Cara jadi ahli Shaklee ni ada yang berbayar dan ada yang percuma. Semua pun suka cara jadi ahli Shaklee percuma kan? Jadi kali ini, Jaja nak ceritakan bagaiman nak jadi ahli Shaklee secara percuma tanpa modal ni. Teruskan membaca :)
Yuran Daftar Ahli Shaklee
Yuran Keahlian Shaklee adalah bernilai RM68.90. Yuran ini
dibayar kepada syarikat untuk bisnes kit yang akan diberikan kepada anda. Di
dalam bisnes kit, ada beberapa buah buku dan panduan perniagaan Shaklee beserta
info-info produk. Nak berbisnes boleh, tak berbisnes pun tak apa. RM68.90 ni
memang takkan masuk ke poket penaja anda, jadi anda jangan risaulah pasal duit
anda ya.
Apapun, nasihat Jaja satu je. Kalau anda terbuka hati nak
cuba buat duit dengan Shaklee satu hari nanti, pastikan anda pilih pengedar
Shaklee yang aktif berbisnes dan beraktiviti Shaklee sebagai penaja anda.
Penaja ni nanti akan jadi Mentor anda bila anda berhasrat nak buat bisnes
nanti, sebab tulah pemilihan penaja sangat penting okey ;)
Kelebihan Jadi Ahli Shaklee
Keahlian Shaklee ni macam keahlian Tesco, Guardian dan
lain-lain tu juga. Anda boleh beli produk Shaklee dengan harga ahli yang murah
daripada harga biasa. Untung kan!
Antara kelebihan mendaftar menjadi ahli Shaklee ialah:
- Dapat membeli produk Shaklee dengan harga ahli yang 15 ke 25% lebih murah daripada harga pasaran. Jimat banyak tu.
- Boleh mengumpul points dengan setiap pembelian produk Shaklee dan layak terima cashback jika mengumpul minimum 150 points dalam bulan tersebut. Cashback ni apa? Ganjaran tunai lah, dalam bentuk duit yang akan dideposit ke bank anda pada 15 hari bulan berikutnya.
- Berpeluang menjalankan bisnes Shaklee. Rujuk kepada penaja anda sebagai panduan. Nak Jaja jadi penaja dan Mentor anda? Mai lah daftar ahli Shaklee dengan Jaja ;)
- Anda akan jadi antara orang terawal yang tahu setiap promosi Shaklee setiap bulan. SUdahlah pembelian produk dengan diskaun, bila ada promo maka potongan harga lebih berbaloi-baloi tau. Best!
- Info produk dan tips kesihatan percuma. Bukan hanya online, anda dijemput untuk hadir ke Home Office atau branch Shaklee terdekat untuk sebarang aktiviti Shaklee. Kadang-kadang tu Shaklee siap bagi doorgift, free body check up dan bagi rasa produk-produk dia lagi.
Berita baiknya, anda boleh menjadi Ahli Shaklee dengan
PERCUMA! Ya PERCUMA!
Nak tahu cara jadi ahli Shaklee percuma?
Nak?
Begini caranya.
2 Cara Jadi Ahli Shaklee Percuma
1. Buat belian 200 UV
Keahlian Shaklee adalah secara automatic apabila anda
membuat pembelian mana-mana produk Shaklee dengan jumlah minima 200 points
dalam satu resit. Jumlah belian adalah lebih kurang RM700.
Contohnya, anda ingin membeli 2 botol Vivix. 1 botol Vivix
adalah bernilai 100 points, maka 2 botol Vivix akan memberi anda 200 points.
Beritahu kepada agen Shaklee yang terdekat dengan anda bahawa anda ingin
menjadi ahli Shaklee dan membeli 2 botol Vivix. Pengedar Shaklee tersebut akan
uruskan tempahan anda dan menempah 2 botol Vivix beserta 1 Business Kit secara
Percuma!
Tahniah, anda sudah pun menjadi ahli Shaklee!
2. Buat belian 70 UV, dengan syarat...
Yang ini tak ramai yang tahu! Untunglah korang yang baca
entry Jaja ni.
Ha, yang ni best! 70 UV tu lebih kurang RM350 saja. Kalau
ada kawan-kawan yang nak cuba produk Shaklee juga, anda boleh kumpulkan dengan
belian anda. Asalkan cukup 70 UV, silalah temui atau hubungi Wakil Pengedar
Shaklee anda (ehem ehem macam Jaja) dan beritahu anda nak beli vitamin dan jadi
ahli sekaligus.
Eh betul ke free? Kan..
Betul.. Jaja tak tipu. Tanpa modal pun dikira percuma tu.
Sebabnya, bila anda mendaftar menjadi Ahli Shaklee anda ada
kelebihan membeli produk Shaklee lebih murah daripada harga asal. Dengan point
terkumpul 70 UV, perbezaan harga tu dah boleh cover yuran keahlian RM68.90 tu.
Jadi, anda tak perlu bayar sesen tambahan pun untuk yuran ahli bila anda buat
belian 70 UV tu. Jelas? Kalau tak jelas, hubungi Jaja personally di WhatsApp
ya. Nanti Jaja terangkan lagi ;)
Jadi, suka tak bila tahu cara jadi ahli Shaklee percuma,
lebih-lebih lagi yang kedua tu?
Kalau dah tak sabar-sabar nak daftar ahli Shaklee,
cepat-cepat hubungi Jaja ya ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan