Follow Us @bijak.sihat

23 Jun 2017

Punca dan Cara Mengatasi Jerawat Pasir


Jerawat pasir biasanya bersaiz kecil tetapi mucul dengan banyak sama ada di kulit muka seperti dahi dan pipi atau di punggung. Ia selalunya akan menyebabkan kulit kita kelihatan kasar.

Jerawat pasir ni memang mengganggu penampilan kan lagi-lagi untuk kita kaum perempuan ni. Iyalah, dari jauh nampak macam kulit licin aje tapi bila mendekat dah macam bulan jadinya :’( Sedih kan.



Punca Jerawat Pasir

Berdasarkan pembacaan Jaja, secara umumnya penyebab jerawat pasir ialah kerana pengumpulan minyak di pori-pori kulit. Lama-lama ia menyebabkan muncul whitehead dan blackhead. Kedua-dua whitehead dan blackhead ini atau komedo (bintil-bintil di kulit) biasanya menjadi permulaan awal kepada masalah jerawat pasir atau jerawat-jerawat lain. 

Komedo, whitehead dan blackhead ni boleh menjadi radang kerana beberapa sebab berikut:

  1. Ia tersumbat dengan sel kulit mati dan dijangkiti bakteria. Kemudian ia akan memerah dan menjadi radang. 
  2. Menggosok dan membasuh wajah secara keterlaluan. Ha ingat tu, obsess mencuci wajah sangat pun tak bagus tau, nanti timbul jerawat pasir J Sebab, gesekan kulit wajah dengan pencuci muka nanti menyebabkan bintik kecil atau komedo terluka, dijangkiti dan menjadi radang. 
  3. Memicit komedo. Hai mestilah geram tengok bintil, whitehead dan blackhead yang bertenggek kat kulit muka tu kan! But remember, bila memicitnya, nanti pori boleh terdedah kepada bakteria then jadilah jerawat pasir. Lebih serius lagi jadi jerawat yang lebih parah macam cyst. Ayoo tak nak kan! 
  4. Penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak. Bila apply kosmetik yang mengandungi minyak, ia akan menggalakkan penyumbatan liang pori di samping rembesan minyak semulajadi oleh kulit. Lebih parahlah ia nanti. Lagi pula, sisa kosmetik pun boleh menyumbat pori, menjadi kotoran dan menggalakkan kejadian jerawat pasir akhirnya. 
  5. Suka memakan makanan berlemak dan berkandungan gula yang tinggi. Pengambilan makanan jenis ini menambahkan lagi rembesan minyak pada kulit, sudah tentu ia akan menyebabkan masalah komedo dan jerawat pasir. Jadi elak-elakkanlah ya. Lagipun bagus juga kan boleh mengelak obes dan risiko diabetes juga tu.


Cara Mengatasi Jerawat Pasir

Apabila sudah tahu penyebabnya, insya-Allah lebih mudah untuk kita menangani jerawat pasir.
  1. Lakukan skrub wajah atau kulit yang bermasalah. Mungkin boleh buat 2 kali seminggu. Kebaikan skrub ialah dapat mengeluarkan sel kulit mati dan kotoran pada kulit. Jadi lebih rendah risiko untuk terjadinya jerawat pasir tu.
  2. Membasuh atau mencuci wajah secara sederhana, jangan berlebih-lebihan tapi jangan kurang sangat pula :)
  3. Jangan picit bintik-bintik putih atau komedo di wajah. Jangan tau. Sebab kita tak nak ia jadi luka, kena bakteria dan jadi makin parah seperti masalah jerawat pasir.
  4. Hati-hati dengan pemilihan kosmetik anda :) Tengok bahan-bahannya atau kalau rasa tak serasi dengan kulit tu tak payahlah nak gagahi juga ya. Pilih yang serasi, selamat dan tiada kandungan minyak.
  5. Kurangkan makanan berlemak, berkolesterol dan kandungan gula yang tinggi. Makan banyak sayur dan buah, minum banyak air putih.


InsyaAllah, nanti kita bincang pula tentang skrub wajah ;) Ada beberapa petua yang Jaja nak kongsikan untuk semua nanti! Stay tuned ;D



Baca Juga: Review: Produk Menghilangkan Jerawat Pasir daripada Shaklee

Tiada ulasan: