Follow Us @bijak.sihat

12 September 2019

Bahaya Suplemen | Fakta ke Auta?

Ada banyak pendapat di luar sana yang bercerita pasal isu bahaya suplemen, dari orang biasa-biasa sampailah individu yang memang ahlinya. Jadi,  saya rasa terpanggil juga untuk berkongsi. Apa yang salah dalam pendapat saya tolong betulkan ya.

Pertama-tama sekali, concern orang bila bercakap pasal pengambilan suplemen ni mestilah pasal buah pinggang kan? Orang kata, banyak makan suplemen ni takut-takut buah pinggang rosak nanti. Eh betul ke begitu?


Saya pernah baca satu artikel berkaitan sakit buah pinggang. Di dalam artikel itu ada huraikan sekali antara punca-punca sakit buah pinggang terjadi. Antaranya disebabkan oleh kencing manis dan darah tinggi yang tak terkawal. Dan yang menariknya tak ada pula disebutkan salah satu punca disebabkan oleh suplemen. Jadi?

Tapi. Bila tak disebut suplemen sebagai salah satu punca, tak bermakna juga yang suplemen langsung tak bersalah kan? Buktinya kenapa ada juga kalangan doktor yang beria-ia anti-suplemen betul tak?

Ha, ada benarnya juga pendapat kontra doktor-doktor ni. Nak tahu kenapa?

Produk suplemen di pasaran ni sememangnya ada pelbagai.

Dalam rangkaian Shaklee sendiri, jenis-jenis suplemen yang wujud ialah:


  • Vitamin
  • Mineral
  • Anti-oksidan
  • Herba
  • Protein Shake
  • Minuman Tenaga


Lain-lain suplemen di pasaran pula ada yang dari kategori:


  • Jus Kesihatan
  • Minuman Isotonik
  • Tonik


Kalau tengok kepada jenis-jenis suplemen ni, awas ya semestinya jenis jus kesihatan yang tinggi gula mestilah tak sesuai untuk orang yang ada kencing manis. Bila amalkan, bukan badan bertambah sihat, tapi bertambah mudarat sebab ia menggalakkan lagi paras gula darah yang tinggi.

Maka, semata-mata suplemen untuk disalahkan tak boleh juga kan? Pengetahuan si pengamal juga perlu diperkasa sebelum ambil apa-apa suplemen pun. Poin penting ialah, pengguna mesti pastikan suplemen yang mereka ambil tidak mudarat kepada diri sendiri berdasarkan rekod kesihatan semasa diri. Tak boleh nak semberono sahaja tibai suplemen okay.

Saya salute pada penjual-penjual suplemen yang berinteraksi dengan pelanggan semasa mereka menjual. Semasa ini, mereka dapat selidik sejarah kesihatan calon pembeli dahulu barulah mereka akan cadangkan suplemen yang bersesuaian.

Samalah, kalau beli suplemen di farmasi akan ada ahli farmasi yang dapat berikan konsultasi penggunaan suplemen. Dan sebagai pembeli, saya nasihatkan semua untuk fahami sesuatu produk dahulu sebelum keluarkan duit okay? 

Of course kerana, kesihatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Macam mana nak buat ini? Banyakkanlah membaca abang kakak - pengetahuan akan jadi luas dan kita faham pro dan kontra pengambilan sesuatu jenis suplemen tu. Jangan salahkan penjual pula kalau kita sendiri yang tak cukup cakna.

Jangan percaya bulat-bulat cakap penjual pun ya juga, hehe.

Tujuan utama suplemen sememangnya untuk tingkatkan kesihatan seseorang. Contohnya kalau seseorang tu hadapi anemia (kekurangan darah merah), dia boleh ambil suplemen vitamin B dan zat Besi untuk atasi masalahnya. Dalam hal ini, insyaAllah suplemen memang akan menambahbaik kesihatannya sebab apa? Sebab suplemen yang diambil adalah tepat.

Risiko datang bila pengguna amalkan suplemen yang tidak tepat dengan diri.

Contohnya, dah tahu diri tu ada kencing manis nak juga amal suplemen jenis jus yang tinggi gula.

Dah tahu diri ada sakit buah pinggang, nak juga amal protein shake yang bebankan lagi buah pinggang.

Ada pula yang makan suplemen multi-vitamin, tapi tak cukupkan minum air. Memanglah buah pinggang boleh terbeban sebab toksin dalam badan tak dapat nak keluar bila minum air sikit ni.

Jadi sikap pengguna pun memainkan peranan. Tak boleh nak pukul rata suplemen yang salah bila ditimpa penyakit, walhal gaya pemakanan dan senaman ada buat tak?

Bertahun-tahun makan fast food, baru seminggu dua makan multi-vitamin kemudian doktor sahkan ada ketumbuhan dalam badan. Eh eh, suplemen yang salah juga ke dalam hal ini?

Be fair.

Kesimpulan saya, suplemen akan bermanfaat bila diambil tepat dengan masalah kesihatan diri, diamalkan dengan cara yang betul dan dengan pengetahuan yang betul.

Bahaya suplemen pula ialah bila pengguna amal semberono saja tanpa pengetahuan menyeluruh pro dan kontra, tidak amal pemakanan sihat, dan tidak sokong pula dengan senaman.

So, bahaya suplemen ni susah nak jawab. Ada banyak perkara yang perlu ditimbang tara.

Siapa yang kata suplemen tu bahaya, ya betul.

Siapa yang kata, suplemem tu tak bahaya tapi menambahbaik kesihatan, ya pun betul juga.

Yang penting, konteks kena betul.

Alah. Serupa macam kes orang makan nasi juga. Makan nasi dengan kadar yang betul akan jadi bermanfaat, tapi makan nasi berlebihan akan jadi mudarat. Badan jadi gemuk dan obes. Maka bersederhanalah.

Dalam kes suplemen juga sama. Bersederhana maksudnya andai kata suplemen beri manfaat, maka amalkan. Tapi andaikata sesuatu suplemen tu beri mudarat atas faktor-faktor tertentu macam alahan, tahap kesihatan semasa dan lain-lain, maka elakkanlah.

Tiada ulasan: