Masalah jerawat memang memalukan! Apatahlagi kalau ia di
muka, betul tak? Bukan saja ia mencacatkan penampilan kita, malah membuatkan
kita rasa rendah diri dan hilang keyakinan apabila berhadapan dengan orang.
Terasa seperti orang sedang mengejek-ejek wajah kita di dalam hati mereka.
Memang sedih jika begitu, ye tak?
Berita baik buat mereka yang bermasalah jerawat!
JERAWAT BOLEH DIRAWAT.
Mungkin ramai yang menarik nafas lega, bukan. Tapi inilah
kenyataannya yang jerawat boleh dirawat dan disembuhkan. Tahniah buat kita!
Sebelum mula mencari penyelesaian untuk masalah jerawat anda
masing-masing, apa kata kenali dahulu serba sedikit fakta tentang jerawat ini.
Masalah Jerawat dan Puncanya
Jerawat adalah masalah kulit yang berlaku apabila folikel
rambut atau bulu roma kita tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. Ia biasa
berlaku pada bahagian kulit di muka, leher, dada, belakang badan dan bahu.
Jerawat amat mudah dikenali sebagai salah satu yang berikut:
- Blackhead / whitehead
- Benjolan atau bengkak berwarna merah
- Benjolan atau bengkak yang mengandungi nanah di dalamnya
- Ketumbuhan (jerawat yang jauh di dalam kulit)
Di bawah lapisan kulit kita terdapat suatu kelenjar sebum
(minyak) yang bersambung dengan folikel rambut atau bulu roma. Sebum (minyak)
ini adalah suatu bahan semulajadi yang melindungi kulit dan menjadikan ia
lembut. Seperti yang kita faham, golongan remaja adalah golongan yang banyak
mengalami masalah jerawat. Namun itu tidak bermakna peringkat umur yang lain
tidak mengalami masalah ini.
Kronologi Jerawat |
Menyebut tentang jerawat di kalangan remaja, semasa
peringkat ini kelenjar sebum di bawah kulit akan menghasilkan sebum dengan
lebih aktif disebabkan perubahan hormon seseorang itu. Kehadiran sebum yang banyak memberi
kecenderungan untuk liang roma atau liang folikel rambut tersumbat. Sumbatan
ini jika terlindung oleh lapisan kulit yang nipis akan membentuk
‘whitehead’. Sebaliknya, jika sumbatan
sebum tersebut terdedah kepada udara, ia akan teroksida membentuk ‘blackhead’.
Lama-kelamaan, sumbatan pada liang roma semakin besar, yang menyebabkan
terjadinya benjolan. Benjolan mungkin pecah di bawah kulit dan membenarkan benda
asing dan bakteria kulit masuk ke dalam bahagian kulit yang lebih dalam sehinga
menyebabkan keradangan. Keradangan di permukaan kulit akan membentuk benjolan
yang mengalami nanah disebabkan tindakan imunisasi dalam badan. Bagi keradangan yang berlaku lebih jauh di
dalam kulit, ia akan membentuk pula ketumbuhan (cysts).
3 Perkara yang tidak mempengaruhi Jerawat
Kita takut memakan kacang tanah goreng, kita takut memakan
makanan yang pedas dan berminyak, kita menyalahkan stress sebagai punca jerawat
dan kita menyangka kita belum cukup membersihkan wajah dengan sempurna!
Baca selanjutnya jika anda benci pantang-larang dan cakap-cakap
yang mungkin tidak ada asasnya ini.
Menurut MedicineNet.Com, 3 perkara berikut tidak semestinya
memainkan peranan dalam terjadinya masalah jerawat:
1. Makanan
S Setakat ini, belum ada kajian yang dapat
membuktikan bahawa makanan menjadi salah satu punca jerawat.
2. Kekotoran
‘Blackhead’ bukan kekotoran, tetapi ialah sebum yang telah dioksidakan; membasuh muka atau kulit yang berjerawat secara berlebihan bahkan tidak membantu mengurangkan symptom jerawat sebaliknya menjadikan kulit kering dan merengsa. Peluh pula bukan kotoran yang menyebabkan jerawat kerana kelenjar peluh dan kelenjar sebum adalah kelenjar yang berbeza sekali.
3. Tekanan / Stres
Secara am, stres bukan penyebab jerawat secara terus.

Perkara yang menggalakkan Masalah Jerawat
Tidak dinafikan terdapat faktor-faktor yang menggalakkan
jerawat atau menjadikan masalah ini lebih teruk. Antara faktor-faktor yang mungkin menyumbang
ialah:
1. Keturunan
Dikatakan jika salah seorang dari ibubapa
pernah mengalami masalah jerawat yang kronik, masalah jerawat seseorang itu
akan lebi susah dikawal.
2. Tekanan pada kulit
Ada sesetengah kes, jerawat terjadi apabila bahagian kulit tersebut mengalami tekanan seperti semasa memakai topi keledar, memakai kolar baju yang ketat dan lain-lain.
3. Dadah gunaan
Sesetengah pengambilan ubat dan steroid dapat memburukkan keadaan jerawat.
4. Suasana pekerjaan
Bergantung kepada pekerjaan, terdedah kepada penghasilan produk industri mungkin menyebabkan jerawat terjadi.
5. Penggunaan komestik
Sifat sesetengah kosmetik dan produk jagaan kulit ada yang menutup liang pori kulit. Oleh itu, kandungan kosmetik yang bersifat air (water based adalah digalakkan kepada individu yang mempunyai masalah jerawat. Pemilihan kosmetik yang salah akan memburukkan lagi keadaan, jadi berhati-hatilah – pastikan kandungan produk.

Apabila mendalami serba-sedikit fakta tentang jerawat ini, anda
sepatutnya kini semakin jelas akan punca utama dan mencernakan punca-punca
sampingan yang lain. Mencari penyelesaian untuk masalah jerawat ini pastinya
lebih mudah apabila kita jelas tentang fakta sebenar.
Nantikan dan semak artikel seterusnya tentang penyelesaian
yang ideal tentang masalah jerawat ini, semestinya dengan cara yang selamat dan
sihat J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan