Memiliki bentuk badan yang kurus dan langsing menjadi idaman ramai orang terutamanya kaum wanita. Namun, cabaran utama untuk kuruskan badan mungkin ialah nafsu makan yang susah untuk dibendung. Selain itu, ada juga yang Berjaya turunkan berat badan tapi cepat pula ia naik kembali. Apa nak buat kalau begini? Rasa macam misi diet jadi sia-sia pula bukan.
Kali ini, saya mahu berkongsi 5
tips untuk kurus dengan cepat. Kenapa nak cepat-cepat? Ha, ini poin penting.
Bila dapat hasil kurus dengan cepat, tidaklah misi berhenti separuh jalan atau
sekadar hangat-hangat tahi ayam saja kan. Lagi pun, buat apa-apa memang orang
kita nak cepat pun, setuju? 😊
Berdasarkan pengalaman saya
membantu rakan-rakan dan pelanggan untuk misi menguruskan badan dengan set
kurus Shaklee, ada 5 tips yang boleh saya kongsikan untuk manfaat bersama.
1. Utamakan makanan yang rendah indeks glisemik
Indeks glisemik ialah satu ukuran
untuk menentukan sama ada sesuatu makanan itu cepat ditukarkan menjadi gula
dalam darah kita. Semakin tinggi nilai indeks glisemik, maka semakin cepat ia
ditukar menjadi gula (glukosa) dalam darah selepas dicerna. Kategori makanan
jenis ini bukan saja membuatkan paras gula darah naik secara mendadak, tetapi
ia juga tidak bagus untuk orang yang sedang mahu menguruskan badan. Glukosa
yang banyak dalam darah akan bertukar menjadi tenaga, namun jika ia terlalu
banyak ia akan disimpan sebagai glikogen dan lemak di bawah lapisan kulit.
Jadi, untuk kurus dengan cepat pilih-pilihlah makanan yang rendah nilai indeks glisemiknya. Makanan jenis ini membuatkan badan kita cepat kenyang tetapi lambat pula lapar. Secara tak langsung, kita dapat kurangkan kuantiti makanan yang dimakan. Kata nak kurus kan? Kenalah kurangkan kuantiti makanan yang dimakan juga ya!
2 2. Kaedah memasak yang sihat
Lebih baik memasak sendiri
berbanding makan di luar jika mampu, kerana kita dapat mengawal kaedah memasak
yang lebih sihat. Kurangkan penggunaan minyak, santan, garam dan gula
berlebihan. Selain itu, memasak dengan cara memanggang, merebus dan mengukus adalah lebih baik berbanding menggulai dan
menggoreng.
Poin utama ialah, mesti kurangkan pengambilan lemak dan minyak ya. Jangan risau jika makanan tak sedap. Sebenarnya ada banyak menu sihat yang sedap-sedap belaka. Rajin-rajin cari resepi okey.
3 3. Elakkan refined sugar
Refined sugar biasanya ada dalam
kuih-muih, desert, makanan diproses seperti biskut, jajan dan air berkarbonat
serta air kotak, bahkan dalam makanan segera. Elakkan semua ini! Makanan ini
memang sedap, tapi perasan tak kita tak kenyang sangat pun bila makan walau
hakikatnya ia mengandungi kalori yang tinggi. Awas dengan kalori tinggi yang
tak perasan ini, sebab ia akan menambah jisim lemak dalam badan. Fokuskan
kepada makanan daripada sumber semulajadi, ia lebih sihat dan serasi untuk misi
anda untuk kurus dengan cepat.
4 4. Buat senaman
Senaman dapat mengaktifkan kadar metabolisme badan supaya
proses pembakaran lemak badan menjadi lebih cekap. Tapi persoalannya, senaman
yang bagaimana?
Mengikut pendapat Hanif Loid, beliau
menyarankan untuk melakukan senaman yang membuatkan badan kita lenguh, bukannya
penat. Logiknya, senaman yang membuat kita lenguh membuatkan badan kita perlu
kepada rehat tetapi jika senaman yang membuatkan kita penat, ia menyebabkan
kita rasa lapar dan mahu makan. Tetapi ini tidak bermakna senaman kardio tidak boleh dilakukan langsung. Ia sesuai juga dilakukan, namun fokuskan kepada senaman jenis lain yang tidak membuatkan kita penat dan cepat lapar.
5. Cukupkan rehat dan waktu tidur
Rehat dan tidur yang cukup amat
penting supaya badan tidak mengalami stress. Stress sebenarnya boleh
mempengaruhi keupayaan badan untuk membakar lemak dengan efektif. Jadi pastikan
cukup tidur, barulah boleh kurus dengan cepat.
Sebagai penutup, kaedah
intermittent fasting boleh juga diamalkan sepanjang 5 tips ini diamalkan. Bagi
umat Islam, bolehlah manfaat berpuasa di bulan Ramadhan untuk mencapai matlamat
kurus dengan cepat. Melalui puasa atau intermittent fasting, kita sudah dapat
menjimatkan kalori yang masuk ke dalam badan kita. Oleh itu, lagi besar peluang
untuk kurus dengan cepat.
Selamat Berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan