Follow Us @bijak.sihat

14 Ogos 2017

Cara Mengecilkan Pori Wajah Supaya Kulit Nampak Halus

Pori wajah ni kalau besar, kau Skype dengan kawan pun dia boleh nampak tau! Sedih kan kalau pori wajah besar, sebab nanti kulit nampak kasar sangat, nak selfie sendiri pun segan. Kalau nak kulit wajah kelihatan halus, kenalah berusaha untuk mengecilkan pori wajah ya 😊


Pori atau liang roma pada kulit adalah lubang mikro yang berfungsi untuk peluh dan sebum keluar. Sebum adalah lapisan minyak semulajadi badan kita yang menjadikan kulit kekal lembap selain melindungi kulit daripada pertumbuhan bakteria pada permukaannya.


Punca Pori Wajah Besar

Sebab pori wajah besar yang utama ialah genetik. Seseorang memiliki pori wajah besar jika ada ahli keluarga yang mempunyai genetik tersebut.

Selain itu, pori wajah besar juga disebabkan oleh jenis kulit wajah yang berminyak. Pengeluaran minyak yang berlebihan melalui liang pori. Minyak akan berkumpul di permukaan liang, menyebabkan pori kelihatan lebih besar saiznya.

Amalan membersih wajah yang tak sempurna juga menyumbang kepada pori besar ya. Sama seperti kes minyak berlebihan, kotoran dan minyak boleh berkumpul pada permukaan pori menjadikan ia nampak besar.

Ada juga penggunaan mekap yang tidak sesuai dan menyumbat pori sehingga kulit tidak dapat bernafas, jadi kulit bertindakbalas supaya pori membesar.

Penuaan juga salah satu lagi faktor penyebab pori besar. Kesan penuaan kulit  mengurangkan penghasilan kolagen, maka pori lebih jelas kelihatan.


4 Cara Mengecilkan Pori Wajah

Giler tak happy kalau pori mengecil dan kulit jadi halus mulus kan! Ada sedikit tips ni untuk anda yang memang mencari penyelesaian pori wajah besar tu 😄

1. Cuci Wajah dari Kosmetik dan Kotoran dengan Bersih

Pastikan setiap malam, mesti cuci wajah dulu ya. Jangan biarkan sisa mekap dan kotoran melekap di kulit wajah sepanjang malam, sebab ia akan mengganggu kulit kita bernafas. Selain pori besar, anda mungkin terdedah kepada masalah kulit wajah yang lain juga seperti jerawat dan whitehead serta blackhead. Eh, taknak kan!


2. Amalkan Toner Kulit


Selepas mencuci wajah, apply toner pula ya. Antara fungsi toner ialah merapatkan semula liang pori yang terbuka ketika kita mencuci wajah.

Topeng kecantikan atau masker serta peeling gel juga bagus diamalkan kerana dapat menanggalkan sel kulit mati dan menegangkan kulit, jadi pori besar kurang kelihatan.


3) Amalkan Pelembap Kulit (Moisturizer)


Moisturizer dapat menyegarkan kulit. Ia juga bertindak menjadi lapisan yang menghalang antara pori dengan kotoran atau minyak yang tidak diingi berkumpul pada pori.

Pilih moisturizer yang sesuai dengan kulit okey. Kalau tak sesuai takut tak berkesan dan mungkin beri kesan buruk yang lain pula 😉


4) Amalan yang Baik


Selain penjagaan kulit wajah, amalan diri pun penting juga untuk menyokong pori mengecil. Ini beberapa tips yang mudah ;)
  • Cuci wajah dengan air sejuk sebelum membasuh ia dengan air panas suam.
  • Minum banyak air masak ikut keperluan tubuh dan supaya kulit tidak kering.
  • Berpada menggosok wajah semasa menggunakan pencuci dan scrub. Jangan berlebihan supaya kulit tidak radang.
  • Banyakkan memakan buah dan sayuran. Kurangkan makanan berminyak supaya pori tidak tersumbat.
  • Bersihkan tangan sebelum apply apa-apa pada kulit wajah supaya dapat menjaga kebersihan.
  • Gunakan sun block apabila perlu kerana cahaya matahari memberi risiko supaya kulit jadi kasar dan pori nampak besar.



Semoga berjaya Jaja ucapkan! 💕💕



BACA SELANJUTNYA: 5 Jenis Makanan Yang Menggalakkan Jerawat


Rujukan:

1. Truth in Aging

2. AloDokter



Carian Berkaitan:
  • cara mengecilkan pori wajah
  • kecilkan pori
  • tips mengecilkan pori wajah
  • produk kecilkan pori
  • petua kecilkan pori
  • menghilangkan pori besar

Tiada ulasan: