Benarkah Soya Boleh Sebabkan Kanser Payudara?

Benarkah soya boleh sebabkan kanser payudara?


Benarkah?

Persoalan ini memang selalu berlegar-legar di kepala kita agaknya. Yalah, kanser kot, tapi soya sedap la pula. Tapi, kalau benar kes ini, must be kita rela tahan diri ambil makanan berasaskan soya rather than dapat kanser, ya tak?


Soya dikatakan ada kaitan dengan kanser payudara kerana soya mengandungi phytoestrogens, iaitu sejenis bahan kimia semulajadi yang menyerupai hormon estrogen di dalam badan wanita. Jika meningkat hormone estrogen dalam badan seseorang wanita itu, maka ia dapat menyemarakkan lagi pertumbuhan sel kanser.


Mengenai phytoestrogen dalam soya pula, memang ada ujian makmal yang menunjukkan ia boleh merangsang pertumbuhan sel-sel kanser payudara. Namun begitu, dalam ujian klinikal ramai saintis yang gagal membuktikan dakwaan ini. Sebaliknya, ada kajian klinikal yang mendapati pengamalan produk makanan berasaskan soya boleh merendahkan kebarangkalian mendapat kanser payudara!

Dipetik daripada blog Dr. Zubaidi,
“Satu kajian dalam The Journal of the American Medical Association pada tahun 2009, para saintis mengkaji semula data yang diperolehi dari seramai 5,042 wanita Cina yang dikaji dalam kajian Shanghai Breast Cancer Survival Study mendapati bahawa soya merendahkan risiko untuk mendapat semula kanser payudara yang telah dirawat. Oleh kerana kajian ini dilakukan di China, dan belum negara-negara lain, maka penemuan ini masih tidak disahkan lagi. 
Sebagai kesimpulannya, ramai saintis yang beranggapan bahawa pengamalan produk berasaskan soya tidak memberikan kesan yang positif atau negative kepada kanser payudara. Banyak kajian perlu dijalankan bagi membuktikan dakwaan sama ada soya akan menyebabkan kanser payudara atau soya boleh mengelakkan kanser payudara.”

Soya dikaitkan dengan Genetik Menggalakkan Kanser

Ada suatu kajian yang dilakukan oleh para pengkaji di Memorial Sloan Kettering Cancer Center and Weill Cornell Medical College tentang hal ini. 140 wanita yang baru didiagnos menghidap kanser payudara tahap 1 dan 2 dipilih; 70 daripada mereka diberikan soya dan 70 lagi diberikan placebo yang menyerupai protein soya dalam tempoh 2 ke 3 minggu sebelum mereka menjalani pembedahan iaitu mastectomy atau lumpectomy.

Selepas wanita-wanita itu menjalani pembedahan untuk membuang sel kanser, tisu sel kanser mereka diambil dan dibandingkan sebelum (semasa autopsy) dan selepas kanser itu dibuang.

Keputusannya, beberapa genetik yang menggalakkan sel kanser telah dirangsang bagi kumpulan yang mengambil protein soya.

Anda dapat agak kan keputusan kajian ini menjurus kepada apa? Ya, ia mengaitkan soya dengan kanser.

Eh.

Tetapi nanti dulu. Biar Jaja terangkan lagi ya..

Walau bagaimanapun, kajian ini tidak dilakukan dalam tempoh jangka panjang (cuma tempoh 3 minggu kajian sahaja), justeru kaitan antara perubahan genetik yang menyebabkan kanser kerana soya ini tidaklah dapat dipastikan. Dengan jujur, datanya tidak cukup untuk menyabitkan soya dengan kanser secara tepat. Lagi pula, mungkin faktor lain juga ada mempengaruhi dan menyumbang sama terhadap percambahan sel kanser tersebut.


Anda boleh baca huraian kajian di sini ya: Journal of the National Cancer Institute.


Selamatkah Soya?

Harus Jaja katakan ini, kita rakyat Malaysia memang tidak asing lagi dengan soya, tak kisahlah ketika bulan Ramadhan mahupun bukan. Malah kita mungkin memakan soya setiap hari.

Tak percaya?

Berikut adalah beberapa bahan makanan kita yang diperbuat daripada soya seperti kicap, tempe, tauhu, tau fu fa, dan air soya semestinya. Kicap, antara makanan yang selalu kita makan setiap hari kan? See..




Kesimpulan

Berdasarkan keputusan kajian-kajian, diharap kita semua lebih jelas tentang soya dan dapat membuang sebarang spekulasi negatif yang menyabitkan ia dengan kanser.


Sekurang-kurangnya buat masa ini. 

Bila membaca dan mengkaji sebegini, Jaja pun rasa lega sebenarnya sebab ESP yang jadi kegemaran tu pun adalah soya juga tau! At least, dah tak risau untuk consume ESP hari-hari :) Insya Allah..


Boleh baca tentang ESP di sini.

Tiada ulasan: