Follow Us @bijak.sihat

19 Julai 2017

Usahawan Online Patut Tiru 6 Strategi Lazada Ini!


Anda salah seorang usahawan online? Masih tercari-cari ke bagaimana hendak melariskan jualan produk anda? Mungkin anda dapat ambil pengajaran daripada 6 strategi yang Lazada lakukan yang akan Jaja kongsikan buat anda ini J


Tentang Lazada


Siapa tak pernah dengar Lazada? Jaja pasti semua orang pernah mendengar tentang Lazada, iaitu sebuah laman web jualan yang begitu besar dan semakin terkenal.

Jaja pun pernah membeli 3 item di Lazada. Penghantaran yang dilakukan berasingan, dan barulah Jaja sedar yang Lazada menjadi tukang promosi kepada syarikat-syarikat yang menjual setiap item tersebut. Apa yang dilakukan betul-betul ala dropship! Tugas Lazada adalah mempromosi sebanyak item yang boleh kepada pengguna, kemudian apabila pelanggan membuat pesanan, urusan pembelian akan diuruskan 100 peratus oleh syarikat yang menjual. Pastinya Lazada akan mendapat komisyen kerana promosi yang dilakukan bagi setiap item yang terjual! Ha hebat kan ;)


6 Strategi Hebat Lazada

Dah bersedia untuk tahu apa strategi Lazada sehingga mampu melakukan ribuan jualan saban waktu? Jom!

1. Tawaran diskaun untuk pelanggan kali pertama yang membuat pembelian

Kalau anda pernah membuat belian di Lazada, tentu anda perasan anda akan diberi voucer diskaun 10 ke 20%. Ia diskaun yang pertama yang anda nikmati apabila berurusan dengan Lazada. 
Kalau dah dapat diskaun, mestilah pelanggan lagi tertarik ya tak. Jaja pasti dengan diskaun seperti ini, pengguna akan kembali lagi berurusan dengan Lazada lagi-lagi urusan pertama begitu lancar dan menggembirakan.
Anda sebagai usahawan online memiliki laman web jualan, rasa-rasanya boleh memberikan diskaun istimewa kepada pelanggan pertama anda? Pasti hebat!
2. Simpan database pelanggan

 
Apabila membuat pembelian di Lazada pertama kali, pihak Lazada akan meminta kita memasukkan alamat emel. Apa yang Lazada cuba lakukan ialah mengumpul sebanyak boleh maklumat menghubungi pelanggan mereka – simpan database. 
Database yang disimpan seperti alamat emel memudahkan Lazada menghantar newsletter tentang promosi yang bakal berlaku atau sedang berlangsung. Begitu juga dengan tawaran istimewa sempena hari-hari keraian seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Guru atau lain-lain. 
Pelanggan akan berasa sangat dekat dengan Lazada biarpun mereka mungkin tidak melawat laman Lazada setiap hari. Semua ini hanya berlaku dari emel pelanggan sahaja! 
Selalu lihat tak iklan Lazada di Facebook. Selalu sangat jawapannya. 
Lazada memang memanfaatkan setiap platform yang mempunyai ramai bakal pelanggan nampaknya. Mereka beriklan di Facebook terutamanya. Ini juga menunjukkan pengiklanan di media social masih lagi relevan.
4. Fungsi retargeting
Ia seperti sistem mengejar bakal pelanggan. Ceritanya begini..
Kita mungkin pernah melawat laman Lazada untuk survey harga telefon pintar. Dan sememangnya kita memang ada niat membeli, jadi cuba survey harga dahulu dan membandingkan beberapa jenama telefon sebelum membuat sebarang pembelian di Lazada atau mana-mana kedai fizikal setempat. Selepas survey, kita tutup laman Lazada begitu sahaja. 
Apa yang berlaku kemudiannya, hari-hari selepas itu kita mungkin tidak singgah di Lazada, tetapi kita ‘dikejar’ iklan-iklan Lazada dengan item telefon pintar. Buka Facebook, ads yang keluar menunjukkan iklan telefon oleh laman Lazada. Buka Google pun ada juga iklan Lazada, bukan blog pun ada iklan telefon Lazada dengan diskaun istimewa. Pendek kata, mana-mana kita surfing kita akan melihat iklan smartphone by Lazada. Lazada mengejar kita! 
Inilah yang dinamakan fungsi retargeting
Dan apa anda fikir bila bakal pelanggan sentiasa diikuti oleh iklan, malah item yang muncul pula ialah item yang memang difikir-fikir mahu dibeli? Besar kemungkinannya, bakal pelanggan akan tersangkut juga dengan ‘perangkap’ ini. Hehe
5. Buat tawaran untuk sertai sebagai ejen affiliate
Apabila ada program ejen Affiliate, trafik ke laman Lazada pasti akan meningkat. Modusnya mudah kerana ejen-ejen affiliate akan berkongsi url promosi mereka di merata-rata platform di internet seperti di forum, blog dan media sosial. Ini akan menjadi backlink kepada laman Lazada. 
Contoh PROMOSI Lazada
Ramai orang yang dapat dibawa ke laman jualan Lazada bermaksud peluang jualan juga akan meningkat.
6. Bonus: selalu buat promosi harga runtuh setiap bulan

Siapa tak suka HARGA RUNTUH? Semua orang suka. Itu belum masuk lagi diskaun jika menggunakan kad Maybank, free delivery dan lain-lain. 
Bagi sesetengah orang, promosi harga runtuh boleh menjadi titik mula berurusan dengan pihak Lazada buat pertama kali kerana risiko kerugian yang amat kurang. Lagi pula ia berbaloi untuk menilai kecekapan urusan belian dan membina keyakinan untuk pengalaman seterusnya.

Ha dah tahu kan 6 strageti pemasaran dan pengiklanan Lazada? Yang mana boleh diubahsuai untuk strategi perniagaan anda, Jaja cadangkan anda lakukan segera!

Semoga berjaya!


Rujukan:

Tiada ulasan: