Song Ji Hyo - cantik kan? |
Rahsia Cantik dan Sihat orang Korea
Orang Korea sebenarnya amat mementingkan penjagaan luaran dan dalaman. Untuk kecantikan, mereka memiliki sekurang-kurangnya set skincare asas seperti pencuci muka, toner dan moisturizer. Yang lain-lain macam eye cream, serum, essence, night cream dan lain-lain ada juga tapi tetap 3 benda utama tu yang pasti setiap orang ada. Berdisiplin kan mereka 😉
Lee Min Ho pun amalkan skincare tau! |
Selain skincare, orang Korea juga apply peeling gel untuk buang sel-sel mati pada kulit. Ini macam fungsi skrub lah, supaya kulit tak jadi kusam, kasar dan nampak muda. Peeling gel bukan apply pada muka saja tapi pada seluruh badan pula tu, jadi pastilah kulit mereka licin dan halus seluruh badan. Jenama paling famous sekali ialah Aqua Peeling, mereka amalkan 2 kali seminggu.
Contoh peeling gel |
Lagi satu yang orang Korea tak tinggal ialah Sun Block! Mereka pakai hari-hari untuk melindungi kulit daripada jadi kusam, masalah jeragat atau sunburn. Bukan pakai pada muka saja, tapi pakai juga pada tangan.
5 Cara Cantik orang Korea secara semulajadi
Kalau anda sangka orang Korea cantik sebab skincare saja atau sebab mereka lakukan pembedahan plastik sebenarnya kurang tepat tau. Walau mementingkan penjagaan luaran, mereka juga pentingkan resepi kesihatan dan kecantikan dari dalam juga. Nak cantik bak puteri macam orang Korea? hihi. Jom ikuti 5 habit mereka!
1) Tidak makan makanan berminyak, tidak bergula dan jumlah garam yang minimum.
Sedapnya kikimbap ;) |
2) Banyak memakan sayur-sayuran.
Makanan Korea yang kaya dengan sayur-sayuran |
Ada apa dengan sayur? Sayur kan ada vitamin dan mineral yang amat-amat badan kita perlukan untuk jalankan fungsinya dengan terbaik. Sayur juga ada serat yang membantu proses membuang. Sifir yang mudah, bila badan sihat luaran kulit pun merasa tempiasnya. Cantik bak puterilah korang ya!
3) Banyak bersukan atau aktiviti fizikal
Aktiviti mendaki Gunung Hallasan, Korea |
4) Mengamalkan makanan tinggi kolagen seperti seaweed
Kolagen dan kecantikan kulit memang sinonim. Sebab itu agaknya orang Korea suka makan seaweed. Kita nak ikut makan seaweed? Boleh juga tapi pastikan halal ye kalau beli di rak-rak pasaraya.
Seaweed |
Ada orang tak suka seaweed. Kalau tak suka seaweed, boleh amalkan makanan tinggi kolagen lain macam produk tenusu, daging ikan, buah dan sayuran.
Minum jus oren membantu juga sebab ada kandungan vitamin yang menggalakkan penghasilan kolagen dalam badan kita.
5) Buat Face Mask 2 Kali seminggu
Dulu Jaja ada tanggapan untuk orang yang pakai face mask nie - macam poyo je, haha! Itu dululah, sebelum Jaja tahu kebaikan masker..hehe.
Kalau ada bajet tu bolehlah cuba bermacam jenis masker kat luar sana tu. Tapi kalau nak senang, ambil aje putih telur, apply pada muka lepas tu biar kering sebelum bilas dengan air. Mudah kan? Hanya dari rumah, rajin dengan tak je..hihi
Suka masker tak? |
Masker ni yang bagusnya ia akan lembapkan kulit, jadi licin dan glowing. Say I siapa nak 🙋
Jadi rajin-rajinlah buat masker ye!
Cantik Dalam Cantik Luar
Apa yang Jaja kagum tentang orang Korea ialah mereka mengamalkan resepi cantik luar dan cantik dalam sekaligus. Usaha macam ni bukan dilakukan sehari dua tapi adalah tabiat yang dikekalkan hari demi hari. Jadi lupakanlah niat nak cantik bagai puteri kalau kita makan kolagen hari ni tapi dah nak cantik esok hari, hehe. The thing is, mesti konsisten amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat selain top up dengan produk kecantikan pelbagai versi dan aneka jenis tu ya!
Jom cantik macam Park Shin Hye :) |
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua ya. Jom cantik bak puteri? 😄
Rujukan: ohBulan
Nak CANTIK dengan Shaklee? KLIK GAMBAR ;) |
4 ulasan:
tadi kan tengok rancangan resipi orang korea dieorang hari-hari makan makanan berasaskan soya. kulit dieorang pun semua cantik-cantik, takde jeragat walaupun dah tua..😊
memang kulit orang kore ni licin betul! dah macam anak patung bila tengok lama-lama...terpaksa amalkan tips ni nk cantik n gebus
Kita pun kena banyak makan soya la kan sis, nak ploles macam diorang. Hehe 😄
Ha amal jangan tak amal. Semoga cantik gebu macam diorang ye awak! 😍
Catat Ulasan