Beza Vitamin Sintetik dengan Semulajadi


Pada yang belum tahu, Shaklee membekalkan produk vitamin dan suplemen daripada sumber semulajadi. Mungkin ramai juga tahu, harga vitamin Shaklee memang agak mahal. Hm, kenapa? Salah satu sebabnya ialah ia diperbuat daripada sumber semulajadi. Tentu anda tahu kan, makanan organik di pasaran mahal? Ia kerana khasiat yang berbaloi-baloi padanya :)

Dalam pasaran vitamin dan suplemen, ada dua jenis berdasarkan sumbernya iaitu vitamin sintetik (buatan) atau semulajadi.

Vitamin sintetik adalah vitamin yang dihasilkan secara kimia. Banyak fasa dan proses yang dilakukan untuk menghasilkan vitamin jenis sintetik.

Vitamin semulajadi seperti Shaklee pula bersumber tumbuhan dan haiwan. Vitamin dan kebaikan bahan daripada tumbuhan dan haiwan ini diambil dan diolah menjadi bentuk kapsul, sofgel atau tablet untuk dikomersilkan. Bukan itu saja, sumber soya untuk produk Shaklee misalnya dikawal rapi dari awal penanaman, penjagaan tumbuhan sehingga proses akhir penuaian dan penghasilan produk. Dalam erti kata lain, ia dijaga dengan baik supaya sentiasa bebas dari bahan kimia berbahaya.

Mengapa ada 2 jenis Sumber Sintetik dan Semulajadi?

Mengambil vitamin dan bahan berkhasiat daripada sumber semulajadi seperti tumbuhan dan haiwan adalah tidak mudah. Proses ini dinamakan pengekstrakan. Daripada berkilo-kilo sayuran, jika diekstrak vitaminnya hanya dapat sedikit sahaja. Secara ringkas, vitamin semulajadi memang sukar didapatkan, memakan masa dan memerlukan banyak bahan mentah tumbuhan atau haiwan.

Berbeza pula dengan vitamin jenis sintetik. Ia dihasilkan melalui tindakbalas kimia, dapat dikeluarkan secara besar-besaran dalam industri, menjimatkan masa dan tiada kekangan dari segi sumbernya. Oleh kerana kebanyakan pembekal vitamin adalah orang bisnes yang mementingkan keuntungan, maka ada yang menghasilkan vitamin sintetik supaya lebih cepat untung, jimat kos dan pengeluaran boleh dilakukan dengan skala besar.

Sintetik vs Semulajadi

Dalam penghasilan vitamin sintetik, akan ada hasil sampingan. Sebatiannya menyamai vitamin yang dihasilkan. Yang berbeza cuma kedudukan molekul dan strukturnya saja. Bahan sampingan ini amat susah untuk dipisahkan dengan vitamin sintetik yang dihasilkan itu. Jadi, vitamin sintetik akan mengandungi bahan sampingan ini biarpun ia tidak memberi manfaat kepada pemakannya.

Berbeza dengan vitamin semulajadi. Pengekstrakan menghasilkan vitamin yang asli, spesifik dan tiada bahan sampingan.

Kajian di Jepun ada mengkaji bahawa seorang yang mengambil 300mg vitamin sintetik sebenarnya menyamai khasiat yang diambil cuma 100mg vitamin semulajadi. Di mana baki vitamin 200mg itu? Ya benar, itulah bahan sampingan yang terhasil bersama pemprosesan vitamin sintetik.

Bahaya Vitamin Sintetik

Bahan sampingan dalam vitamin sintetik apabila berkumpul di dalam tubuh boleh menjadi toksid. Ia beracun dan boleh menjejaskan sel badan. Biarpun boleh dikumuhkan dan dinyahtoksid, ini akan membebankan buah pinggang pemakannya.

Jadi anda pilih yang mana? 

Sintetik biasanya lebih murah daripada vitamin semulajadi. Namun kesannya tidak spesifik kerana ada bahan sampingan di dalamnya yang tidak aktif dan berguna. Dalam jangka masa panjang pula, ada kesan dari segi kerosakan organ penting seperti buah pinggang dan hati. Takut kan?

Orang kata lebih baik mencegah daripada merawat. Jangan risikokan diri dengan bahan kimia berbahaya.  

But, memilih vitamin semulajadi pun hati-hati ya. 
Jika sesuatu suplemen / vitamin mengandungi sekurang-kurangnya 10% sumber semulajadi, ia boleh di'claim' sebagai vitamin semulajadi.


Akhir kata, bijak memilih bagus hasilnya!

Tiada ulasan: