Follow Us @bijak.sihat

30 April 2023

Hari Raya dengan Shaklee: 7 Suplemen dan Vitamin Untuk Musim Perayaan

Selamat hari raya Aidilfitri 1444H semua!


Semoga belum terlambat untuk saya ucapkan. Diharapkan semuanya dapat meraikan Aidilfitri ini dengan gembira dan penuh kesyukuran.


Dalam kesempatan entri kali ini, saya mahu berkongsi 7 suplemen yang sangat penting semasa musim perayaan. Eh, musim perayaan pun ada suplemen khas ya? Mesti lah!


Semasa musim perayaan, makan-makan mesti wajib kan! Berkunjung ke rumah sanak saudara dan kenalan, mestilah ada juadah yang terhidang. Jadi kadangkala tu semua pun kita nak bedal makan tak kiralah yang tinggi gula, yang berkarbonat, yang tinggi lemak dan lain-lain. Bila lepas makan, mula lah ada masalah-masalah berkaitan penghadaman seperti angin, sakit perut, sebu, nak termuntah, terlebih makan dan lain-lain dek kerana makan tak beringat.


Cuaca sekarang pula agak panas kerana fenomena El Nino. Ziarah raya dari rumah ke rumah memang agak cabaran dengan bahang dan rasa dahaga. Selain banyakkan meminum air masak, paling penting mesti pastikan badan terhidrat dengan baik. Jika tidak, boleh terjadi risiko strok haba pula, bahaya.


Bertemu ramai orang dan berkunjung ke banyak tempat juga membuatkan badan mudah jatuh sakit jika imun badan tidak cukup kuat. Oleh itu kena sentiasa pastikan sistem kekebalan tubuh berada pada tahap optima supaya tidak mudah terkena jangkitan dan jatuh sakit. Gejala tidak sihat seperti demam, panas badan, selesema dan batuk inshaaAllah dapat dielakkan bila imun badan ditingkatkan.


Sudah makan banyak jamuan raya, eh terasa berat badan naik pula. Yang tak best, bila badan rasa lemau, berat dan lemah. Seluar dan baju pun sudah rasa sedikit sendat, isy mesti tak best! Seronok juga kalau dapat kurangkan kembali berat ke berat ideal, bukan?


Untuk selesaikan semua isu dan kerisauan ni, jom lah berhari raya dengan Shaklee. Ada beberapa suplemen Shaklee yang sesuai untuk anda di musim raya ini.


7 Suplemen Penting Hari Raya dengan Shaklee


1. Sustained Released Vita C


vitamin raya shaklee

Vitamin C merupakan vitamin yang sangat penting untuk menguatkan keimunan tubuh. Jadi keadaan apa pun, jangan lupakan vitamin C lagi-lagi di musim perayaan ini.


Sebotol vitamin C Shaklee mengandungi 180 tablet dan bertahan selama 6 bulan kegunaan. Memang berbaloi dibeli sebab boleh dimakan seisi keluarga bermula umur 12 tahun. Jika ada anak di bawah umur 12 tahun, bolehlah dapatkan Hero Kiddo atau Chewable C yang lebih sesuai untuk mereka.


2. NutriFeron


Nutriferon pula ialah satu lagi immune booster untuk mengelakkan jangkitan semakin teruk. Seeloknya, Vitamin C dan Nutriferon diamalkan bersama. 


Vitamin C akan bertindak untuk menguatkan imun badan, manakala Nutriferon bertindak sebagai penggalak imun ketika telah terkena jangkitan. Amalkan Nutriferon 2 ke 3 kali seminggu sebagai langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan. Namun jika sudah terkena jangkitan dan mulai tidak sihat, bolehlah diambil setiap hari untuk ikhtiar cepat sembuh.


3. Omega Guard


Secara umum, Omega Guard yang kaya dengan khasiat Omega 3 (DHA dan EPA) sangat bagus untuk menjaga kesihatan sistem peredaran darah iaitu jantung, salut darah dan mengawal paras kolesterol yang baik.


vitamin raya shaklee


Pada musim perayaan, disebabkan kita banyak memakan makanan yang tinggi lemak dan kolesterol, haruslah lebih berjaga-jaga. Usah tinggal Omega Guard untuk memastikan paras kolesterol dalam darah sentiasa terkawal. Jika tidak, boleh terjadi risiko penyakit serangan jantung, darah tinggi yang tidak terkawal dan masalah kolesterol tinggi pula. Ingat-ingatlah sebelum terkena.


4. Lecithin


vitamin raya shaklee


Makan ketupat dan rendang, serta hidangan berlemak dan bersantan di musim raya ini sebaiknya amalkan juga Lecithin Shaklee. Tujuannya supaya penghadaman lemak berjalan baik.


Apabila penghadaman baik, tiadalah masalah sebu perut, angin dan ketidakselesaan. Barulah selesa nak sambung hari raya dengan Shaklee kan!


5. HerbLax


HerbLax paling terbaik untuk melegakan masalah sembelit!


vitamin raya shaklee


Ha makan macam-macam takkanlah tak membuang pula kan? Pastikan membuang air besar setiap hari, barulah badan rasa selesa dan sihat. Andaikata tak membuang dalam sehari, anda memang patut risau.


6. Performance Drink


vitamin raya shaklee


Antara nasihat KKM semasa fenomena El Nino sekarang ialah kurangkan aktiviti di luar rumah kerana cuaca yang panas. Namun bagi yang berziarah raya, pastikan minum banyak air kosong supaya badan kekal terhidrat. Boleh juga dapatkan sokongan minuman tenaga Performance Drink untuk mengekalkan cecair badan pada tahap normal.


7. Alfalfa Complex


vitamin raya shaklee

Antara kebaikan mengamalkan Alfalfa Complex ialah dapat membuang angin dalam badan membantu proses pencernaan serta detoks badan. Dengan ini, badan akan jadi lebih selesa.



Sebagai penutup, berhari raya jangan sampai lupa menjaga kesihatan diri okey. Dapatkan suplemen dan vitamin Shaklee yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. Kesihatan diri tanggungjawab sendiri, ingat itu. Justeru, hari raya dengan Shaklee pastinya lebih bermakna kerana dapat menyokong kesihatan kita, inshaaAllah.

Tiada ulasan: