Khasiat Bawang Putih II

(Dipetik daripada buku Rasulullah is my Doctor tulisan Jerry D. Gray)

Diabetes

Bawang putih terbukti efektif dalam mengatur kadar gula darah untuk pelbagai jenis diabetes.

Tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, jantung dan selesema

Memakan bawang putih mentah sebanyak dua kali sehari, membantu bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan membaiki peredaran darah.

Bawang putih adalah tanaman herba parenial yang membentuk umbi lapis. Tanaman ini tumbuh secara berumpun dan berdiri tegak sehingga mencapai ketinggian 30 hingga 75 cm. Bawang putih membentuk umbi lapis berwarna putih. Satu labu bawang putih terdiri daripada lapan hingga 20 ulas. Menurut Duke, bawang putih membantu mencairkan darah. Oleh itu, ia bukan sahaja bermanfaat bagi mengelakkan serangan jantung dan strok, malah bawang putih juga sebagai ubat untuk orang yang berasa gayat.

Kajian perubatan membuktikan, bawang putih memiliki kemampuan bagi menenangkan saraf dan menguatkan jantung. Ini menjadikan ia sebagai ubat saraf dan ubat jantung. Menambahkan bawang putih dalam makanan, terbukti bermanfaat. Bahkan, pelbagai uji kaji menunjukkan, dengan mengambil makanan tambahan bawang putih ataupun menambah bawang putih yang sesuai, ia dapat menurunkan kadar LDL kolesterol kita sebanyak sembilan peratus. James A. Duke menulis fakta ini dalam buku beliau, The Green Pharmacy. Kajian membuktikan, pengambilan satu ulas bawang putih pada setiap hari dapat menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh, sekitar 10 hingga 15 peratus. Ia juga menurunkan tekanan darah tinggi.

Mati pucuk

Sejak dahulu lagi, bawang putih diketahui sebagai pembangkit keinginan seksual. Dari segi perubatan, bawang putih dapat memperbaiki peredaram darah. Pada ketika ini, ia disebut sebagai enzim nitric oxide synthase (NOS), iaitu satu-satunya enzim yang bertanggungjawab atas mekanisme ereksi. Kajian baru-baru ini menunjukkan, bawang putih menstimulasikan produksi NOS, terutamanya untuk individu yang memiliki paras enzim rendah.

Teruskan membaca, kerana saya akan menulis pelbagai lagi ubat pembangkit keinginan seksual yang dapat ditemui di pasar. Saya tidak faham, mengapa ribuan orang di seluruh dunia membeli pil Viagra, kesannya hanya seketika, sedangkan zat pembangkit keinginan seksual daripada bahan-bahan semulajadi , tahan lama dan memiliki kesan yang kekal.

Migrain

Migrain biasanya jarang berlaku dengan pengambilan bawang putih. Ini kerana, bawang putih mencairkan dan membersihkan darah. Berhenti mengambil apapun makanan yang mengandungi MSG dan aspartame. Langkah ini penting bagi menghentikan ataupun mengurangkan serangan migraine.

Ketika saya berhenti sama sekali mengambil makanan yang mengandungi MSG, kadar kemunculan migraine saya turun hingga 90 peratus.

Kehamilan

Terdapat penemuan terbaru menyatakan, pengambilan bawang putih segar ketika hamil dapat mengurangkan risiko pra-eklampsia, iaitu kenaikan tekanan darah dan kadar protein dalam urin. Kajian menunjukkan, bawang putih mampu meningkatkan berat badan bayi yang kecil. Penelitian ini dilakukan oleh Dr. D Sooranna, Ms. J Hirani, dan Dr. I Das di Academic Apartment of Obstertrics & Gynecology di The Chelsea & Westminster Hospital, London.

Tiada ulasan: