Minumlah air secukupnya setiap hari! |
Air, sangat penting untuk badan kita. Manakan tidak, 70%
daripada jisim badan kita terdiri daripada air. Sebab itu, selalu ada nasihat
untuk kita sentiasa minum air yang mencukup setiap hari. Kajian mendapati
seorang manusia boleh hidup beberapa minggu tanpa makanan, tetapi manusia akan
mati dalam beberapa hari jika tiada air. Ha penting kan air ni?
Petanda Badan Kurang Air
Sesetengah orang tak rasa dahaga pun, tapi tak bermakna
mereka sudah cukup keperluan air dalam badan. Cuba kita perhatikan tanda-tanda
yang Jaja kongsikan dari MayoClinic ini ya.
Antara tanda-tanda badan kekurangan air bagi bayi dan
kanak-kanak ialah:
- Mulut dan lidah menjadi kering
- Tiada air mata ketika menangis
- Lampin kering selepas 3 jam
- Mata dan pipi menjadi tenggelam atau sembap (sunken eyes and cheeks)
- Lesu
Berikut pula ialah tanda-tanda kekurangan air bagi orang
dewasa:
- Dahaga yang ekstrem
- Kurang membuang air kecil
- Air kencing berwarna gelap
- Keletihan
- Pening
- Keliru / Mamai
Kesan Buruk Kurang Minum Air / Dehidrasi
Kalau badan kita cukup air, ia akan berfungsi dengan sangat
baik. Sebaliknya, jika badan kita kurang air pula, ia akan memberi kesan buruk
kepada kesihatan kita. Kejadian tidak cukup air dalam badan ini dipanggil
sebagai dehidrasi.
Jom Jaja kongsikan 7 kesan buruk akibat dehidrasi untuk
anda.
1. Menyekat Keupayaan Fizikal
Apabila badan kurang air, badan kita menjadi lesu dan mudah
penat. Nak buat apa pun rasa tak bersemangat dan bertenaga. Jadi, keupayaan
badan menjadi terbatas.
2. Badan Lemah dan Letih
Walaupun kita makan banyak, badan akan tetap merasa lemah dan penat jika kekurangan air. Jadi, mesti cukupkan minum air setiap hari ye!
3. Sembelit dan Ketidakselesaan Perut
Bila jadi sembelit, ada 2 faktor utama yang menjadi puncanya
iaitu sama ada kurang serat atau kurang air. Air amat membantu supaya proses
pembuangan air besar berjalan dengan lancar setiap hari.
Proses pencernaan makanan pula memerlukan air sebagai medium
tindakbalas sebelum boleh diserap oleh badan. Apabila kurang air, pencernaan
menjadi kurang lancar dan perut juga akan jadi tidak selesa.
4. Kurang Zat Makanan
Makanan berkhasiat jangan dibazirkan zatnya semata-mata sebab kita kurang minum air. |
Anda mungkin pernah dengar penjual vitamin termasuk Jaja (hihi) akan kata minum air dengan banyak apabila mengamalkan vitamin dan suplemen. Sebenarnya bukan apa, air sangat membantu untuk penyerapan vitamin yang kita makan terus ke dalam badan. Apabila banyak minum air, maka zat-zat daripada vitamin akan menyerap ke badan dengan sempurna dan tidak dibazirkan..
Begitu juga kalau kita makan makanan berkhasiat setiap hari tetapi jika kita kurang minum air, penyerapan zat jadi tak berapa berkesan. Buat penat makan sajalah lebih kurang ceritanya. Jadi, cukupkan air ya?
5. Kulit Kering dan Kasar
Tahu tak 30% daripada kulit kita terdiri daripada komponen
air yang menjadikan ia hilang daya elastiknya, maka kulit menjadi kasar.
Bila cukup air dalam badan, kulit nampak ‘segah’ dan lebih
berseri sebenarnya. Kalau kurang air, nanti kulit jadi kusam.. tak nak kan.
Jadi, ambillah air yang cukup setiap hari.
Perkongsian Dr. Zubaidi yang Jaja baca baru-baru ini ada
juga menghuraikan tentang masalah tumit kaki pecah. Ha tahu ke apa sebab utama
tumit kaki pecah? Jawapannya, kurang airlah!
6. Demam lambat sembuh
Jika demam, banyakkanlah minum air kosong. Air amat
berperanan untuk membawa toksin dan haba keluar dari badan. Jika kurang minum
air, proses penyembuhan demam menjadi lambat.
7. Nampak lebih tua
Bila kulit menjadi kering akibat kekurangan air dalam badan,
mulalah ia berkedut dan timbul garisan halus di muka. Penampilan wajah akan Nampak
lebih tua dari usia sebenar. Takut tak?
Hebat juga kan kesan jika kurang minum air ni.. jadi, marilah banyakkan minum air setiap hari ya. Mudahan kita semua terhindar dari 7 kesan buruk di atas :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan