Follow Us @bijak.sihat

18 Julai 2023

3 Tips Penting Bisnes Online- Kalau Mahu Menjadi!

Ramai orang buat bisnes online. Persoalannya, benar-benar boleh berjaya ke? Jawapannya, inshaaAllah boleh. Kena cara dan usahanya, pasti boleh berjaya.


Kali ini, saya ingin berkongsi 3 tips bisnes online, khas buat rakan-rakan seangkatan yang berbisnes online macam saya juga. 


Bila berbisnes, mestilah kita nak untung dan sukses. Jadi, penting sebenarnya untuk dapatkan tips bisnes online supaya dapat dipraktikkan bagi memperbaiki prestasi bisnes online kita.


3 Tips Bisnes Online



1. Konsisten Promosi

Jika ada kedai fizikal, mungkin senang orang nak cari. Buka sahaja kedai, pelanggan tahu nak cari kita ke mana. Tapi untuk bisnes online tidak begitu. Kita tidak ada kedai fizikal, jadi kena sentiasa buat promosi ya. Barulah orang tahu kita jual apa, atau kita tawarkan servis apa. 


Bila sudah promosi dan iklankan bisnes kita setiap hari, jangan lupa untuk sertakan sekali cara untuk pelanggan hubungi, iaitu melalui panggilan telefon, Whatsapp, Telegram atau sebagainya. Jangan sudah promosi bagai nak rak, lupa pula sertakan cara pelanggan mahu hubungi - rugi besar tu!


2. Rancang Masa dengan Baik

Berbisnes online, apatahlagi dari rumah ada banyak cabarannya. Fokus kita mungkin terganggu dengan urusan rumah dan hal anak-anak, jika anda seorang surirumah. Betul, hal rumah adalah keutamaan tetapi ini tidak bermakna hal bisnes online jatuh nombor 2. Ia juga sama penting buat kita. Jadi, bahagikanlah masa antara keduanya dengan baik.


Jika boleh, peruntukkan sekian-sekian jam untuk menguruskan hal bisnes seperti ada masa untuk buat iklan, konten pemasaran, mengurus pengeposan barang dan sebagainya.


Apabila ada jadual begini, gerak kerja bisnes online inshaaAllah akan lebih tersusun dan efektif.


3. Upgrade Ilmu

Mahu buat apa-apa pun, mesti dengan ilmu makak tak terkecuali untuk bisnes online. Oleh itu, tingkatkanlah ilmu berkaitan bisnes online anda sedikit demi sedikit, hari demi hari. 


Ada banyak ilmu yang perlu dikuasai, contohnya ilmu tentang produk yang dijual (sekiranya bisnes jenis affiliate atau agen), ilmu tentang skil menjual, ilmu tentang servis pelanggan selepas jualan, dan sebagainya. Ada banyak!


Teruslah menimba ilmu yang berkaitan supaya bisnes online kita semakin berkembang dengan baik.


Itu dia 3 tips bisnes online yang sempat saya kongsikan kali ini. Nak tips lagi? Boleh baca tips bisnes online lain pula di sini ya.

Tiada ulasan: