amat digalakkan kerana 2 jenis kandungan ini menghalang pembentukan protein AGE.

Protein AGE yang terbentuk di dalam badan sebenarnya adalah punca utama kepada pelbagai komplikasi diabetes, arterosklerosis dan kematian sel. Ia terbentuk di dalam badan apabila protein atau lemak berpadu dengan gula berlebihan.


5. Makanan yang kaya kandungan Asid Linolenik Gamma


Asid Linolenik Gamma merupakan asid lemak perlu dan agen anti-radang. Pengambilannya membantu mengurangkan gejala kesakitan saraf bagi pesakit diabetes.

6. Makanan tinggi vitamin B6 dan B12



Vitamin B6 dan B12 menyokong kesihatan saraf, yang mana amat penting untuk pesakit kencing manis.


7. Makanan tinggi vitamin C 

Selain untuk pembentukan kolagen tubuh, vitamin C dapat merendahkan paras sorbitol, iaitu sejenis gula yang didapati dalam sel-sel rosak seperti di mata, buah pinggang dan saraf.

Selain itu, vitamin C dapat meningkatkan keimunan badan terhadap penyakit juga.









Rangkaian Produk Shaklee

Di dalam rangkaian produk Shaklee, terdapat 7 jenis suplemen yang menyokong pemakanan pesakit kencing manis. 7 produk itu ialah:


1. ESP Energizing Soy Protein (Indeks Glisemik yang rendah)
2. Omega Guard (mengandungi Omega-3)
3. VitaLea (mengandungi mineral Kromium)
4. Vivix (khasiat resveratrol dan polifenol)
5. GLA Complex (mengandungi asid linolenik gamma)
 6. B Complex (tinggi kandungan B6 dan B12)
7. Sustained Release Vita-C Plus (tinggi kandungan vitamin C)

Bagi anda yang ingin mendapatkan kesemua produk di atas sebagai ikhtiar terhadap kencing manis anda sendiri atau orang tersayang, bolehlah hubungi Jaja untuk sebarang pertanyaan :)


Nama : Jaja @ Zaleha
ID Shaklee : 1227002
Email : zaleha.msaidin@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 011-36198300 / 019-572 8429


Jika anda ingin terus membeli tanpa bertangguh lagi, klik button di bawah. 


Tiada ulasan: