Gambar Pulau Aman yang saya jumpa di Google nilah yang buatkan saya teringin nak jejak kaki ke sini sebenarnya |
Tapi, macam mana idea ke Pulau Aman ni boleh timbul in the first place? Haaa, saya memang suka pada laut dan pantai sebenarnya.. Bila google tu terjumpa gambar Pulau Aman nampak macam cantik pula, so why not kalau mencuba ke sana kan. Jadi sebab Pulau Aman ni dekat je dengan Taiping, maka memang plan balik hari je. Lagipun bila baca blog orang pasal Pulau Aman, memang tak ada aktiviti menarik macam sukan pantai pun. Yang banyak cerita ialah pasal seafood, memancing dan view yang cantik. Disebabkan saya memang suka view of nature, so do Pulau Aman became my choice! Yay!
Saya pergi ke Pulau Aman sebenarnya pada tarikh UPSR 2018 bermula, 24 September yang lepas. Acah-acah nak legakan otak menghadap pelajar-pelajar kononnya.. 😀 hihi
Kalau dari Taiping, masuk tol Plus dan dalam jarak perjalanan lebih kurang 42 km (berdasarkan Google Maps) sudah sampai pun ke exit tol Batu Kawan / Bukit Tambun.
Bagi sesiapa yang biasa ke stadium Batu Kawan, jalan ke jeti nak Pulau Aman ni adalah satu jalan je, cuma bila jumpa stadium tu, kena teruskan perjalanan lagi untuk sampai ke jeti. Jeti ni namanya Jeti Batu Musang. Bagi yang tak biasa arah ke stadium Batu Kawan jangan risau sebab bila exit tol aje akan ada signboard yang tunjuk arah ke Jeti Pulau Aman. Signboard selalu tulis jeti Pulau Aman walaupun sebenarnya nama jeti tu ialah Jeti Batu Musang, jadi jangan confuse ya, sama je.
:smile:Bagi sesiapa yang biasa ke stadium Batu Kawan, jalan ke jeti nak Pulau Aman ni adalah satu jalan je, cuma bila jumpa stadium tu, kena teruskan perjalanan lagi untuk sampai ke jeti. Jeti ni namanya Jeti Batu Musang. Bagi yang tak biasa arah ke stadium Batu Kawan jangan risau sebab bila exit tol aje akan ada signboard yang tunjuk arah ke Jeti Pulau Aman. Signboard selalu tulis jeti Pulau Aman walaupun sebenarnya nama jeti tu ialah Jeti Batu Musang, jadi jangan confuse ya, sama je.
Sampai je ke jeti Batu Musang, kenalah menunggu bot untuk ke Pulau Aman. Masa saya sampai tu parking banyak lagi yang kosong. Bayar RM2 dan boleh tinggalkan kereta tanpa risau sebab ada Guard jagakan.
Jeti Batu Musang |
Angin kuat sampai kena kecilkan mata hehehe |
Layan view di Jeti Batu Musang |
Tak lama lepas tu bot pun sampai. Kami naik bersama-sama penumpang lain lagi. Mereka ni semua macam dah biasa naik bot ni, cuma saya dan family je yang rasa teruja lebih.. kah!
Masa ni saya duduk di hadapan bot yang tidak berbumbung. Angin kuat bukan main haha! |
Masa naik bot ni sebenarnya agak menakutkan jugalah, sebabnya kami tak disuruh pun pakai life jacket padahal ada je disediakan. Dan, pemandu bot bawa laju ya amat.
Mujurlah atas bos tak lama pun, lebih kurang 5 ke 10 minit dah sampai ke Pulau Aman. Masa atas bot, tak berani sangat nak keluarkan phone nak rakam view atau selfie sebabnya takut phone masuk dalam air... kihkihkih 😂
Tak sampai 10 minit naik bot dah sampai ke Pulau Aman :) |
Masa kami sampai ke Pulau Aman dalam tengah hari, jadi cuaca memang agak panas. Sebelum apa-apa, kami bayar tiket bot dulu di kaunter. Ya semasa naik tadi tak perlu bayar apa-apa, bila dah mendarat di Pulau Aman barulah bayar RM7 seorang untuk tambang bot pergi dan balik. Info ni saya dapat dari seorang kenalan gadis Cina yang kebetulan nak ke Pulau Aman juga untuk makan seafood katanya.
Peta Pulau Aman |
Selepas bayar tiket dan kami duduk sekejap di Restoren Ikan Bakar yang betul-betul terletak selepas naik ke jeti. Perut pun tak terasa lapar jadi cuma order air uncang sebab dahaga. Dan apalagi, masa untuk menjelajah pulau lah!
Selamat Datang ke Pulau Aman |
Signboard Pulau Aman |
Ikut signboard ni, boleh gambarkan ada apa di Pulau Aman betul tak? Betullah tu, jarak paling jauh pun cuma 2000m. Masa tu dalam fikiran saya agak jauh jugalah nak menapak sejauh 2000m @ 2 km kan. Tapi lepas berjalan-jalan sebenarnya saya rasa tak adalah jauh sangat. Mak saya pun steady aje ha.
So sekali lagi, ada apa di Pulau Aman sebenarnya?
Kami susuri jalan bersimen menghala ke kanan pulau.
Masa awal-awal cuma ada rumah-rumah penduduk dan chalet atau homestay. Adalah
kami jumpa beberapa orang penduduk yang melepak di luar rumah. Keadaan memang
sunyi. Mungkin waktu pun tengah hari jadi penduduk tak keluar rumah manakala
anak-anak pula ke sekolah. Dan jangan terkejut yang pulau sekecil Pulau Aman ni
pun ada sekolah rendah juga tau.
Kiri kanan rumah orang belaka, tapi kebanyakannya dah dijadikan chalet atau homestay. |
Pulau Aman ni comel, bersih dan kemas je keadaannya :) |
Ada macam-macam nama jalan kat sini. 'Jalan'lah sangat, hehe |
Dikatakan ada pokok sukun tertua di Pulau Aman, tapi saya tak pasti pula sukun yang mana satu sebab amemang ada banyak pokok sukun kat sini :) |
Bila melepasi rumah-rumah penduduk, barulah jumpa pesisir
laut. Di sini nak kata ada pantai, tak ada sebenarnya. Pinggir laut dengan
daratan kurang berpasir dan agak berselut saja. Jadi kalau nak mandi pantai memang
tak dapatlah. Ada juga saya jumpa 3 beranak ni sedang mandi laut, mungkin port
mereka tu agak bagus untuk mandi. Tapi memang Pulau Aman bukanlah lokasi sesuai
untuk mandi laut.
Berjalan-jalan lagi, kami jumpa pula Telaga Emas. Alkisah
sejarahnya ada ditulis pada papan tanda di situ. Dikatakan yang telaga ni
airnya kekal tidak masin walaupun telaga ni betul-betul di tepi laut. Subhanallah,
macam kes muara sungai jugalah ya yang memisahkan antara air tawar dan air masin. Semua kuasa Tuhan..
Berjalan lebih jauh, ada juga tapak khemah disediakan bagi
mereka yang ingin buat aktiviti dalam kumpulan yang ramai. Ada kemudahan
seperti tandas dan bilik air, jadi memang bagus sebab memudahkan.
Kalau berjalan lebih jauh, kami akan jumpa pula port
memancing. Tapi kami berhenti hanya setakat tapak khemah sahaja sebab dah penat
hehe. Abang saya pula asyik kata, tak tahu nak snap gambar apa since tak ada
benda yang menarik. Hahaha!
Yeah, bagi orang yang suka suasana riuh dan meriah, this
Pulau Aman is definitely not for you. Kalau yang jenis appreciate nature dan
suka bersunyi-sunyi cari ketenangan, then this is a perfect place 😍😍
Pemandangan Pulau Aman memang cantik. Jemput layan
beberapa keping gambar lagi yang sempat saya rakamkan.
Pulau di hujung sana tu adalah antara port memancing. Kena sewa bot nelayan kalau nak ke sana. |
Inilah jalan yang kami susuri. Di pulau ni memang tiada kereta, yang ada cuma beberapa motosikal dan basikal. |
Basikal ni diorang cat dan hias di sekitar pulau. Menarik pula saya tengok :) |
Satu-satunya pinggir laut yang menarik dan cantik bagi saya sebab agak landai, cuma tak ada pasir.. |
Bagi yang minat memancing tu, sememangnya Pulau Aman satu port yang baik
sebab masa kami jalan-jalan saya ada sembang dengan seorang pakcik ni yang
duduk chalet semalaman semata-mata nak tangkap ketam. Saya agak hasil tangkapan beliau memang lumayanlah. Kalau tidak, takkan pula pakcik tu sanggup bermalam dan bayar
chalet kan..
Jalan punya jalan, kaki pun dah penat. Jadi, kami pun decide untuk berpatah balik ke jeti.
Bila sampai ke jeti, teringin pula nak menjengah restoren
terapung Pulau Aman. Untuk pengetahuan, hanya ada 2 restoren aje yang besar di Pulau Aman ni. Yang pertama
masa kami mula-mula naik ke jeti tadi dan yang kedua ialah restoren terapung,
yang mana di sini boleh makan seafood fresh yang nelayan baru bawa naik. Gerai makan ada jugalah, tapi rasanya untuk penduduk setempat berkumpul bukan untuk pengunjung sangat.
Harga makanan tak mahal pun, biasa-biasa je, Tapi kalau seafood mahallah juga.. |
Waktu tengah hari belum lagi ada udang lipan atau ketam yang
nelayan baik naik, kena tunggu sedikit lewat kalau nak cuba seafood tersebut.
Kalau di restoren pula, menu yang ada semuanya bertemakan udang. Jadi bagi
sesiapa yang alergik dengan udang, mungkin boleh jamu selera di restoren yang
dekat dengan jeti sahaja, sebab di sana ada menu yang lebih pelbagai selain
udang.
Seafood yang ada semasa saya menjengah restoren ni cuma ada
tiram dan siput hijau (dipanggil apa ya?). Udang lipan belum naik lagi. Oleh sebab kami semua
dah lapar, kami decide untuk makan di luar pulau je. Lagi pula, bot akan sampai
sedikit masa lagi. Kalau nak tunggu lagi sejam, memang agak lamalah jawabnya.
Kempunanlah nak merasa udang lipan gergasi, huhu.
Seafood, adalah satu lagi tarikan menarik Pulau Aman. Sebab
kat sini boleh makan seafood yang fresh macam udang lipan besar, udang galah,
tiram, siput dan udang biasa. Ada juga saya risik harga udang lipan. Harganya
sekilo jatuh RM180++. Kalau katakana kita ambil 2 ekor yang besar, berat sudah
mencecah lebih setengah kilo. Jadi harga sekali masak dekat RM100 jugalah. Okay,
survey harga sajalah, nak makan belum ada rezeki hehe
Kami pun naik bot untuk balik ke Jeti Batu Musang. And guess
what? Kami singgah makan ayam penyet di gerai dalam area Stadium Batu Kawan sahaja, Senang, satu laluan je hehe.
Keluar rumah pukul 10 pagi dan sampai balik ke rumah dalam 3
petang. Yeah, misi ke Pulau Aman berjaya!
Seriously, ada apa di Pulau Aman? Kalau ada orang tanya,
saya akan jawab 3 benda iaitu:
1. View yang bersih dan cantik
2. Port memancing dan menangkap ketam / udang / siput
3. Tempat makan seafood yang fresh
So. mind to come here? Silakan!
4 ulasan:
Best juga Pulau Aman ni, tenang jer Zumal pernah pergi awal tahun lepas
Boleh tahan la Zumal kan okay juga untuk tenangkan fikiran :)
Boleh tahan juga ek harga makanan dorg ke sebab dah rmai tahu.secara xlangsung jd tinggi
Tak juga.. maybe sebab hanya ada satu restoren ni je kot.. tapi agak famous lah restoren ni kalau nak makan udang galah, udang lipan dan udang biasa.
Masa saya pergi, sekumpulan remaja Cina datang semata-mata nak makan udang kat Pulau tu.. sebab sana masak sedap sama kot..
Catat Ulasan