Sakit gastrik, atau dalam istilah perubatannya dipanggil
gastritis adalah keradangan pada lapisan dalam perut. Radang ini biasanya
disebabkan oleh tindakan bakteria yang biasanya menyerang perut sehingga menyebabkan
ulser perut. Jika keadaan semakin serius tanpa rawatan, sakit gastrik boleh menjadi
ulser dan lebih kronik lagi tinggi pula risiko untuk mendapat kanser perut –
nauzubillah!
Gastrik |
Simptom Sakit Gastrik
Simptom Gastrik |
Pedih atau sakit di bahagian abdomen atau ulu hati- Rasa mual
- Muntah-muntah
- Rasa sengkak selepas makan
Penyebab Gastrik
Dalam perut kita, ada rembesan jus gastrik yang berasid kuat
dengan pH 2. Jus gastrik ini dirembeskan untuk tujuan proses pencernaan makanan
di dalam perut dengan menyediakan pH medium yang sesuai untuk tindakan enzim
tertentu.
Lapisan dalam perut dilindungi oleh suatu lapisan mukus yang
menghalang jus gastrik berasid ini daripada merosakkan dan memberi keradangan
kepada perut.
Semasa sakit gastrik, apa yang berlaku ialah jus gastrik ‘berjaya’
mencedera dan merengsa lapisan perut, jadi abdomen badan akan terasa sakit,
pedih dan menyucuk-nyucuk.
Bagi yang terkena sakit gastrik, mungkin di bawah adalah amalan-amalan
yang membawa kepada permasalahan gastrik anda:
1. Jangkitan Bakteria
Bakteria Helicobacter pylori adalah bacteria yang boleh menyebabkan sakit gastrik dan masalah-masalah lain sistem pencernaan juga.
2. Penggunaan Painkillers Yang Kerap
Pengambilan ubat tahan sakit yang kerap seperti Panadol menyebabkan pengurangan suatu bahan utama yang menyokong pembinaan lapisan mukus pada permukaan perut. Jadi, lebih tinggi risiko untuk seseorang itu terdedah kepada jus gastrik yang berasid dan menyebabkan kerengsaan.
3. Pertambahan Usia
Orang yang lebih berusia dikatakan mempunyai risiko diserang gastrik yang lebih tinggi berbanding orang yang lebih muda kerana:
- Mukus perut yang semakin menipis
- Lebih terdedah kepada jangkitan bakteria H. pylori
- Kecelaruan tindakbalas imun
4. Mengambil Alkohol Berlebihan
Alkohol juga boleh menghakis permukaan perut yang membuatkan ia lebih terdedah kepada jus gastrik.
5. Gastrik Autoimun
Ia terjadi apabila badan kita sendiri menyerang sel yang membentuk lapisan perut.
6. Sebab-sebab Lain
Sakit gastrik juga dikaitkan dengan keadaan kesihatan lain termasuklah AIDS atau HIV, penyakit Crohn dan jangkitan parasit.
5 Tips untuk Pesakit Gastrik
Tips Gastrik Untuk Anda! |
Rawatan terbaik untuk sakit gastrik semestinya berjumpa
dengan doktor dan mengambil ubat yang disarankan. Namun amalan seharian dan
cara diet kita juga penting untuk dijaga supaya sakit tersebut tidak berulang
selepas sembuh, atau mengelakkan risiko sakit gastrik menyerang bagi yang belum
pernah terkena.
#1. Jaga waktu makan, hindari skip dan hindarkan ketidakselesaan perut dan senak dengan makan tidak terlalu kenyang.
Makan sedikit tapi lebih kerap adalah lebih baik supaya rembesan jus gastrik dalam perut yang tidak menentu mencerna makanan berbanding menghakis permukaan perut yang kosong tanpa makanan. Ambil makanan ringan berkhasiat jika perlu di antara waktu-waktu hidangan utama seperti kekacang dan salad.
#2. Elakkan makanan yang Merengsa Perut
Makanan yang dimaksudkan ialah makanan yang pedas, masam, bergoreng dan berlemak. Kawal-kawal sikitlah ya walaupun ada antaranya ialah favourite dishes :)
#3. Elakkan mengambil alkohol
#4. Bertukar kepada Painkiller yang lebih sesuai
Jika anda perlu mengambil painkiller, ambil kira painkiller yang sesuai untuk masalah gastrik anda dengan mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi. Bertukar painkiller jika perlu, jika itu salah satu penyebab yang menyumbang kepada masalah gastrik anda. Jangan kompromi! Yalah, demi kesihatan sendiri juga kan :)
#5. Makan makanan yang dimasak sempurna dan tidak terdedah. Basuh tangan sebelum makan.
Amalan pemakanan dan sikap yang bersih mudahan dapat menjauhkan kita daripada jangkitan bakteria H. pylori.
Semoga info yang dikongsikan di sini bermanfaat kepada anda
;)
RUJUKAN: MayoClinic
Tiada ulasan:
Catat Ulasan