Ada pepatah menyebut, “Kita adalah apa yang kita makan.”.
Nabi Muhammad saw pula ada menyebut segala penyakit bermula dari perut. Memang
benar.. MAKANAN dan PEMAKANAN adalah kunci utama kepada tahap kesihatan kita.
Penjagaan kesihatan yang baik termasuklah menjaga pemakanan, selalu bersenam
dan menguruskan stres dengan baik.
Pengambilan makanan atau nutrisi seseorang mestilah seimbang
sebagaimana yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui panduan
Piramid Makanan. Hal ini supaya kita dapat memperoleh manfaat dan zat
sepatutnya daripada makanan seharian demi mengekalkan tahap kesihatan yang baik
tersebut.
Ihsan KKM |
Persoalannya, pada zaman teknologi dan global ini, dapatkah
kita mengekalkan pengambilan nutrisi yang sihat seperti cadangan? Juga menjamin
bahawa kita telah memperoleh zat yang sepatutnya daripada apa yang kita makan?
Ya. Tidak dinafikan kita menghadapi cabaran kekurangan zat
dan nutrien yang diperlukan badan, sekalipun kita mematuhi nisbah makanan yang
tepat seperti cadangan Piramid Makanan.
Antara cabaran-cabaran tersebut ialah:
- Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan rendah nutrient disebabkan cara memasak atau gaya hidup makan di luar
- Lambakan restoren dan menu makanan segera yang kurang berkhasiat.
- Genetik makanan mentah seperti buah dan sayuran yang sudah diubahsuai (GMO)
- Suntikan hormone pada haiwan seperti ayam yang mungkin bertoksid kepada kita
- Makanan dalam tin, kurang zat dan mempunyai bahan tambah makanan tertentu yang mungkin memudaratkan kesihatan
- Makanan yang diproses – kurang zat dan mempunyai bahan tambah makanan yang tidak baik untuk kesihatan
Kekurangan nutrien daripada pemakanan seharian disumbang
juga apabila sesetengah daripada kita yang tidak mematuhi Piramid Makanan.
Sebagai contoh, tidak memakan sayur dan buah-buahan kerana tidak menggemarinya.
Suatu statistic menunjukkan yang 73% orang Malaysia tidak memakan banyak buah
dan sayur seperti yang sepatutnya demi kesihatan mereka masing-masing.
Tidak cukup dengan kekurangan nutrien akibat pemakanan kita
yang tidak seimbang seperti di atas, cabaran semasa akibat kepesatan gaya hidup
juga menyumbang lagi kea rah masalah kekurangan ini. Ramai individu yang
mengamalkan gaya hidup tidak sihat dengan jarang bersenam, makan tidak menentu
dan lain-lain yang antara sedar dengan tidak boleh menggangu-gugat kesihatan
diri. Di antara gaya hidup yang dilihat sebagai cabaran mengekalkan kesihatan
tubuh badan ialah:
- Terdedah kepada tekanan seperti semasa di tempat kerja
- Terdedah kepada toksin, tidak kira persekitaran di tempat kerja atau kawasan rumah sendiri
- Kurang bersenam
- Jadual tidur yang tidak menentu
- Penggunaan tembakau seperti rokok
- Pengambilan alkohol
Kita tidak mungkin dapat menjadikan cabaran-cabaran ini
hilang dan sifar sama sekali. Jadi apakah penyelesaian terbaik mengatasi
masalah kekurangan zat dan nutrient di dalam tubuh badan kita? Dengan suatu
tujuan untuk mencapai tahap kesihatan yang sentiasa baik?
Ya, dengan mengambil makanan tambahan atau vitamin! Dengan
itu barulah kita tidak risau lagi dengan masalah kekurangan nutrient di samping
pemakanan seharian kita. Kita secara spesifik, telah dapat menjaga kesihatan
dengan baik dan lebih teliti.
Sebab itulah suplemen itu penting!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan