Follow Us @bijak.sihat

03 Januari 2017

Merangsang Penghasilan Sendiri Kolagen Tubuh?

Anda takut menyuntik kolagen? Sedang anda tahu kuasa kolagen terhadap kecantikan. Jadi bagaimana?

Kesan kekurangan kolagen tubuh

Anda harus tahu fakta ini. Kolagen memang boleh dirangsang di dalam tubuh. Jom saya cuba kongsikan ;)

Mengikut Dr. Howard Murad, seorang ahli dermatologi bertauliah yang juga professor klinikal dermatologi di University of California di Los Angeles, beliau mengatakan penghasilan kolagen di dalam tubuh bergantung kepada kecukupan asid amino dalam tubuh. Terdapat 9 jenis asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita sendiri, tetapi boleh didapati daripada makanan seperti ikan, produk tenusu, dan telur. 2 jenis asid amino yang banyak membina kolagen tubuh ialah hidroxylysine dan hidroxyproline. Hidroxylysine disintensis daripada makanan yang mengandungi lysine iaitu sejenis asid amino penting, manakala hidroxyproline daripada proline iaitu asid amino tidak penting (ia boleh dibina sendiri oleh badan, boleh juga didapati daripada pemakanan).

Dalam piramid makanan, protein menduduki tempat kedua yang perlu diambil dengan banyak selepas karbohidrat. Di dalam skop protein pula, terdapat pula 20 jenis asid amino (unit asas bagi protein); 9 penting dan 11 tidak penting. Penting bermaksud sumbernya hanya diperoleh daripada pemakanan sahaja dan ia tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh badan. Asid amino tidak penting pula boleh dihasilkan sendiri oleh badan. Kita perlu mendapatkan kesemua 20 asid amino ini jika ingin memenuhi keperluan tubuh menghasilkan kolagen dengan sempurna.

Jadi, ini bermaksud jika anda mahu kolagen tubuh anda tidak berkurang seiring usia, dan anda memilih untuk menolak suntikan kolagen, juga menolak suplemen kolagen yang mahal, sekaligus berusaha untuk merangsang penghasilan sendiri kolagen di dalam tubuh,  sila lakukan 2 perkara ini:

  1. Pilih sumber protein anda yang boleh membekalkan kedua-dua proline dan lysine (sumber kolagen), amalkan makan secara sihat dan seimbang.
  2. Amalkan buah-buahan yang mengandungi vitamin C supaya boleh membantu tubuh memproses lysine dan proline menjadi kolagen tubuh, dan menjadi antioksida yang menghalang pemusnahan kolagen akibat radikel bebas.

Bagaimana? Anda dapat kan idea saya? 



p/s: Berminat dengan suplemen 20 asid amino lengkap untuk membina kolagen? Boleh klik di sini.

Tiada ulasan: