Follow Us @bijak.sihat

21 September 2017

8 Cara untuk Atasi Hidung Tersumbat

Jom Atasi Hidung Tersumbat


Beberapa hari ini lepas selesema tempoh hari, Jaja diserang pula hidung tersumbat. Adoi, tak selesa sangat! Paling tak selesa bila nak tidur aje, hidung tersumbat dan susah sangat nak bernafas. Selalu tu Jaja bernafas ikut mulut aje la, haha. Sudah macam orang semput asma pula :( Nak dibuang kahak yang ada dalam mulut tu, tak berapa reti. Nak dibuang hingus through hidung pun macam taknak keluar je, kes Jaja ni macam tak ada hingus pun, tapi still hidung tersumbat. Macam tulah.. beberapa hari juga menderita hidung tersumbat ni.


And now, Jaja nak kongsikan 8 cara untuk melegakan hidung tersumbat. Semoga bermanfaat untuk korang ya!



Mengapa Hidung Tersumbat


Hidung tersumbat biasanya disebabkan oleh gejala akibat selesema. Hidung tersumbat akibat ia telah radang, jadi pengumpulan mucus meningkat dalam saluran hidung. Apabila mucus ini semakin banyak (kahak dan hingus), ia menghalang laluan udara di dalam hidung sehingga kita sukar untuk bernafas.

Mengikut Healthline, hidung tersumbat akibat selesema boleh berlarutan sehingga seminggu lamanya. Jika lebih dari itu, mungkin factor lain pula yang memberi gejala hidung tersumbat itu. Yang tu Jaja tak bincangkan lebih lanjut di sini ya.

Antara punca-puncanya ialah:
  • Alergi
  • Hay fever
  • Polips (ketumbuhan dalam hidung)
  • Pendedahan kepada bahan kimia
  • Radang akibat persekitaran
  • Resdung
  • Septum (tulang hidung) bengkok (deviated)

Jaja syorkan, kalau masalah hidung tersumbat anda melebihi seminggu, elok sangatlah ke klinik dapatkan rawatan dan konsultasi doktor. Bukan apa, takut juga kalau bukan sebab selesema semata, tapi sebab penyakit lain. Perlu ambil langkah berhati-hati tau, utamakan kesihatan diri ya.


Legakan Hidung Tersumbat Sendiri di Rumah!


1. Sedut Wap Air Panas


Caranya mudah saja. Masak air, kemudian isi dalam bekas. Jangan letak muka terus di atas wap air, takut melecur pula. Tapi gunakan tangan untuk mengipas wap air panas ke hidung kita. Kahak dalam hidung akan mencair dan tidak lagi likat. Hidung tersumbat akan lega nanti.


2. Minum Teh Lemon atau Lemon Suam


Ini petua yang Jaja dapat dari rakan-rakan Facebook tau! Jaja tak pernah cuba, hihi. Anda boleh cuba, mana tau menjadi? Lagipun tak rugi apa-apa kan ;)

3. Guna minyak, krim atau vapour rub

Contoh vapour rub oleh Young Living

Dulu waktu kecil-kecil, kalau kena hidung tersumbat aje mak Jaja akan sapu minyak tanah (yang orang letak untuk nyalakan pelita tu) kat hidung dan dada. Memang menjadi sebab hidung dah lega, dada pun tak sesak lagi lepas. Cumanya sekarang, kenapa Jaja tak guna cara ni sebab susah dah nak jumpa minyak tanah tu.. :P

Tapi awas ya, kalau gunakan minyak tanah ni, pastikan jangan sapu banyak. Biar ala kadar saja, sebab sifatnya sedikit panas dan boleh sebabkan kesan melecet pada hidung. Ha, kan dah tak cantik nanti? :D

Minyak geliga cap kapak, minyak aromaterapi atau krim yang bersifat sedikit panas juga amat sesuai untuk tujuan ini. Vapour rub pun bagus.

4. Tuam hidung


Basahkan sehelai tuala yang bersih dengan air panas dan tuamkan pada hidung. Buat berulang kali, insyaAllah akan dapat melegakan hidung tersumbat dan boleh bernafas dengan selesa.


5.  Guna nasal strip


Nasal strip ini biasanya diguna untuk elak tidur berdengkur sebab ia boleh bantukan legakan pernafasan yang terganggu. Dalam hidung tersumbat pun, apa salahnya gunakan nasal strip terutama waktu tidur anda yang terganggu tu.
Ada sekali hari tu, abang tegur Jaja tidur berdengkur.. hahaha! Semua hidung tersumbat punya pasal tau :)

6. Tidur dengan meninggikan kepala lebih dari biasa


Gunakan 2 bantal sekurang-kurangnya semasa tidur supaya boleh bernafas dengan lebih selesa semasa hendak tidur. Tidur mengiring lebih bagus berbanding menelentang kerana dapat meringankan saluran hidung yang tersumbat.

7. Minum banyak air


Minum banyak air dikatakan dapat membantu mencairkan kahak dan hingus. Lebih berkesan jika minum air suam seperti teh dan lain-lain.

8. Guna humidifier


Stim dari humidifier membantu mendapatkan tidur yang lena kerana ia akan membuka ruang pernafasan dengan lebih luas.

Selamat mencuba!


Rujukan: Sirap Limau & AloDokter

4 ulasan:

Nurul Syahirah berkata...

nice sharing sis ^^

http://www.syahirahvaliant.com/2017/09/giveaway-comel-by-syahirah-valiant.html

Jaja berkata...

Terima kasih 😉

Nizarazu berkata...

selaju juga kena. Lepas ni boleh cuba amalkan tips ini. Terima kasih

Jaja berkata...

Boleh cuba amal Nizarazu.. kalau berkesan, share sini ya ;)