Cela pada kulit muka memang rasanya kita semua tidak dapat
berkrompomi. Kalau ada parut di bahagian lain tak mengapa tetapi jika di wajah
pasti cela ini akan menurunkan tahap keyakinan diri kita sendiri. Ingin keluar
rumah pun rasa segan, bersemuka dengan orang juga rasa serba tak kena.
Kali ini saya ingin kongsikan 5 masalah utama kulit wajah.
1) Jerawat
Siapalah yang tak pernah ada jerawat. Rasanya semua orang pernah mengalami masalah ini, cuma bezanya ia sedikit saja atau agak kritikal. Untuk masalah ini, rajin-rajinlah menjaga kebersihan wajah dengan mencuci muka dengan bersih sekurang-kurangnya 2 kali sehari, hindari ia dari berminyak dan kotor, elak juga memegang kulit muka dengan tangan dan pilih produk muka yang sesuai, sebaiknya yang bebas bahan kimia kerana ada kulit yang amat sensitif kepada bahan kimia dan menyebabkan jerawat, kasar dan pori terbuka.
2) Kulit kering
Kulit kering boleh jadi kerana cuaca panas dan kandungan kolagen pada kulit tidak mencukupi. Jika memilih produk kecantikan, pilihlah yang dapat melindungi kulit daripada sinar matahari yang berbahaya. Ambil makanan yang mengandungi banyak sumber kolagen seperti minyak ikan, ikan, putih telur, produk tenusu rendah lemak, soya dan lain-lain. Selain itu, amalkan makanan yang mengandungi vitamin C kerana vitamin ini akan menggalakkan penghasilan kolagen di dalam tubuh. Dengan kolagen yang mencukupi, kulit wajah akan menjadi lembap, bermaya, anjal dan tegang.
3) Kulit Kusam
Miliki rehat dan tidur yang cukup ;) Jika tidak, masalah kulit kusam akan menemani anda. Elakkan stress dan berjaga lewat malam. Seperti badan yang kepenatan, berilah rehat kepada kulit anda juga supaya dapat mengganti sel-sel yang telah mati dengan sel yang baru. Sebenarnya sel-sel mati ini yang menyebabkan wajah menjadi kusam dan Nampak tidak bermaya.
4) Pori-pori besar
Awas, pori-pori besar boleh menyebabkan masalah jerawat pula nanti! Selain itu, solekan bedak juga tidak rata dan Nampak tidak kemas. Apa penyebab pori-pori besar? Salah satu penyebab pori-pori besar adalah berkaitan jenis kulit seseorang. Mereka yang bermasalah kulit muka berminyak lebih cenderung memiliki pori-pori besar kerana pori ialah liang di mana peluh keluar ke permukaan kulit. Selain itu, sinaran matahari juga memainkan peranan. Terdedah kepada sinaran matahari menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen pada wajah. Kulit kehilangan kelembapan semulajadinya dan pori-pori kelihatan besar. Jika anda punya masalah ini, rajinlah mencuci muka supaya kekotoran tidak tersumbat pada pori-pori dan menyebabkan masalah lain pula seperti jerawat, blackhead dan whitehead.
5) Jeragat
Tidak kira usia, jeragat boleh menyerang sesiapa sahaja. Ia akibat sinaran matahari yang keterlaluan dan merosakkan kulit, lalu menyebabkan penghasilan melanin berlebihan di permukaan kulit. Tindakbalas ini adalah penyelesaian badan kita untuk melindungi daripada sinar berbahaya matahari. Namun, hal ini meninggalkan kesan jeragat yang tidak enak di pandangan mata. Salah satu cara membantu kulit untuk pulih daripada jeragat ialah memakan makanan yang mengandungi banyak antioksidan seperti buah oren, brokoli, minyak zaitun dan anggur merah. Antioksidan akan membantu ketahanan tubuh dan penghasilan melanin kulit dapat dikurangkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan