Follow Us @bijak.sihat

21 Julai 2017

Set Gastrik Shaklee

Bagi penghidap gastrik, sentiasalah jaga pemakanan anda ya. Makan ubat doktor dan ambil rawatan seperlunya.

Selain itu, pesakit gastrik juga boleh mengamalkan Set Gastrik Shaklee. Set Gastrik Shaklee bukanlah ubat yang menyembuhkan tetapi khasiat di dalamnya dapat menyokong kesihatan perut anda dan mengurangkan simptom gastrik sedikit demi sedikit, insyaAllah.

Terdapat 3 jenis suplemen dalam Set Gastrik Shaklee, iaitu:

Set Gastrik Shaklee


1) ESP - Energizing Soy Protein
ESP adalah suplemen minuman soya non-GMO. 
Di dalam soya terdapat kesemua 20 asid amino yang diperlukan oleh tubuh badan kita termasuk 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan tetapi didapati satu-satunya daripada pemakanan.
ESP merupakan sumber protein daripada kacang soya. Berbeza dengan protein daripada sumber haiwan, protein tumbuhan ini bebas lemak dan kolesterol. 
Namun, istimewanya fungsi protein soya memang sebanding dengan protein yang didapatkan daripada sumber haiwan.
Bagi tujuan masalah gastrik, ESP Shaklee memberikan kebaikan berikut:
  •           Mengurangkan keasidan dalam perut yang disebabkan oleh kehadiran jus gastrik berlebihan.
  •           Protein diperlukan untuk membina semula sel dan tisu baru yang telah dihakis dan dirosakkan oleh jus gastrik
  •           Mempercepat pembaikan luka jika gastrik disebabkan oleh ulser perut


2) Peppermint Ginger Plus
Muntah-muntah, kerap sendawa, buang angin dan senak perut semasa serangan gastrik adalah petanda badan banyak angin akibat keadaan yang berasid. 
Peppermint Ginger Plus mengandungi khasiat Halia di dalamnya yang sememangnya terkenal sebagai pembuang angin dalam kegunaan tradisional dan home remedy.
Selain membuang angin berlebihan dalam badan, mengurangkan simptom muntah dan loya, suplemen ini boleh membantu memberi rasa nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.
Ia juga boleh dihancurkan dan dibuat air minuman mengikut keselesaan mengambilnya.

3) OsteMatrix
OsteMatrix adalah suplemen yang membekalkan mineral Kalsium, iaitu salah satu mineral yang diperlukan badan dalam tujuan pembentukan tulang, gigi, gusi dan sendi yang sihat. 
Ia juga dilengkapi dengan Vitamin D yang menyokong penyerapan Kalsium dengan paling optimum.
Untuk masalah gastrik, OsteMatrix boleh membantu meneutralkan asid perut kerana ia bersifat alkali. 
Moga-moga dengan peneutralan asid yang tinggi di dalam perut akan mengurangkan kesan serangan gastrik tersebut.

Jika ditanya pendapat Jaja, elok sekiranya mengambil Set Gastrik Shaklee secara lengkap.

Nak diambil secara satu-satu boleh juga jika bajet tak mengizinkan.

Namun, mengambil secara set adalah terbaik kerana setiap satu suplemen tersebut mempunyai fungsi yang berbeza untuk masalah gastrik anda, contohnya Ostematrix untuk peneutralan asid, ESP untuk pembaikan dan pembinaan tisu rosak serta Peppermint Ginger Plus untuk meredakan ketidakselesaan perut anda akibat angin.

Pesanan Jaja untuk penghidap gastrik, sentiasalah jaga jadual makan dan cara pemakanan anda, kurangkan apa yang tidak patut dan berpantang dahulu sebelum anda benar-benar sembuh.

Sila baca artikel Jaja sebelum ini yang bertajuk Penyebab Gastrik dan 5 Tips untuk Pesakit Gastrik sebagai panduan ;)

Berjumpa dan minta nasihat doktor apabila perlu

Selain itu, rujuklah doktor dan sentiasalah ikut saranan ubat yang diberikan kepada anda.

Ambil juga Set Gastrik Shaklee jika perlu sebagai ikhtiar sokongan kepada rawatan anda di klinik dan hospital. Ia bukanlah kerana kita tidak yakin kepada perubatan moden, tetapi lebih kepada ikhtiar mencari penyelesaian terbaik.

Minta nasihat doktor berkaitan pengambilan Set Gastrik Shaklee jika anda bimbang dengan kesan sampingannya akibat masalah kesihatan anda yang lain jika ada.

Sebagai seorang SID, semestinya Jaja amat gembira jika anda ingin mencuba Set Gastrik yang Jaja cadangkan ini tetapi dari suatu segi, Jaja juga concern dengan keadaan kesihatan anda berbanding keuntungan semata.

No overclaimed, suplemen lebih bertindak mencukupkan nutrisi dan keperluan zat dalam badan kita, mudah-mudahan ia membantu untuk proses penyembuhan yang berpanjangan dan lebih pantas!

Sebarang pertanyaan, jangan segan-segan hubungi Jaja ya. InsyaAllah Jaja bantu apa yang terdaya ;)


Sebarang pertanyaan mahupun pesanan, boleh hubungi Jajaseperti maklumat berikut:

Nama: Jaja @ Zaleha
ID Shaklee: 1227002
Whatsap / Phone / Telegram: 011-36198300 / 019-5728429


Jangan segan-segan ya!


Semoga semua pesakit gastrik di luar sana cepat-cepat sembuh ya!

Get well soon ;) ;)

Tiada ulasan: