MAHAR KEJAYAAN
Masa saya mula buat hometuition dulu, tak ramai parents yang kenal saya pun. 2 customer pertama yang menyerah diri pada mulanya tu datangnya dari internet. Pelaburan iklan tuisyen yang saya buat 2 tahun sebelum tu, ketika saya masih bekerja 8-5. Masa tu sebenarnya buat iklan suka-suka je, tak fikir nak serius 😂
Berbulan-bulan juga saya struggles untuk saya dikenali, buat iklan lagi dan lagi. Rasa macam dah gagal sangat dah..
Rasa down memang ada. Yelah, masa tu orang tak kenal lagi. Orang pun tak yakin dengan kebolehan kita membantu anak mereka.
Tahun pertama memang tak memberangsangkan.. memang nampaknya macam gagal dan susah nak bangkit. 😔
Tapi lepas tu saya mula cari idea, sebab fikir memang kena move on. Takleh gini je. Saya bangkit dan teruskan lagi. Dalam kepala otak ni asyik fikir, apa patut aku buat lagi?
Makin hari rupanya makin mudah. Customer datang tanpa dicari, ada yang dari internet ada yang dari suggestion parents. Sampailah sekarang, Alhamdulillah saya dah tak ingat bila kali terakhir saya buat iklan 🙈
=
=
=
Percaya, bahawa Allah sedang menguji kita.
Pernah gagal, memang lumrah mahar kejayaan yang paling manis rupanya. Gagal sekali tak bermakna kita akan gagal selamanya. Yang penting, kena sentiasa bangkit dari setiap kegagalan tu.
Saya percaya, asam garam bisnes Shaklee pun begitu juga. Paling sakit masa nak bina based customer yang kukuh dan buatkan kita dikenali sebagai pro SID. Bukan makan masa yang sedikit tapi mungkin berbulan dan makan tahun.
InsyaAllah saya boleh belajar dari kesilapan lepas dan jadikan ia iktibar untuk setia membina bisnes Shaklee pula.. 😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan