Produk SHAKLEE |
Ramai agaknya yang merungut suplemen Shaklee mahal ya?
Rasa tak mampu nak beli?
Sedikit sebanyak benar juga tu. Misalnya harga ESP setong adalah RM170.93. Mahal ya?
Mengapa Shaklee mahal-mahal belaka?
Bayangkan begini.
Anda beli satu beg. Harganya murah saja, rekabentuk pun cantik, besar lagi. Tapi menyedihkan bila tak sampai sebulan guna, beg dah terkoyak.
Anda beli beg baru. Kriterianya sama saja dengan beg lama; cantik dan besar. Tapi harganya MAHAL! Tapi anda beli juga sebab anda harap ia tahan lama. Tapi malangnya selepas beberapa bulan beg itu juga terkoyak.
Anda beli lagi. Kali ini beg yang anda cari mesti cantik, besar, tahan lasak dan tahan lama. Harganya pun memang MAHAL juga. Pakai punya pakai, beg tu tahan lama betul makan bertahun pula. Anda sampai jemu jadinya. Dalam hati anda cuma kata, "Berbaloi beli beg ni.."
Analogi Beg Mahal
Cerita beg mahal yang Jaja bawa ini sebenarnya analogi saja.
Beg tersebut datang dengan pakej yang berbaloi, jadi tak kisahnya apabila harganya mahal anda tetap beli juga. Alah membeli menang memakai kata orang.
Begitulah juga produk Shaklee.. keyword nya ialah KUALITI.
Sungguh tak pelik pabila suatu barang yang berKUALITI dijual dengan harga agak mahal, ya kan.
Berbaloi ke Beli Shaklee?
Bagi yang baru mengenali atau mendengar nama Shaklee, ia adalah satu jenama suplemen yang terkenal di Amerika Syarikat yang bertapak sejak 1956. Di Malaysia pula, ia juga sudah bertapak agak lama iaitu lebih kurang 30 tahun.
Produk suplemen dan kesihatan Shaklee semuanya diekstrak daripada sumber semulajadi dan organik.
Lagi pula, semua kandungannya adalah ilham daripada khasiat terpilih hasil kajian-kajian makmal. Bukan semberono main blend saja, atau guna perkataan sunnah untuk lakukan produk semata.
Mungkin ramuannya tak pernah pun kita dengar, contoh macam Anggur Muscadine dalam produk VIVIX (produk termahal Shaklee). Tapi mengikut kajian, anggur jenis inilah yang paling tinggi kandungan polifenol dan resveratrolnya; suatu antioksidan yang sangat hebat!
Untuk pasaran di Malaysia, jangan risaulah sebab semua produk Shaklee semestinya HALAL. No issue for Muslims of course.
Selamat dan Berkesan
Setiap dos yang dicadangkan pada botol suplemen Shaklee sentiasa menitikberatkan keperluan tubuh pengguna yang ideal. Ikut saja saranan pengambilan atau ikut nasihat SID yang bertauliah selain selalu refer pada doktor. Mengapa? Kerana sesetengah pengambilan mungkin tidak sesuai untuk orang yang mengalami alergi atau penyakit tertentu.
Walau apapun, oleh kerana Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi, zatnya sentiasa selamat dan berkesan, insyaAllah.
Bukan omongan kosong semata kalau anda boleh jumpa bermacam-macam testimoni pengguna Shaklee yang gembira dan berpuashati. Tak kurang juga yang semakin membaik daripada sakit tertentu asbab pengambilan Shaklee. Alhamdulillah...
Kalau tak, takkanlah ada landmark study pasal Shaklee, dan keputusannya sangatlah awesome!
Klik untuk info Landmark Study.
Shaklee Masih Mahal
Tentu pernah dengar, Health is Wealth?
Ada orang yang perlu dibedah, jalani kemoterapi akibat kanser atau dirawat dengan mesin dialisis saban minggu. Ada rawatan sementara, tak kurang juga rawatan seumur hidup. Kos semua ini bukan main mahal lagi. Dari ratus-ratus boleh mencapai ratusan ribu. MasyaAllah, semuanya demi nikmat kesihatan. Padanlah ada ungkapan mencegah lebih baik dari merawat.
Benarlah. Nikmat kesihatan sangat mahal harganya ya.
Kalau ternampak atau rasa kesan-kesan tak sihat tu, elok-eloklah cegah segera. Salah satunya dengan pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi. Ini nasihat untuk anda yang rasa buat apalah ambil vitamin sedangkan tak sakit apa-apa. Salah tu,merawat untuk sihat bab lain, mengekalkan sihat itu bab lain pula dik!
Shaklee suatu Pelaburan Positif
Sebenarnya nak kata Shaklee mahal tu tak jugalah. Bagi Jaja, ada saja orang yang membelanjakan lebih RM100 untuk sekali makan di restoren. Ada juga orang yang sanggup makan KFC atau McDonalds seminggu 2 kali. Dah berapa dah tu dalam sebulan. Mana lagi mahal ye?
Senang kata, nak sihat nak cantik nak cergas tu agenda diri. Shaklee, KFC, McD, shopping etc etc. tu antara pilihan pelaburan yang ada. Jadi fikir, nak invest di mana ya paling berbaloi-baloi agaknya?
Masih lagi kata Shaklee mahal?
Mahal tapi pakej berbaloi macam kes beg sebelum ni kira okey sangatlah ya tak :)
2 ulasan:
Shaklee x mahal lah..
yang mahal tu sakit
Betul betul :)
Catat Ulasan