Mengapa Kacang Soya ialah Sumber Protein Terbaik?

Salah satu nutrienn yang diperlukan oleh badan ialah sumber protein. Ini kerana protein adalah keperluan yang diperlukan untuk pembinaan dan pembaikan sel itu sendiri. Protein juga membina otot, kulit, tulang, kartilaj, rambut dan sebahagian daripada komponen dalam darah dan organ-organ lain. Pendek kata, protein diperlukan untuk petumbuhan, pengekalan dan pembaikan sel-sel badan kita.

Sumber Protein
Ada 2 sumber utama protein iaitu protein haiwan dan protein tumbuhan. Protein haiwan biasa terdapat pada daging-dagingan seperti ayam, daging dan ikan. Protein tumbuhan pula biasanya didapati daripada sumber kekacang seperti soya dan kacang tanah. Antara 2 sumber ini, yang manakah yang terbaik?

Protein haiwan adalah protein yang biasa kita ambil kerana ia termasuk di dalam menu makanan sehari-hari dan mudah didapati. Jadi tidak dinafikan, protein haiwan adalah sumber utama protein bagi kita setiap hari. Namun begitu, protein haiwan biasanya mempunyai kandungan lemak dan kolesterol yang tinggi. Kedua-dua ini dapat menyumbang kepada risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Sebab itu, bagi anda yang menitikberatkan hal ini pasti ada yang memilih daging yang kurang berlemak, membuang kulit ayam sebelum memasak atau mempelbagaikan cara masakan tanpa minyak.

Kajian saintifik baru-baru ini mengesyorkan untuk mengubah pola pemakanan berasaskan diet tumbuh-tumbuhan. Bercakap tentang idea ini, Soya adalah satu-satunya makanan sumber tumbuhan yang mengandungi kesemua 9 asid amino penting yang diperlukan oleh tubuh. Semua kelas asid amino ada 20 jenis; 11 tidak penting dan 9 asid amino penting. Tidak penting bukanlah bermakna tidak diperlukan oleh tubuh tetapi ia dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh kita. Sebaliknya, asid amino penting pula hanya dapat diperoleh melalui pemakanan kita bersumber protein. Ya, kesemua 9 yang diperlukan oleh tubuh kita boleh didapati daripada KACANG SOYA!


Selain manfaat soya yang dapat membekalkan kesemua 9 asid amino penting, protein soya juga bagus  dalam mengekalkan kesihatan kita yang lainnya:
  •           Memberi kesihatan yang baik terhadap kulit, otot, rambut dan kuku.
  •           Meningkatkan tenaga, ketahanan dan prestasi badan
  •           Menggalakkan peredaran darah yang lebih sihat
  •           Menyokong kesihatan tulang
  •           Mengekalkan kesihatan payudara bagi wanita dan prostat bagi lelaki
  •           Mengawalatur keseimbangan hormon dan melancarkan tempoh peralihan menopaus bagi wanita
Soya dipercayai sebagai sumber terbaik protein kerana memiliki semua 9 asid amino penting. Bukan itu sahaja, malah ia tidak berlemak dan berkolesterol. Dengan ini, risiko penyakit jantung dan darah tinggi dapat diminimakan bagi setiap orang J

Tiada ulasan: