Masalah jerawat memanglah merungsingkan, apatah lagi kalau
ia di muka. Ada kes yang sanggup tak keluar rumah pun ada.. hihi. Tapi sampai
bilalah kan. Masalah jerawat ini nak tak nak kita perlu atasi supaya boleh
tampil cantik tanpa cela atau sekurang-kurangnya untuk meningkatkan keyakinan
diri sendiri di hadapan orang. Yang penting, jangan tunggu sampai JERAWAT KRITIKAL, baru nak cari penyelesaian ya!
Kali ini Jaja ingin kongsikan 8 jenis vitamin Shaklee yang dapat
membantu masalah jerawat. Dan mungkin ia memang berkesan untuk anda, siapa tahu
kan!Atasilah jerawat dengan bantuan VitaminShaklee! |
1) ESP
RM 170.93 untuk 1 canister 850g |
Di kalangan peminat Shaklee, ESP memang tidak asing lagi. Ia
adalah minuman soya non-GMO dan terkenal untuk pengguna yang ingin mencantikkan
kulit. Di dalam ESP, terdapat khasiat protein tumbuhan soya, bebas lemak dan
kolesterol, semulajadi dan selamat. Sebagai sumber protein, ESP membantu menggantikan
sel-sel yang mati dan membentuk struktur kulit yang cantik. Dalam masalah
jerawat, fungsi protein ialah seperti berikut:
- Menggantikan sel-sel kulit yang rosak akibat jerawat
- Memudarkan parut jerawat
- Membantu mengecutkan jerawat
- Menjadikan kulit licin dan berseri
- Melembapkan kulit
- Menjadikan tona kulit lebih sekata dan mulus
2) Sustained Released Vita C Plus
RM 103.35 sebotol (tahan sehingga 6 bulan) |
Vitamin C adalah vitamin yang sangat sinonim sekali dengan
hal kecantikan. Sebab itulah produk kecantikan biasanya diperkaya dengan
vitamin C. Sustained Released Vitamin C Plus daripada Shaklee ini adalah sumber
vitamin C yang semulajadi, selamat dan terbukti berkesan. Ia disertakan dengan
teknologi pelepasan vitamin secara perlahan-lahan ke dalam badan kerana vitamin
c yang dilepaskan serentak akan mengurangkan penyerapan dan terbuang begitu
saja melalui air kencing. Dengan pelepasan perlahan-lahan, vitamin akan diserap
oleh badan secara optima. Terbaik kan?
Untuk jerawat, mengamalkan Vitamin C secara konsisten akan:
- Meningkatkan imun badan
- Melawan radikel bebas yang mungkin mencetuskan jerawat
- Memudarkan parut jerawat
- Mengurangkan radang kerada jerawat
- Meneutralkan kelembapan kulit dan mengawal rembesan minyak berlebihan yang menjadi salah satu punca tercetusnya jerawat
- Merangsang pembentukan kolagen pada kulit, menjadikan kulit lebih anjal, bermaya dan tidak kusam
3) Omega Guard
RM 144.43 sebotol (termasuk GST) |
Produk Omega Guard mengandungi minyak ikan Omega 3 tulen
yang dihasilkan melalui proses penyulingan molekul berganda supaya dapat
meningkatkan kepekatannya dan menyingkirkan logam berbahaya seperti merkuri dan
plumbum.
Apabila timbulnya jerawat, tanda kemerahan, bengkak dan rasa
pedih adalah biasa. Hal ini berlaku kerana terjadinya radang oleh kerana sistem
pertahanan badan melawan bacteria yang menyebabkan jerawat tersebut. Tapi malangnya
masa inilah kita geram betul dengan jerawat yang bertenggek dan bengkak
kemerah-merahan tu kan? Rasa nak picit-picit aja! Eh jangan tau :) Jerawat
kalau dipicit, makin merebak pula ia. Jika tidak pun, pasti ia meninggalkan
parut.
Jalan terbaik?
Biar jerawat kecut sendiri mengikut masanya. Ambil Omega
Guard kerana ia membantu mengurangkan bengkak.
Selain itu, Omega Guard juga adalah antioksidan yang baik
untuk menentang kesan UV. Sinaran UV
daripada matahari boleh menyebabkan penuaan pramatang pada wajah seperti kulit
berkedut dan memusnahkan kolagen kulit. Cegah ia dengan Omega Guard, jerawat
pun cepat kecut dan bonus kulit awet muda juga :)
4) Garlic Complex
RM 59.63 sebotol (termasuk GST) |
Bawang putih mempunyai banyak khasiatnya dalam masakan
seperti membuang angin dan mencuci darah. Untuk masalah jerawat pun, peranan
Bawang Putih tak kurang hebatnya tau.
Menurut satu artikel di The Acne Zone, antara sifat Bawang
Putih yang membantu dalam masalah
jerwat ialah kerana sifat antioksidannya yang
kuat, selain ia bersifat anti-bakteria, anti-kulat dan anti-virus.
Kandungan alisin di dalam Garlic Complex akan menjalankan
fungsi berikut:
- Melawan bakteria penyebab jerawat
- Mengawal penyebaran bakteria daripada terus mencetuskan jerawat
- Membersihkan darah dengan mengeluarkan toksin dari badan. Darah yang kotor dengan toksin adalah salah satu penyebab jerawat ye.
- Meningkatkan sistem imun badan dengan membekalkan antibiotik semulajadi sekaligus menjadikan kulit sentiasa sihat.
5) Vitamin E Complex
RM 165.63 sebotol (termasuk GST) |
Amalan memakan Vitamin E dapat membantu untuk memperbaiki tekstur kulit akibat parut jerawat. Parut jerawat menjadi pudar dan sekaligus mencantikkan kembali struktur kulit yang hodoh akibat jerawat lepas 😍
Vitamin E juga ialah antioksidan yang menghalang radikel bebas dari merosakkan sel kulit dan kejadian jerawat berulang.
6) CarotoMax
RM 82.15 sebotol (termasuk GST) |
CarotoMax amat kaya Vitamin A di dalamnya. Vitamin A selain untuk mata, turut bagus dalam meredakan masalah kulit seperti kulit kering dan jerawat.
Ujian ada menunjukkan orang yang bermasalah jerawat teruk mempunyai kandungan vitamin A dan C dalam darah mereka berbanding orang yang tiada masalah jerawat. Maka, tingkatkanlah kandungan vitamin A dalam badan anda tu jika jerawat tak henti-henti menyinggah di muka ya ;)
7) Collagen Powder
RM 315.88 sekotak untuk 15 sachets (termasuk GST) |
Antara Testimoni Pengguna Shaklee Collagen Powder |
Collagen Powder Shaklee amat istimewa kerana didapatkan dari sisik ikan merah laut dalam yang jauh dari risiko pencemaran laut. Ia juga disertakan dengan teknologi nano yang menyebabkan penyerapan khasiatnya berlaku pantas di dalam tubuh.
Collagen akan menggalakkan penghasilan tisu kulit yang menjadikan ia anjal dan lembut, serta awet muda.
Antara kebaikan Collagen Powder dalam masalah kulit berjerawat ialah:
- Menjadikan kulit lebih licin dan lembut
- Kulit rata dan glowing
- Jerawat dan parut semakin menghilang
- Tekstur kulit menjadi halus
8) Vivix
RM 503.50 sebotol untuk 150 ml (termasuk GST) |
Sel kulit yang sihat akan menjauhkan dari terjadinya jerawat. Bukan itu saja, amalan meminum Vivix akan menjadikan wajah nampak awet muda 😉
Vivix boleh juga dibuat masker muka atau apply pada jerawat, biasanya ia akan kecut dengan cepat sekali!
Mahu cuba Set Jerawat Shaklee atau mana-mana vitamin berkaitan? Jangan segan-segan, boleh klik
pada gambar atau hubungi sahaja Jaja malalui talian 011-36198300. Kita bincang nak cuba selesaikan masalah anda ;)
Sebarang pertanyaan mahupun pesanan, boleh hubungi Jaja seperti maklumat berikut:
Nama: Jaja @ Zaleha
ID Shaklee: 1227002
Email: zaleha.msaidin@gmail.com
Whatsap / Phone /
Telegram: 011-36198300 / 019-5728429
ID Shaklee: 1227002
Email: zaleha.msaidin@gmail.com
Whatsap / Phone / Telegram: 011-36198300 / 019-5728429
2 ulasan:
garlic pun elok untuk jerawat ya..boleh cuba lepas ni 😊
Aah elok sis Raihana, sy pernah cuba sebotol. Jerawat memang segan nak naik tauu! :)
Catat Ulasan