Menurut Dr. Hasseenah, umumnya jerawat disebabkan oleh faktor masalah gula dalam darah, radang kulit yang kronik dan stress yang melampau. Adakah makanan boleh menyebabkan jerawat? Jawapannya ya dan tidak. Ia kerana bergantung kepada bagaimana badan kita bertindakbalas terhadap apa yang kita makan. Ada orang yang badannya memberi reaksi negatif terhadap makanan tertentu, jadi jerawat mungkin timbul sebagai kesannya.
Sesetengah orang alah kepada jenis kekacang, ada pula orang lain yang alah kepada makanan berminyak. Yang pastinya, reaksi setiap orang tidak lah sama. Maka penyebab jerawat daripada makanan tertentu juga tidak sama untuk setiap orang. 😊
5 Makanan Penyebab Jerawat
Jadi kali ini Jaja ingin berkongsi 5 jenis makanan yang menyebabkan jerawat. Bagi mereka yang memang ada masalah jerawat di wajah, belakang badan dan leher, 5 jenis makanan ini memang patut diambil perhatian kerana ia memang menambah kesan buruk kepada jerawat anda. Pesanan Jaja ialah sentiasa ingat apa-apa juga jenis makanan yang anda makan jika ia memberi reaksi kepada masalah jerawat anda dan cubalah mengelakkan mengambilnya.
5 jenis makanan yang menggalakkan pertumbuhan jerawat tersebut ialah seperti berikut.
1) Makanan berlemak dan bergoreng
Makanan begini meningkatkan paras gula dalam darah daripada sumber karbohidrat dan lemak. Sebagai alternatif boleh cuba pelbagai cara masakan selain menggoreng seperti memanggang, stim, membakar, sup dan lain-lain. Selain dapat mengurangkan timbulnya jerawat, makanan kurang lemak dan berminyak juga amat baik untuk kesihatan.
2) Makanan daripada Produk Tenusu
Kandungan lemak dan hormon yang tinggi dalam susu daripada lembu mungkin menyebabkan alahan kepada orang tertentu. Jadi, perhatikan jika susu dan hasil tenusu adalah makanan yang menyebabkan jerawat anda ya. Jika ya, boleh amalkan sumber kalsium yang selain susu seperti ikan bilis, brokoli atau Ostematrix.
3) Produk Makanan Karbohidrat yang diproses
Produk makanan diproses memiliki kandungan gula yang tinggi dan dapat memacu kehadiran jerawat. Jadi kurang-kurangkan ya ☺️
4) Produk Minuman
Ada banyak produk minuman dalam pasaran. Ada yang tin, botol atau kotak. Minuman bergas terutamanya amat tinggi kandungan gula walaupun mungkin kita tak terasa sangat manisnya seperti minuman 100 Plus. Lagi pula, selain jerawat ditakuti tentang masalah kesihatan lain juga iaitu diabetes jika mengambil terlalu banyak gula. Sentiasa beringat ya kawan-kawan.
Di rumah juga tidak terlepas kita perlu mengurangkan pengambilan gula walaupun membancuh minuman sendiri. Minuman 3 in 1 banyak juga kandungan gulanya, jadi sebolehnya kurangkan atau elakkan terus mengambil produk minuman segera atau yang diproses.
Minum banyak air kosong lebih baik kerana dapat menjaga kelembapan dan kesihatan kulit.
5) Makanan yang Diproses atau Ditinkan
Ditakuti makanan yang diproses memang tidak baik untuk kesihatan. Cuba anda bayangkan ya. Sardin tin contohnya tahan berbulan-bulan di dalam tin tanpa rosak sekalipun kita biarkan ia di luar peti sejuk. Anda rasa apa yang menyebabkan ia tahan tanpa basi dan rosak? Ya semestinya terdapat kandungan pengawet di dalam makanan diproses sepanjang tempoh sebelum expiry date yang menjangkau 2-3 tahun lamanya.
Apa yang lebih baik untuk mengurangkan masalah jerawat antaranya ialah banyak memakan buah dan sayur-sayuran, makanan berserat tinggi, makanan kaya khasiat omega-3, jus buahan segar dan ayam organik.
4 ulasan:
mmg kena jaga makan betul2 kalau berjerawat ni..mmg seksa laa..
what to do..beauty is pain..����
Aah betul tu..kena jaga makan, lain orang lain alahnya :)
Alamak, makanan yg menggalakkan jerawat tu, mostly yg iols selalu makan.. Huk3
Hihi..cuba kurangkan. Tapi kalau takde masalah jerawat takpe sis :)
Catat Ulasan