Follow Us @bijak.sihat

09 Jun 2023

Testimoni Shaklee Saya - Set Tambah Darah Bantu Saya Jadi Perderma Darah Tegar setiap 3 bulan!

 Niat nak menderma darah memang dah lama saya simpan sebenarnya sejak zaman belajar di universiti sekitar tahun 2007 lagi. Masa itu saya memang sertai kelab berkaitan sukarelawan dan kerja-kerja amal. Adalah suatu ketika kelab anjurkan kempen derma darah. Masa itu, dengan teruja saya buat saringan darah tapi sedihnya kepekatan darah tak cukup syarat. Memang kecewa juga masa itu. 


Sekitar 2010 selepas tamat belajar dan mula bekerja, niat nak menderma darah diteruskan. Banyak kali juga ke program kemper derma darah kawasan setempat, malangnya paras hemoglobin darah asyik tak lepas sahaja! Haha!


Pada 2017, saya mula mengenali suplemen semulajadi Shaklee. Saya masih produk pertama yang saya cuba ialah ESP, tujuannya untuk kecantikan kulit  sebab ketika itu saya mengalami masalah jerawat. Jerawat stress barangkali, atau hormonal acne.


Lama tak lama selepas itu, saya mula kenal dan mengamalkan lain-lain suplemen jenama Shaklee juga antaranya Set Tambah Darah Shaklee. Tujuan asal sebenarnya untuk atasi masalah cepat letih dan kukit badan yang pucat.




Memang best!


Paling ketara, saya dapat rasa badan saya lebih cergas dan bertenaga!


Sebelum itu, saya bukan saja mengalami masalah cepat penat tapi kerap migrain, demam dan selesema juga. Kadang-kadang buat kerja yang rutin tak berat mana, biasa-biasa saja tapi penatnya tu alahai.


Badan rasa segar dan sihat je. Dah jarang-jarang jatuh sakit. Pening migrain, demam dan selesema pun cuma kadang-kadang saja menjengah. Paling gembira sebenarnya bila dapat buat kerja-kerja dengan banyak, kiranya macam ada extra hours.


Hasrat untuk menderma darah diteruskan. Jadi, saya pun mencuba lagi buat saringan darah. Cuba teka? Hemoglobin (hb) darah sangat cantik ya!


cara tambah darah
Menderma darah terkini pada 4 Jun 2023 yang lalu

Gembira betul masa pertama kali dapat menderma tu! Rasa bangga juga lah bila kita dapat menderma tapi rakan-rakan yang ikut serta ada yang tak boleh disebabkan paras hemoglobin (hb) darah tak lepas, walaupun badan mereka lebih besar.  


Walau pun begitu, disebabkan berat badan saya kurang daripada 50 kg, maka pihak transfusi tetapkan menderma beg kecil sahaja, 350 ml. Pernah juga kali pertama menderma beg besar 450 ml, lepas itu pitam jadinya sebab terkurang darah mendadak dalam badan barangkali. Apa pun, kenangan.


Namun Alhamdulillah atas perubahan baik pada kesihatan saya ini. Syukur! 


Bukan saja impian menderma darah sudah tercapai, tapi secara keseluruhannya, saya memang rasa badan lebih sihat dan cergas. Terasa lebih produktif kata orang. Wajah tak sepucat dahulu dan hati lebih gembira sebab kesihatan yang baik, malah dah kurang jatuh sakit.


Siapa sangka, Set Tambah Darah memang terbaik. Memang saya fall in love dengan set ni.


Sehinggi kini, 2023 saya masih menjadi penderma darah rutin setahun 4 kali (setiap 3 bulan). Dan setiapkali juga saringan hemoglobin (hb) darah sangat cantik melebihi bacaan minima 12.5 mg/dL. Alhamdulillah, seronok dapat menderma kerana dapat membantu pesakit-pesakit yang perlukan darah di hospital.


Dengan ini, saya sangat mengesyorkan Set Tambah Darah kepada semua berdasarkan kisah testimoni Shaklee saya. inshaaAllah, kalian pun akan dapat kesan yang bagus bila mengamalkannya.


cara tambah darah
Rekod derma darah dari 2020 sehingga 2023

Set ini bukanlah bertujuan untuk tambah darah semata-mata, tetapi ia juga sesuai untuk semua yang menitikberatkan kesihatan diri sendiri. Badan nak pakai lama, jadi kena jaga baik-baik kan?


Antara manfaat lain Set Tambah Darah ialah,


  1. Membantu meningkatkan tenaga segera
  2. Pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
  3. Pelengkap nutrisi
  4. Meningkatkan keupayaan sistem produktif
  5. Membantu meningkatkan metabolisme badan
  6. Meningkatkan sistem imun badan



Jika ada yang berminat untuk dapatkan Set Tambah Darah, bolehlah hubungi saya, ya? 😀

Tiada ulasan: