Masyarakat kita memangilnya keputihan manakala komuniti
perubatan mengenalnya sebagai Leukorrhea. Walau apapun panggilannya, memang tak selesa kalau ada
keputihan tau!
Leukorrhea atau masalah keputihan ni adalah keadaan di mana
terdapat lelehan cairan jernih, putih, kekuningan atau kehijauan daripada
kemaluan (vagina) wanita. Lelehan ini biasanya berasal dari serviks iaitu
bukaan faraj wanita, namun ia boleh jadi juga asal mulanya dari ovari, tiub
Fallopio atau vagina sendiri. Hmm, anda pernah alami keputihan tak?
2 Jenis Keputihan
Keputihan ada yang normal dan ada yang tidak.Keputihan
normal biasanya mengeluarkan cairan jernih atau putih, cair dan tidak berbau.
Ia terjadi pada kebanyakan wanita dan ibu mengandung serta tidak begitu
merimaskan.
Keputihan tidak normal pula membebaskan cairan kekuningan
atau kehijauan, bersifat lebih kental, berbau tidak enak dan diikuti oleh
kegatalan dan radang. Hal ini mungkin berpunca daripada jangkitan pada vagina.
Pada tahap ini jika keputihan tidak normal berlaku, sangatlah wajar untuk anda
mendapatkan rawatan segera tau.
Penyebab Keputihan
Keputihan dianggap normal selagi tiada simptom gatal,
ketidakselesaan melampau, radang atau bau. Satu-satunya penyebab utama masalah
keputihan mungkin ialah perubahan hormon dalam badan wanita. Berikut adalah
punca-punca keputihan sampingan yang lainnya:
1# Perubahan hormon
Peningkatan hormon estrogen contohnya
menyebabkan gangguan kawalatur proses tubuh yang menyebabkan terjadi keputihan.
Biasanya ini berlaku ketika hari subur seseorang perempuan itu, kira-kira hari
ke 13 -17 dalam kitar haid. Anda perasan tak?
2# Jangkitan pada vagina
Mungkin terjadi jangkitan bakteria atau
kulat pada vagina. Atau keputihan mungkin juga disebabkan oleh penyakit kelamin
yang didapati daripada hubungan intim.
3# Kesan penyakit lain seperti kencing manis
(diabetes) atau anemia.
Kiranya, keputihan adalah side effect daripada penyakit
berkenaan..
4# Penjagaan kebersihan diri yang kurang
Mengamalkan praktis membasuh vagina yang
salah, iaitu melalukan air dari dubur ke hadapan vagina yang boleh menyebabkan
bakteria dari dubur berpindah pula ke vagina. Begitu juga jika tidak mengganti
tuala wanita, pantilyner dan seluar dalam dalam tempoh yang agak lama, nanti
bacteria dan kulat boleh membiak tau!
5# Trauma atau kecederaan pada vagina
Keputihan boleh jadi sebagai kesan sampingan
terhadap kecederaan pada vagina seperti semasa hubungan kelamin, selepas
melahirkan atau kemalangan.
Bagaimana mengawal dan mengurangkan Keputihan?
Keputihan yang berlebihan bukan saja merimaskan, malah boleh
mengganggu mood seharian di samping rutin harian yang sedikit terganggu ketika
wanita keluar rumah. Cubalah beberapa tips di bawah supaya masalah keputihan
anda dapat dikurangkan.
1. Mengekalkan kebersihan diri yang baik
Tip yang ringkas ini amat banyak membantu
mengurangkan masalah keputihan. Dengan menjaga kebersihan diri terutama kawasan
intim vagina, anda akan dapat menghentikan pembiakan bakteria yang menjadi
salah satu penyebab kepada masalah keputihan anda. Pakailah seluar dalam yang
bersih setiapkali supaya kawasan intim dapat ber’nafas’. Hindari memakai seluar
dalam yang lembab dan sebaiknya diganti. Jika memakai pencuci intim pula,
pastikan bahan pencuci atau sabun bersifat tidak merengsa (biasanya yang ada
kandungan gliserin akan merengsa) dan bebas daripada pewangi dan pewarna.
Elakkan membasuh vagina secara keterlaluan kerana ia tidak mengurangkan masalah
keputihan, sebaliknya merengsa, menyebabkan jangkitan atau lelehan keputihan
yang lebih banyak dan lebih tidak terkawal.
2. Mengamalkan diet pemakanan seimbang
Pastikan anda memakan banyak buah dan
sayuran yang kaya dengan nutrien terutama dari segi kandungan vitamin dan
mineralnya. Kurangkan pengambilan makanan bergula dan sedia proses. Vitamin dan
mineral yang mencukupi di dalam tubuh membantu mengawalatur proses-proses
metabolisme di dalam badan. Hal ini penting supaya kesihatan tubuh kita selalu
dalam keadaan baik dan dapat berfungsi dengan berkesan. Selain bertujuan
menjaga keseluruhan badan dengan baik, diet seimbang membantu mengurangkan
keputihan. Minum air putih 8 ke 10 gelas sehari supaya toksin dalam tubuh
senang dikeluarkan dari tubuh.
3. Bersenam
Terlalu tertekan atau penat boleh
menjadikan lelehan keputihan banyak daripada biasa. Perasaan tak? Lakukan
senaman sekurang-kurang 3 kali seminggu, 20 minit setiap kali untuk melegakan
tekanan dan me’longgar’kan tubuh serta emosi.
Yang penting, jangan selalu stress.
4. Rawat Segera
Tak kisahlah anda mahu merawatnya dengan
alternative apa, tetapi pastikan ia selamat dan berkesan. Pergi berjumpa doctor
untuk dapatkan konsultasi. Anda mungkin diberi ubat anti-bakteria oleh doctor.
Anda boleh juga amalkan apa-apa jamu. Tetapi kalau jamu, Jaja galakkan mesti
semak kandungan dan kelulusan berkaitan dulu ya, takut-takut beri risiko lain
pula pada system badan kita.. isy, taknaklah macam tu kan. Nak selesaikan
keputihan, dapat penyakit lain pula. Nauzubillah..
5. Amalkan Alfalfa Complex
Tumbuhan Alfalfa sangat terkenal untuk
mengurangkan keputihan sebab rumput ini bersifat anti bacteria dan anti kulat.
Ini kata mereka yang sudah mengamalkannya 😊
Sebenarnya banyak lagi kebaikan Alfalfa.
Alfalfa Complex memang teman rapat wanita, sebab ia dapat
menyelesaikan banyak masalah berkaitan sistem peranakan seseorang, disebabkan
khasiatnya yang menyihatkan.
Antaranya fungsi dan kebaikan Alfalfa Complex yang lain
ialah:
- Tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian
- Melegakan sakit sendi dan belakang
- Menghilangkan kelesuan dan tekanan
- Memberi kelegaan semasa haid (untuk wanita)
- Merawat arthritis
- Bagus untuk alergi dan eczema
- Mencuci usus bagi membuang toksid
- Mencuci buah pinggang dengan merawat kencing kotor
- Meneutralkan asid dalam badan
- Merawat masalah keputihan (untuk wanita)
- Membesar dan menegangkan payudara (untuk wanita)
- Bertindak seperti kacip fatimah kepada isteri (untuk wanita)
- Memulihkan urat selepas bersalin (untuk wanita)
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
- Meningkatkan stamina suami (untuk lelaki)
- Melegakan sembelit
- Membuang angin dalam badan
- Sebagai milk booster
Nota: Pesakit SLE, wanita mengandung, penghidap Thalasemia,
G6PD dan pesakit Hipertiroid tidak digalakkan untuk mengambil Alfalfa Complex ye.
Kalau ada yang nak selesaikan keputihan dengan ikhtiar
Alfalfa Complex, boleh beli dari Jaja ye. Klik ikon di bawah ini untuk direct
whats app Jaja J
Akhir kata, Jaja harap masalah keputihan yang anda hadapi akan
selesai tak lama lagi.. ya. Ingat, pastikan ubah sikap yang betul lebih-lebih
lagi berkaitan kebersihan diri dan cepat-cepat cari penyelesaian tau! Never
ever bela keputihan tu..huhu, takut melarat nanti 😥
Hubungan suami isteri pun akan jadi terganggu kalau lama-lama. No no no...
Hubungan suami isteri pun akan jadi terganggu kalau lama-lama. No no no...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan