Follow Us @bijak.sihat

12 November 2017

Cara Berkesan Hilangkan Jeragat di Muka

Cara Berkesan Hilangkan Jeragat di Muka


Indah dan cerahnya wajah kalau ia bebas dari masalah jerawat dan jeragat, setuju kan?
Jika jerawat ada penyelesaiannya, pasti ada penyelesaian untuk hilangkan jeragat juga! Paling utama, pastilah nak hilangkan jeragat di muka. Jeragat di badan mungkin boleh tunggu, tapi kalau di muka ia memang boleh rosakkan penampilan kita!



Punca Jeragat


Freckles atau jeragat ini ialah kumpulan struktur pada kulit yang berwarna keperangan. Ia mengandungi pigmen melanin yang menjadikan ia kelihatan sedikit gelap daripada tona kulit kita yang asal. Jeragat tidak sakit dan tidak tertonjol keluar sebaliknya ia sama rata dengan permukaan kulit kita yang normal.

Apa punca jeragat terbentuk? Ia adalah kerana sinaran matahari.

Sel melanocytes pada kulit kita bertindak menghasilkan melanin dengan tujuan untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UV matahari yang berbahaya. Penghasilan melanin akan semakin galak apabila kulit kita terdedah kepada cahaya matahari kerana melindunginya. Pengumpulan melanin pada lapisan kulit inilah yang dipanggil jeragat.


5 Cara Berkesan Hilangkan Jeragat


1. Gunakan Pelindung UV

Akademi Dermatologi Amerika mencadangkan 3 tips berkaitan ini, iaitu:
Gunakan pelindung UV yang mempunyai kuasa SPF 30 ke atas
Sapu pelindung UV pada sekurang-kurangnya 15 minit sebelum anda keluar dari rumah
Sapu semula pelindung UV setiap 2 jam atau dengan segera selepas kita berenang atau berpeluh kuat.
Walau bagaimanapun, pelindung UV sebenarnya hanya berkesan untuk mengelakkan kehadiran jeragat baru. Ia tidak berkesan menghilangkan jeragat yang lama.

2. Rawatan Laser

Sinar laser digunakan untuk merawat sel kulit yang berkenaan. Dalam satu kajian pada 2015, didapati rawatan laser telah berjaya memudarkan 50 peratus jeragat daripada 62 peratus individu yang menerima rawatan.

Terdapat kesan sampingan yang berlaku contohnya kulit gatal, bengkak, kemerahan, berkuping, mengelupas, jangkitan atau perubahan warna kulit. Kos rawatan pula sememangnya mahal. Jika di Malaysia, rawatan laser mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.

3. Cryiosurgery

Rawatan ini menggunakan cecair penyejuk seperti nitrogen untuk membekukan dan memusnahkan sel kulit yang tidak normal. Ia selamat tetapi memakan masa untuk pulih. Antara kesan sampingan kaedah ini ialah pendarahan, melecet dan hipo-pigmentasi.

4. Krim Pencerah / Pemudar

Krim pencerah atau pemutih ini mudah didapati di dalam pasaran. Namun, berhati-hatilah dengan kandungan yang terdapat di dalam krim anda. Salah satu bahan yang biasa digunakan ialah hidrokuinon. Ia bertindak merencatkan penghasilan melanin oleh sel melanocytes. Akibatnya sel kulit kita hilang pelindungan secara total daripada sinaran UV yang berbahaya. Jadi, ada kajian-kajian yang mengatakan penggunaan hidrokuinon boleh menyebabkan risiko kanser kulit.


5. Krim Retinoid

Bahan aktif krim retinoid ialah Vitamin A. Vitamin A dikatakan memberikan perlindungan daripada sinaran UVB dengan cara menyerapnya. Secara tak langsung, ia dapat mengelak jeragat baru daripada terbentuk.


6. Bahan Pengelupas Kimia

Tentu anda pernah lihat krim bertulis exfoliate atau peeling di pasaran? Inilah dia. I abertindak untuk mengelupas sel kulit di kawasan yang terjejas dengan jeragat mahupun sel kulit mati. Apabila bahan ini berjaya membuang sel kulit rosak, jadi sel kulit baru akan tumbuh menggantikannya.

7. Petua / Bahan Semulajadi

Ada banyak petua menghilangkan jeragat dengan menggunakan bahan semulajadi di sekitar kita. Antara petua tersebut ialah boleh gunakan jus lemon, madu, susu mentega, yogurt dan bawang.
Menggunakan bahan semulajadi mungkin selamat tetapi ia bergantung juga kepada kesesuaian kulit seseorang itu. Jika ada sebarang kesan merengsa, elok sangatlah menghentikan saja usaha anda ya :)

8. Suplemen

Pengambilan suplemen yang betul dan berkhasiat serta bertepatan dengan masalah jeragat pasti akan membantu untuk menghilangkan jeragat. Bertindaklah bijak dengan memilih suplemen yang betul dan selamat untuk diri anda.


Jeragat – Pulihkan dan Jangan Berulang lagi!


Sememangnya mengelakkan jeragat jauh lebih efektif daripada merawatnya. Antara kaedah mengelakkan penghasilan jeragat yang lebih banyak ialah seperti berikut:


  1. Jangan lupa gunakan krim pelindung UV setiapkali keluar rumah
  2. Gunakan pelindung wajah seperti topi
  3. Lindungi kulit daripadan sinaran UV dengan pakaian yang sempurna – berlengan panjang, berseluar panjang dan lain-lain (Untungnya lelaki dan wanita Islam yang diwajibkan menutup aurat ketika keluar rumah).
  4. Elakkan aktiviti luar ketika matahari panas terik antara 10 pagi ke 4 petang
  5. Gunakan payung ketika keluar rumah.
  6. Lakukan peeling sekali-sekala



Suplemen Shaklee untuk Menghilangkan Jeragat


Di sini, Jaja ingin memperkenalkan suplemen Shaklee yang dapat membantu dalam menghilangkan jeragat. Selain mengamalkan tips mencegah jeragat di atas, anda boleh berusaha untuk menghilangkan jeragat dengan suplemen ini, insyaAllah.

Suplemen yang Jaja maksudkan tersebut ialah Sustained Release Vita-C Plus.


Sebiji tablet Vitamin C daripada Shaklee ini membekalkan khasiat selama 5 jam di dalam darah kerana ia dilengkapi dengan teknologi pelepasan berperingkat. Jadi, penyerapan zat vitamin C adalah optimum tanpa dibazirkan.

Antara khasiat Vitamin C untuk membantu menghilangkan jeragat ialah ia dapat mencerahkan kulit dan memudarkan pigmentasi seperti jeragat sebaik kesan hidrokuinon, tapi ia lebih baik kerana tanpa sebarang kesan merengsa (irritation).

Amalkan vitamin C yang semulajadi, berkesan dan selamat ini untuk masalah jeragat yang sedang anda hadapi. Jaja tidak janjikan anda hasil yang super pantas kerana kesannya bergantung kepada individu masing-masing – ada yang cepat, ada yang lambat kesannya. Tapi, suplemen ini telah membantu ramai pengguna di luar sana tentang masalah kulit mereka seperti jeragat.

Testimoni




Ingin Mencuba Vitamin C Shaklee?

Klik sahaja button di bawah jika anda berminat untuk membeli suplemen ini. Jaja doakan semoga anda yang sedang bermasalah akan dapat menghilangkan jeragat yang sedang dihadapi. Jangan sedih-sedih ya - berusaha segera selesaikan masalah wajah anda selagi termampu!

SILA KLIK UNTUK MEMBELI


Oh ya, sebarang pertanyaan tentang suplemen ini, just feel free untuk hubungi Jaja. Klik untuk Whats App segera.


Rujukan:


  1. WebMD
  2. Healthline


2 ulasan:

mrhanafi dot com berkata...

jeragat memang menghilangkan rasa keyakinan diri..

mesti diatasi segera

Jaja berkata...

Betul tu mrhanafi :)