Mengapa Penting untuk Detoks Organ Hati Kita?

Hati, adalah suatu organ dalaman yang paling besar dalam tubuh kita. Ia terletak di abdomen sebelah kanan di bawah diafragma rongga toraks kita. Satu persoalan, perlu ke kita detoks hati? Detoks hati di sini bermaksud memulihkan kemerosotan fungsi hati supaya ia kembali efisien. Kalau tak bantu untuk detoks hati pula apa jadi? Dan..apa tanda-tandanya kita perlu detoks organ hati kita? Jom rungkaikan bersama :)

Kedudukan Organ Hati

7 Cara menghilangkan Badan Berbau - Cegah Sebelum Parah!

Badan berbau busuk memang agak mengaibkan. Rakan-rakan di sekeliling mungkin tidak mengungkit badan anda berbau demi menjaga hati, namun ia pasti akan mengurangkan keyakinan diri seseorang. Persoalannya bagaimana ingin tahu badan kita berbau busuk atau tidak? Ya, bertanyalah kepada mereka yang rapat dengan kita seperti ibu, pasangan atau sahabat baik. Mereka ini pasti akan bersikap jujur dan menyokong 100% apabila kita berhasrat ingin berusaha menghilangkan bau badan yang kurang enak itu!

Jom hilangkan bau badan!

Cara Mengecilkan Pori Wajah Supaya Kulit Nampak Halus

Pori wajah ni kalau besar, kau Skype dengan kawan pun dia boleh nampak tau! Sedih kan kalau pori wajah besar, sebab nanti kulit nampak kasar sangat, nak selfie sendiri pun segan. Kalau nak kulit wajah kelihatan halus, kenalah berusaha untuk mengecilkan pori wajah ya 😊


Pori atau liang roma pada kulit adalah lubang mikro yang berfungsi untuk peluh dan sebum keluar. Sebum adalah lapisan minyak semulajadi badan kita yang menjadikan kulit kekal lembap selain melindungi kulit daripada pertumbuhan bakteria pada permukaannya.

5 Jenis Makanan Yang Menggalakkan Jerawat

Ada orang kata makanan tertentu adalah sebab jerawat muncul di wajah, sebab tu mungkin anda pernah dengar ada orang takut makan kacang kerana taknak jerawat menjengah. Ada pendapat lain pula kata makanan tak memainkan peranan pun dengan kemunculan jerawat. Jadi makanan tertentu ni betul ke menggalakkan jerawat?

Menurut Dr. Hasseenah, umumnya jerawat disebabkan oleh faktor masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan stress yang melampau. Adakah makanan boleh menyebabkan jerawat? Jawapannya ya dan tidak. Ia kerana bergantung kepada bagaimana badan kita bertindakbalas terhadap apa yang kita makan. Ada orang yang badannya memberi reaksi negatif terhadap makanan tertentu, jadi jerawat mungkin timbul sebagai kesannya.


Cara Mengurangkan Stretch Mark Selepas Bersalin

Stretch mark atau kesan regangan biasa terjadi kepada para wanita yang hamil atau telah melahirkan. Regangan kulit berlaku akibat perkembangan bayi di dalam kandungan menyebabkan timbulnya tanda rekahan berwarna keperangan, putih atau kemerahan, sedikit berlainan daripada warna kulit di sekitarnya. Stretch mark juga dikatakan cenderung terjadi jika kulit terlalu kering dan tidak anjal, maka rekahan akan mudah berlaku semasa proses perubahan saiz perut si ibu demi bayi yang semakin membesar di dalam perut tersebut.


Bolehkah stretch mark hilang?

Stretch mark biasanya akan pudar mengikut peredaran masa. Namun, jika anda mahu penyelesaian yang lebih cepat, di sini ada beberapa petua dari Jaja.

7 Amalan Baik untuk Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Kalau anda pernah ingat, Jaja pernah kongsikan tentang eyebags atau lingkaran gelap bawah mata sebelum ini. Boleh klik >> Bengkak dan Lingkaran Gelap Bawah Mata macam Panda? << untuk membaca ya :) Lingkaran gelap bawah mata serius tak best! Kulit mulus flawless sekalipun kalau ada lingkaran gelap bawah mata, mesti rasa ralat. Apatahlagi kalau wajah kita tak semulus mana.. ditambah dengan lingkaran gelap tentu akan mencacatkan penampilan wajah.

Apa yang perlu dibuat? Ya semestinya hilangkan lingkaran gelap bawah mata tersebut!


Walaupun lingkaran gelap eyebags ini bukan penyakit dan tidak memudaratkan pun badan kita, ia hanya mengganggu dari segi penampilan wajah, setuju kan? Jadi, ingin Jaja kongsikan 7 amalan baik untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata, semoga berguna ya 😉

Testimoni Pengguna SET JERAWAT SHAKLEE

Jerawat? Hanya orang yang ada masalah jerawat kerap aje akan faham betapa stress dan kecewanya bila setiapkali pandang cermin. Bukan itu aje, jerawat ni boleh buatkan hilangkan keyakinan diri sama tau. Bukan Jaja tak pernah jumpa orang yang banyak jerawat tapi tetap high confidence.. tapi serius tak ramai mana!

Anda bayangkan bila berjalan sebelah bestie anda yang berkulit wajah flawless sedangkan kita pula berjerawat sana-sini, apalah yang kita rasa kan. Sudah macam beauty and the beast dah :'( Kawan kita bukan main senyum sampai telinga lagak retis bila ada yang memandang, kita pula rasa macam nak sorok muka dalam baju aje kan. Itu belum lagi bila ada orang tegur kondisi jerawat kita tu, sangguplah bermasam muka dengan yang ditegur, tak gitu?

Bak Puteri - 5 Rahsia Cantik Orang Korea!

Anda pernah tonton drama Korea ataupun sekurang-kurangnya tonton variety show Korea macam Family Outing atau Running Man? Uishh Jaja suka sangat 2 variety show tu tauu! Tapi sekarang dah jarang tonton sebab kekangan masa..hihi. Nak cerita bukan pasal tu kali ni tapi nak cerita pasal kulit orang Korea yang amboiiiaiih cantik, mulus, halus dan glowing tu! Cantik bak puteri lah diorang. Bukan yang perempuan aje cantik, tapi yang lelaki pun sama cantik kulitnya. Isy jealous tau 😅 Nak kata kulit mereka cantik sebab selebriti tak juga sebab dalam variety show selalu libatkan orang awam - orang awam Korea pun kulit cantik-cantik belaka! Eh, apa rahsia cantik sihat macam mereka ye?
Song Ji Hyo - cantik kan?

Rahsia Cantik dan Sihat orang Korea

Orang Korea sebenarnya amat mementingkan penjagaan luaran dan dalaman. Untuk kecantikan, mereka memiliki sekurang-kurangnya set skincare asas seperti pencuci muka, toner dan moisturizer. Yang lain-lain macam eye cream, serum, essence, night cream dan lain-lain ada juga tapi tetap 3 benda utama tu yang pasti setiap orang ada. Berdisiplin kan mereka 😉

Vitamin Shaklee untuk Kulit Berjerawat

Masalah jerawat memanglah merungsingkan, apatah lagi kalau ia di muka. Ada kes yang sanggup tak keluar rumah pun ada.. hihi. Tapi sampai bilalah kan. Masalah jerawat ini nak tak nak kita perlu atasi supaya boleh tampil cantik tanpa cela atau sekurang-kurangnya untuk meningkatkan keyakinan diri sendiri di hadapan orang. Yang penting, jangan tunggu sampai JERAWAT KRITIKAL, baru nak cari penyelesaian ya!

Atasilah jerawat dengan bantuan VitaminShaklee!

Kali ini Jaja ingin kongsikan 4 jenis vitamin Shaklee yang dapat membantu masalah jerawat. Dan mungkin ia memang berkesan untuk anda, siapa tahu kan!

Set Gastrik Shaklee

Bagi penghidap gastrik, sentiasalah jaga pemakanan anda ya. Makan ubat doktor dan ambil rawatan seperlunya. Selain itu, pesakit gastrik juga boleh mengamalkan Set Gastrik Shaklee. Set Gastrik Shaklee bukanlah ubat yang menyembuhkan tetapi khasiat di dalamnya dapat menyokong kesihatan perut anda dan mengurangkan simptom gastrik sedikit demi sedikit, insyaAllah. Terdapat 3 jenis suplemen dalam Set Gastrik Shaklee, iaitu:

Set Gastrik Shaklee


1) ESP - Energizing Soy Protein
ESP adalah suplemen minuman soya non-GMO. Di dalam soya terdapat kesemua 20 asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan tetapi didapati satu-satunya daripada pemakanan.
ESP merupakan sumber protein daripada kacang soya. Berbeza dengan protein daripada sumber haiwan, protein tumbuhan ini bebas lemak dan kolesterol. Namun, istimewanya fungsi protein soya memang sebanding dengan protein yang didapatkan daripada sumber haiwan.
Bagi tujuan masalah gastrik, ESP Shaklee memberikan kebaikan berikut:
  •           Mengurangkan keasidan dalam perut yang disebabkan oleh kehadiran jus gastrik berlebihan.
  •           Protein diperlukan untuk membina semula sel dan tisu baru yang telah dihakis dan dirosakkan oleh jus gastrik
  •           Mempercepat pembaikan luka jika gastrik disebabkan oleh ulser perut


2) Peppermint Ginger Plus
Muntah-muntah, kerap sendawa, buang angin dan senak perut semasa serangan gastrik adalah petanda badan banyak angin akibat keadaan yang berasid. Peppermint Ginger Plus mengandungi khasiat Halia di dalamnya yang sememangnya terkenal sebagai pembuang angin dalam kegunaan tradisional dan home remedy.
Selain membuang angin berlebihan dalam badan, mengurangkan simptom muntah dan loya, suplemen ini boleh membantu memberi rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.
Ia juga boleh dihancurkan dan dibuat air minuman mengikut keselesaan mengambilnya.

3) OsteMatrix
OsteMatrix adalah suplemen yang membekalkan mineral Kalsium, iaitu salah satu mineral yang diperlukan badan dalam tujuan pembentukan tulang, gigi, gusi dan sendi yang sihat. Ia juga dilengkapi dengan Vitamin D yang menyokong penyerapan Kalsium dengan paling optimum.
Untuk masalah gastrik, OsteMatrix boleh membantu meneutralkan asid perut kerana ia bersifat alkali. Moga-moga dengan peneutralan asid yang tinggi di dalam perut akan mengurangkan kesan serangan gastrik tersebut.

Jika ditanya pendapat Jaja, elok sekiranya mengambil Set Gastrik Shaklee secara lengkap. Nak diambil secara satu-satu boleh juga jika bajet tak mengizinkan. Namun, mengambil secara set adalah terbaik kerana setiap satu suplemen tersebut mempunyai fungsi yang berbeza untuk masalah gastrik anda, contohnya Ostematrix untuk peneutralan asid, ESP untuk pembaikan dan pembinaan tisu rosak serta Peppermint Ginger Plus untuk meredakan ketidakselesaan perut anda akibat angin. Apa-apa pun, berbincanglah dengan SID  yang anda pilih untuk cadangan suplemen kerana keperluan setiap orang adalah tidak sama bergantung kepada gaya hidup dan masalah kesihatan lain.

Pesanan Jaja untuk pesakit gastrik, sentiasalah jaga jadual makan dan cara pemakanan anda, kurangkan apa yang tidak patut dan berpantang dahulu sebelum anda benar-benar sembuh. Sila baca artikel Jaja sebelum ini yang bertajuk Penyebab Gastrik dan 5 Tips untuk Pesakit Gastrik sebagai panduan ;)

Berjumpa dan minta nasihat doktor apabila perlu

Selain itu, rujuklah doktor dan sentiasalah ikut saranan ubat yang diberikan kepada anda.
Ambil juga Set Gastrik Shaklee jika perlu sebagai ikhtiar sokongan kepada rawatan anda di klinik dan hospital. Ia bukanlah kerana kita tidak yakin kepada perubatan moden, tetapi lebih kepada ikhtiar mencari penyelesaian terbaik. Minta nasihat doktor berkaitan pengambilan Set Gastrik Shaklee jika anda bimbang dengan kesan sampingannya akibat masalah kesihatan anda yang lain jika ada.

Sebagai seorang SID, semestinya Jaja amat gembira jika anda ingin mencuba Set Gastrik yang Jaja cadangkan ini tetapi dari suatu segi, Jaja juga concern dengan keadaan kesihatan anda berbanding keuntungan semata. No overclaimed, suplemen lebih bertindak mencukupkan nutrisi dan keperluan zat dalam badan kita, mudah-mudahan ia membantu untuk proses penyembuhan yang berpanjangan.. sebarang pertanyaan, jangan segan-segan hubungi Jaja ya. InsyaAllah Jaja bantu apa yang terdaya ;)


Sebarang pertanyaan mahupun pesanan, boleh hubungi Jajaseperti maklumat berikut:

Nama: Jaja @ Zaleha
ID Shaklee: 1227002
Whatsap / Phone / Telegram: 011-36198300 / 019-5728429


Jangan segan-segan ya!


Semoga semua pesakit gastrik di luar sana cepat-cepat sembuh ya!

Get well soon ;) ;)

Penyebab Gastrik dan 5 Tips untuk Pesakit Gastrik

Sakit gastrik, atau dalam istilah perubatannya dipanggil gastritis adalah keradangan pada lapisan dalam perut. Radang ini biasanya disebabkan oleh tindakan bakteria yang biasanya menyerang perut sehingga menyebabkan ulser perut. Jika keadaan semakin serius tanpa rawatan, sakit gastrik boleh menjadi ulser dan lebih kronik lagi tinggi pula risiko untuk mendapat kanser perut – nauzubillah!

Gastrik


Simptom Sakit Gastrik

Usahawan Online Patut Tiru 6 Strategi Lazada Ini!


Anda salah seorang usahawan online? Masih tercari-cari ke bagaimana hendak melariskan jualan produk anda? Mungkin anda dapat ambil pengajaran daripada 6 strategi yang Lazada lakukan yang akan Jaja kongsikan buat anda ini J


Tentang Lazada


Siapa tak pernah dengar Lazada? Jaja pasti semua orang pernah mendengar tentang Lazada, iaitu sebuah laman web jualan yang begitu besar dan semakin terkenal.

Jaja pun pernah membeli 3 item di Lazada. Penghantaran yang dilakukan berasingan, dan barulah Jaja sedar yang Lazada menjadi tukang promosi kepada syarikat-syarikat yang menjual setiap item tersebut. Apa yang dilakukan betul-betul ala dropship! Tugas Lazada adalah mempromosi sebanyak item yang boleh kepada pengguna, kemudian apabila pelanggan membuat pesanan, urusan pembelian akan diuruskan 100 peratus oleh syarikat yang menjual. Pastinya Lazada akan mendapat komisyen kerana promosi yang dilakukan bagi setiap item yang terjual! Ha hebat kan ;)


6 Strategi Hebat Lazada

Dah bersedia untuk tahu apa strategi Lazada sehingga mampu melakukan ribuan jualan saban waktu? Jom!

1. Tawaran diskaun untuk pelanggan kali pertama yang membuat pembelian

Kalau anda pernah membuat belian di Lazada, tentu anda perasan anda akan diberi voucer diskaun 10 ke 20%. Ia diskaun yang pertama yang anda nikmati apabila berurusan dengan Lazada. 
Kalau dah dapat diskaun, mestilah pelanggan lagi tertarik ya tak. Jaja pasti dengan diskaun seperti ini, pengguna akan kembali lagi berurusan dengan Lazada lagi-lagi urusan pertama begitu lancar dan menggembirakan.
Anda sebagai usahawan online memiliki laman web jualan, rasa-rasanya boleh memberikan diskaun istimewa kepada pelanggan pertama anda? Pasti hebat!
2. Simpan database pelanggan

 
Apabila membuat pembelian di Lazada pertama kali, pihak Lazada akan meminta kita memasukkan alamat emel. Apa yang Lazada cuba lakukan ialah mengumpul sebanyak boleh maklumat menghubungi pelanggan mereka – simpan database. 
Database yang disimpan seperti alamat emel memudahkan Lazada menghantar newsletter tentang promosi yang bakal berlaku atau sedang berlangsung. Begitu juga dengan tawaran istimewa sempena hari-hari keraian seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru atau lain-lain. 
Pelanggan akan berasa sangat dekat dengan Lazada biarpun mereka mungkin tidak melawat laman Lazada setiap hari. Semua ini hanya berlaku dari emel pelanggan sahaja! 
Selalu lihat tak iklan Lazada di Facebook. Selalu sangat jawapannya. 
Lazada memang memanfaatkan setiap platform yang mempunyai ramai bakal pelanggan nampaknya. Mereka beriklan di Facebook terutamanya. Ini juga menunjukkan pengiklanan di media social masih lagi relevan.
4. Fungsi retargeting
Ia seperti sistem mengejar bakal pelanggan. Ceritanya begini..
Kita mungkin pernah melawat laman Lazada untuk survey harga telefon pintar. Dan sememangnya kita memang ada niat membeli, jadi cuba survey harga dahulu dan membandingkan beberapa jenama telefon sebelum membuat sebarang pembelian di Lazada atau mana-mana kedai fizikal setempat. Selepas survey, kita tutup laman Lazada begitu sahaja. 
Apa yang berlaku kemudiannya, hari-hari selepas itu kita mungkin tidak singgah di Lazada, tetapi kita ‘dikejar’ iklan-iklan Lazada dengan item telefon pintar. Buka Facebook, ads yang keluar menunjukkan iklan telefon oleh laman Lazada. Buka Google pun ada juga iklan Lazada, bukan blog pun ada iklan telefon Lazada dengan diskaun istimewa. Pendek kata, mana-mana kita surfing kita akan melihat iklan smartphone by Lazada. Lazada mengejar kita! 
Inilah yang dinamakan fungsi retargeting
Dan apa anda fikir bila bakal pelanggan sentiasa diikuti oleh iklan, malah item yang muncul pula ialah item yang memang difikir-fikir mahu dibeli? Besar kemungkinannya, bakal pelanggan akan tersangkut juga dengan ‘perangkap’ ini. Hehe
5. Buat tawaran untuk sertai sebagai ejen affiliate
Apabila ada program ejen Affiliate, trafik ke laman Lazada pasti akan meningkat. Modusnya mudah kerana ejen-ejen affiliate akan berkongsi url promosi mereka di merata-rata platform di internet seperti di forum, blog dan media sosial. Ini akan menjadi backlink kepada laman Lazada. 
Contoh PROMOSI Lazada
Ramai orang yang dapat dibawa ke laman jualan Lazada bermaksud peluang jualan juga akan meningkat.
6. Bonus: selalu buat promosi harga runtuh setiap bulan

Siapa tak suka HARGA RUNTUH? Semua orang suka. Itu belum masuk lagi diskaun jika menggunakan kad Maybank, free delivery dan lain-lain. 
Bagi sesetengah orang, promosi harga runtuh boleh menjadi titik mula berurusan dengan pihak Lazada buat pertama kali kerana risiko kerugian yang amat kurang. Lagi pula ia berbaloi untuk menilai kecekapan urusan belian dan membina keyakinan untuk pengalaman seterusnya.

Ha dah tahu kan 6 strageti pemasaran dan pengiklanan Lazada? Yang mana boleh diubahsuai untuk strategi perniagaan anda, Jaja cadangkan anda lakukan segera!

Semoga berjaya!


Rujukan:

Set Detoks Shaklee


Detoks adalah proses penting badan yang harus berlaku setiap hari. Namun kadangkala tak setiap hari badan kita berjaya detoks dengan berkesan. Keberkesanan sistem detoks banyak bergantung kepada gaya hidup kita; senaman, cara makan, jenis aktiviti, pencemaran sekeliling dan tabiat hidup. Lama-kelamaan toksin boleh berkumpul dan menjadi banyak akibat proses detoks yang kurang efektif oleh organ kita akibat ia tidak mampu menampung toksin yang banyak itu.

Mari bantu organ detoks kita!

Bantu ia untuk melakukan tugas detoks dengan berkesan di samping bantuan Set Detoks Shaklee ;)


Organ Detoks dalam Badan Kita

Badan kita membuang toksin yakni bahan beracun hasil metabolisme badan atau bahan buangan yang tidak berguna dari badan. Berpeluh, membuang air kecil dan besar, bernafas adalah cara bagaimana bahan buangan dan toksin ini dekeluarkan oleh badan kita.

4 Resepi dalam Mug Yang Ringkas Tetapi Sihat

Resepi yang ringkas tapi enak lagi menyihatkan? Memang tak mustahil, siap pakej dalam mug lagi. Jom ikuti ya.


Resepi 1: Mac & Cheese in A Mug


1. Sediakan bahan berikut:

Mesti Cuba: Sedap dan Menyegarkan - 3 Resepi Jus Detoks Sendiri di Rumah!

Jom buat jus detoks sendiri di rumah!

Pelbagai resepi detoks - pernah cuba tak?

Detoks banyak kebaikannya. Proses detoks adalah proses di mana badan membuang bahan toksin yang terkumpul di dalam badan. Toksin yang banyak di dalam badan boleh menyebabkan badan terdedah kepada risiko pelbagai penyakit sama ada ringan atau kritikal. Kita mendapat toksin dari pelbagai punca seperti diet yang tidak sihat, pencemaran dan stress. Boleh baca lanjut tentang kepentingan detoks di sini.

Ada pelbagai cara untuk detoks seperti puasa, eat clean, memakan suplemen dan mengamalkan jus detoks.

Kali ini, mari ketahui 3 resepi jus detoks yang hanya boleh dibuat di rumah!