Follow Us @bijak.sihat

10 Jun 2016

Kebaikan & Kelebihan Collagen Powder Shaklee


Kolagen adalah protein yang paling banyak terdapat di dalam badan kita. Bahkan ia menyumbang 75% berat dalam tahap kulit yang sihat.

Pentingkah kolagen? Ya!

Kolagen yang semakin berkurangan dalam tubuh akan menyebabkan terjadinya kedutan, juga tanda-tanda penuaan yang lain seperti:
  •      Kulit kering, berkedut atau melayut
  •      Kuku rapuh dan tidak kukuh
  •      Rambut halus dan gugur

Semakin meningkat usia, kita sebenarnya mengalami pengurangan kolagen di dalam badan. Jadi tanda-tanda penuaan semakin jelas dan nyata! Bagaimana menyelesaikan masalah kekurangan kolagen ini? Sekaligus dapat mengekalkan wajah awet muda dan mempunyai kulit mulus. Justeru, Shaklee menawarkan suplemen Collagen Powder supaya kita dapat mengekalkan kolagen di dalam badan yang sentiasa mencukupi.

Antara faedah yang diperoleh apabila mempunyai bekalan kolagen mencukupi di dalam badan ialah seperti berikut:
  • Menyegarkan semula kulit
  •  Mengurangkan kemunculan garis-garis halus
  •  Mengurangkan kedutan
  •  Menguatkan kuku
  • Meyuburkan rambut
  • Menghindar tulang lemah
  •  Menghindar kekakuan sendi

Shaklee Collagen Powder


Shaklee Collagen Powder

Ia mengandungi 4000 mg kolagen daripada sisik ikan merah yang berkualiti tinggi dan tulen. 7 bahan utama rumusan ini termasuklah:
  • 1.       Ekstrak biji benih Camelia Japonica
  • 2.       Ekstrak Ptaffia
  • 3.       Kolagen ikan
  • 4.       Ekstrak kerang-kerangan
  • 5.       Lactobacillus acidophilus
  • 6.       Vitamin C
  • 7.       Vitamin B

Sebaik-baik suplemen adalah yang mampu diserap oleh tubuh kita seoptimum yang mungkin. Oleh itu, Collagen Powder direka supaya mempunyai molekul yang sangat ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton. Maka kolagen lebih mudah diserap oleh badan, dengan ini dapat membantu semaksimum mungkin proses pembinaan kolagen pada lapisan kulit kita dengan sangat berkesan.

Serapan Shaklee Collagen Powder berbanding produk Kolagen lain


Faedah Pengambilan Kolagen

Bukan hanya demi kecantikan dan kesihatan kulit, kolagen yang mencukupi di dalam badan memberi banyak kebaikan lain. Antara faedah dan kesan memiliki kolagen tubuh yang mencukupi ialah:

1    1.     Kesan anti-penuaan
Mengurang saiz liang pori, kedutan dan garis-garis halus.
 
2.       Menghidrat
Melembap kulit supaya tidak kering dan mengelupas.
 
3.       Menganjal kulit
Meningkatkan ketegangan kulit, keanjalan dan kelembutan.
 
4.       Melicinkan
Meningkatkan kelembutan dan kelicinan kulit,
 
5.       Menyubur
Menggalakkan kuku yang kuat dan rambut yang lebat serta bersinar.
 
6.       Mencerah
Mengurangkan pigmentasi, jeragat dan meratakan kulit.
 
7.       Menegang
Membantu menegang dan menganjalkan payudara.
 
8.       Menguat
Menyokong kesihatan sendi dan menguatkan tulang. Juga mengekalkan otot di dalam mata supaya lembut.

Terbukti berkesan!

Carta palang menunjukkan kesan pemulihan struktur kulit wajah dan penghilangan kedutan dalam tempoh 8 minggu menggunakan Collagen Powder.




Anda nak cantik dan awet muda dengan Shaklee Collagen Powder? Boleh KLIK DI SINI J

Tiada ulasan: