Pelik tak bila kita memakai spek, berbulan kemudian power spek tak lagi sesuai. Kita perlu upgrade power dan sekali lagi menukar kepada kaca mata yang berkuasa tinggi. Bila power tinggi, ketebalan kanta pun sama naiklah jadinya. Sedih kan bila orang selalu tegur, "Eh tebal kanta kau." Isyy rasa nak marah je ðŸ˜
Contohnya, bila memakai kaca mata untuk rabun jauh, memang penglihatan jauh kita menjadi jelas. Tetapi, otot mata perlu menegang dan bekerja keras bagi memfokus imej yang jelas semasa kita melihat objek yang dekat. Semakin kerap kita memakai kaca mata, semakin otot mata perlu bekerja keras dan ada risiko untuk mata semakin rosak.
Akibatnya dalam tempoh masa tertentu kita perlu upgrade power kaca mata yang lebih tinggi.
Senaman mata untuk rabun dapat membantu untuk memulihkan keupayaan otot mata kita. Dan jangan terkejut memang ada orang yang tidak lagi memakai kaca selepas konsisten senaman ini.
13 Langkah Senaman Mata untuk Rabun
Sebelum memulakan senaman mata untuk rabun, pastikan fikiran kita positif dan tenang. Duduk tegak dan ingat jangan memaksa mata anda setiapkali ia terasa pedih atau penat semasa senaman. Bersabar dan ambil masa yang anda selesa.
13 Langkah Mudah
1. Lihat ke atas melepasi kening, tahan selama 3 saat. Lihat lurus ke bawah pula dan tahan selama 3 saat. Kejapkan mata setiapkali mata berasa penat. Teruskan senaman mata ini sebanyak 7 kali.
2. Lihat ke kanan dan pandang sejauh mungkin, tahan selama 3 saat. Lihat ke kiri pula, pandang sejauh mungkin dan tahan selama 3 saat. Buat senaman ini sebanyak 7 kali.
3. Lihat ke kanan lagi, tahan 3 saat, kemudian lihat lurus ke depan, tahan 3 saat lagi, akhirnya pandang ke kiri pula dan tahan 3 saat. Ulangi sebanyak 3 kali.
4. Buat lingkaran yang sempurna dengan mata kita. Mulakan dengan bulatan kanan ke kiri, ulang 7 kali. Buat pula bulatan dari kiri ke kanan sebanyak 7 kali. Ingat, biar bola mata saja yang bergerak tapi bukan kepala kita. Ambil masa, kejapkan mata jika berasa letih.
5. Pandang lurus ke hadapan lihat lurus dari syiling ke lantai. Ulangi 7 kali.
6. Tutup mata. Gerakkan bebola mata ke kiri dan kanan seolah-olah kita memandang kiri dan kanan ketika mata celik. Buat 7 kali.
7. Masih mata tertutup lagi, gerakkan bebola mata ke atas dan ke bawah pula. Ulang 7 kali.
8. Pandang ke arah sudut kanan atas mata dan bertahan 3 saat. Pandang ke arah sudut kanan bawah pula dan tahan 3 saat. Ulangi 3 kali.Buat step yang sama untuk sudut sebelah kiri juga.
9. Gambarkan garis melintang dengan mata kita. Boleh guna tembok atau apa2 garisan sebagai panduan jika sukar nak membayangkan ia. Gerakkan mata perlahan-lahan mengikut garis melintang itu, dan usahakan mata untuk fokus selama mungkin. Lakukan gerakan sebanyak 7 kali.
10. Bayangkan garis menegak pula, boleh gunakan apa-apa seperti tiang sebagai panduan.Lihat garis dari atas ke bawah kembali ke atas semula. Ulangi 7 kali.
11. Lihat hujung hidung kita selama 3 saat (seperti juling). Kemudian lihat lurus ke hadapan tapi cuba fokus kepada benda-benda yang berada di sebelah kiri dan kanan kita iaitu penglihatan sampingan.
Sekarang lihat pula tulang hidung kita dan bertahan 3 saat. Kemudian pandang lurus ke hadapan. Seperti sebelum ini, mata ke hadapan tapi fokus kepada objek di kiri dan kanan kita dengan menggunakan penglihatan sampingan kita.
Akhir sekali, lihat antara kedua-dua kening selama 3 saat. Kemudian lurus ke hadapan seperti sebelumnya.Kejapkan mata setiap kali berasa tidak selesa.
12. Rehatkan mata. Duduk tegak, tutup mata dan rehatkan tubuh. Bernafas secara mendalam dan perlahan.
Cuba bayangkan kita berada di sebuah alam yang indah dan tenang, contohnya cuba bayangkan air terjun, tasik dan angin sepoi bahasa di tepi pantai.
Bila fikiran sudah tenang, tarik nafas dalam-dalam dan keluarkan ia perlahan-lahan sambil membuka mata. Lakukan perlahan lahan. Kemudian, kejapkan mata.Lakukan step ini beberapa kali lagi sehingga rasa lebih relaks.
13. Rehatkan mata kali kedua. Duduk tegak, rehatkan fikiran dan tubuh. Bayangkan ketika itu, jantung kita berdegup semakin perlahan. Gosok kedua-dua tangan secara cepat dan kuat, sehingga rasa panas.
Tutup mata dan letakkan tangan di atas mata tapi tidak menyentuh kelopak mata.
Rasakan kedamaian di hadapan mata kita. Lihat ke dalam suasana gelap itu secara mendalam. Jika kita melihat warna putih, terus lihat ke dalamnya.
InsyaAllah selepas melakukan latihan ini beberapa kali, kita hanya melihat kegelapan. Lakukan cara ini selama 3 minit.
Senaman Mata untuk Rabun 25 minit Sahaja!
13 langkah senaman mata ini cuma mengambil masa lebih kurang 25 minit. Buat latihan ini setiap hari, selama 4 hari. Kemudian, rehat 2 hari. InsyaAllah prestasi masa akan menjadi lebih baik.Konsisten dengan terapi senaman mata ini selama 2 bulan supaya otot-otot mata kita menjadi semakin kuat dan penglihatan kita menjadi semakin normal. Selepas itu, bolehlah buat senaman mata untuk rabun ini sebanyak 2 kali dalam sebulan untuk menjaga mata agar tetap sihat dan kuat.
Selain itu, digalakkan juga untuk tidak menggunakan kaca mata jika boleh selama tempoh terapi. Gunakan apabila kita benar-benar memerlukannya sahaja, jadi otot mata tidak menegang terlaku kerap dalam tempoh terapi senaman mata. Proses penyembuhan mata insyaAllah akan jadi lebih cepat dan berkesan.
Kesan Sampingan
Buat senaman mata mungkin ada sedikit kesan sampingan. Beberapa hari atau beberapa minggu semasa mengamalkan senaman ini, penglihatan kita mula turun dan naik. Objek yang biasa kita nampak jelas dalam jarak tertentu mungkin nampak jadi kabur dan sebaliknya. Ini kesan sampingan yang normal.
Selamat mencuba! Jangan lupa untuk amalkan makanan yang bagus untuk mata juga ya 😃 :wink:
Rujukan: Diolah daripada buku Rasulullah is My Doctor
>> Baca Juga: Bahaya Tak Sakit Mata @ Konjunktivitis? :sob:
5 ulasan:
Wah.. good info
Alhamdulillah..tq for reading :)
bagus tips ni. Eh akak ada buku tu. nanti akak baca lagi...hehe.. btw, power mata biasanya naik tak la jarak dekat sangat. macam akak, dalam bertahun-tahun juga power berbeza. mungkin sebab konsisten guna spek & jaga pemakanan utk mata juga
Thanks for sharing!! nanti bila Hana tiba2 ada penyakit rabun Hana try ya... heheh ^^
Boleh praktis ni..mata pun dah rasa penat. Thanks sharing :)
Catat Ulasan