Follow Us @bijak.sihat

11 Februari 2018

My Turning Point of.. Health Value

"Beliau suka manis-manis.. saya berhenti mengikut cara ayah." Ayat iklan tv ni ðŸ˜
.

.
Satu masa tu kan, ada sedara yang agak kerap juga keluar masuk hospital, kencing manis punya pasal.. sampailah satu masa akhirnya kena potong kaki.

Kita terkesan sangat.. ðŸ˜¥

Lepas je selesai operate, kebetulan waktu kita melawat di hospital, ada nutritionist yg sedang bagi penerangan dan nasihat pasal pemakanan untuk pesakit. Kita pun join sekali. Nak jugak dengar apa yg dibebelkan hihi.

Nutritionist ni cerita la kena control makan, kawal gula, saiz hidangan yg betul, cara cucuk insulin dan lain-lain. Penting sangat katanya untuk sentiasa kawal gula dalam darah, jgn sampai kencing manis naik lagi lepas tu komplikasi akan jadi makin teruk. Kalau kali ni potong kaki, lain kali tak tau apa pulak. Kita dengar je, tapi sebenarnya buat self note untuk diri sendiri.

Hilang sebelah kaki bukan satu perkara yg mudah untk diterima, bagi kitalah. Cucuk insulin dalam rutin harian pun payah. Kita jadi sedar.. Nauzubillah, minta dijauhkan lah.

Sejak tu, kita dah kurang dah minum air gula hehe. Selalu minum air masak je. Makan pun jaga-jaga, takut gula jadinya ðŸ˜…

Benda real berlaku depan mata, takutnya tu ya amat. Maybe ni orang kata, hikmah melawat orang sakit kan..

Inilah, antara turning point yg buatkan kita rasa nikmat kesihatan tu sangat mahal.

#tsunamishaklee
#tsunami2018
#teamcergas
#gorgeous12

Tiada ulasan: