Follow Us @bijak.sihat

05 November 2017

Minum Teh Pun Boleh Jadi Cara Hilangkan Jerawat?

Teh Bukan Sebarang Teh


Minum teh mampu menghilangkan jerawat

Terbongkar, minum teh boleh jadi cara hilangkan jerawat tau! Ha, jangan tak tahu yang rupa-rupanya amalan meminum teh hijau mempunyai khasiat untuk kesihatan kulit dan membantu dalam masalah jerawat juga.

Teh hijau didapati daripada daun tanaman teh (Camellia sinensis) yang dikeringkan atau dipanaskan  dengan tujuan supaya dapat mengekalkan kandungan khasiatnya.

Pokok teh

Berbanding dengan teh hitam yang selalu kita dapati di dalam uncang segera atau serbuk di pasaran, teh hijau lebih ori dan berbau sedikit kuat. Sebab itu, tak semua orang yang suka kepada teh hijau berbanding teh hitam. Walau bagaimanapun, kedua-dua teh ini mempunyai khasiat masing-masing yang tersendiri.Teh hijau kaya dengan antioksidan manakala teh hijau pula lebih kaya dengan kafein.

Perasan tak, banyak juga produk kecantikan dan penjagaan muka yang menggunakan ekstrak teh hijau? Antaranya seperti di bawah ini:


Cosmoderm

Satin Skin

Aiken

Jadi, memang ternyata ada khasiat teh terutama teh hijau ni untuk kesihatan kulit dan masalah jerawat.


Khasiat Teh sebagai Cara Menghilangkan Jerawat


Teh, sememangnya mempunyai banyak khasiat. Antara khasiat teh untuk kesihatan kulit dan  tujuan menghilangkan jerawat ialah seperti berikut:

1. Bersifat anti-bakteria dan anti-radang.

Sifat ini sangat bagus untuk menghilangkan jerawat di kulit kerana ia dapat membantu mengurangkan kelompok bacteria jerawat pada kulit. Jadi, kekurangan bacteria penyebab jerawat akan mengurangkan risiko kulit terkena jerawat. Sifat anti-radang pula sangat bagus untuk membantu mengecutkan jerawat sedia ada dengan lebih cepat.

2. Merawat Kulit Berminyak

Suatu bahan yang dipanggil tannin dalam teh hijau bertindak sebagai astringen yang akan mengecutkan liang pori pada kulit. Ia turut menghalang penghasilan sebum (minyak semulajadi pada kulit).

Oleh kerana masalah jerawat ada kaitan juga dengan jenis kulit muka berminyak, maka pengawalan minyak memang akan amat-amat membantu dalam mengawal masalah jerawat.


3. Meningkatkan ketahanan sel badan dan kulit

Kandungan antioksidan di dalam teh terutama untuk teh hijau amat tinggi. Ini mampu meningkatkan keupayaan sel badan daripada risiko radikel bebas yang boleh merosakkannya. Keimunan badan akan meningkat, jadi keradangan kerana jerawat juga dapat dielakkan.


Modus Operandi: Minum Teh dapat Menghilangkan Jerawat


Minyak yang berlebihan pada kulit muka akan menyebabkan masalah jerawat yang kerap, malah pori juga jelas kelihatan kerana ia terbuka. Meminum teh dapat mengurangkan kejadian kulit berminyak dan merapatkan kembali pori. Apabila minyak berkurang, peluang timbulnya jerawat akan menurun.

Jerawat yang besar dan bengkak mahupun kes jerawat batu adalah kerana badan kita bertindakbalas untuk melawan radikel bebas berbahaya di bawah permukaan kulit. Bengkak jerawat sememangnya lambat surut. Jika kurang bernasib baik, bengkak akan semakin teruk sehingga ada yang bengkak berisi nanah – kes ini adalah kerana bacteria telah mendiami kawasan yang berjerawat tersebut sehingga menyebabkan keradangan (bengkak) yang semakin kronik. Cara terbaik? Minumlah teh kerana ia bersifat anti-bakteria dan anti-keradangan. Jerawat baru tak nak muncul, jerawat lama pun akan cepat surut daripada biasa.

Minuman teh amat kaya dengan antioksidan lebih-lebih lagi teh hijau. Antioksidan berupaya menguatkan ketahanan sel badan kita daripada gangguan radikel bebas yang memudaratkan. Apabila sel badan menjadi kuat, ia akan lebih kebal dan kulit kita tidak mudah didatangi jerawat.

Oleh itu, jadikanlah minuman teh sebagai rutin untuk semua manfaat ini!



Teh Yang Bagus untuk Menghilangkan Jerawat dari Dalam


Terdapat banyak jenis teh. Teh yang selalu kita minum berupa serbuk dan uncang adalah jenis teh hitam. Ia adalah daun teh yang telah diproses dan diletakkan pengawet. Kandungan kafein di dalamnya lebih tinggi berbanding khasiat antioksidannya. Kita mungkin rasa bertenaga dan segar semasa mengambil teh hitam tetapi khasiatnya untuk membantu menghilangkan jerawat dan memelihara kesihatan kulit agak kurang.

Pilih teh hijau.

Teh hijau lebih tulen berbanding teh hitam kerana ia dikeringkan dan mengekalkan khasiat daun teh yang lebih maksimum. Baunya sedikit kuat, tetapi khasiatnya lebih bagus untuk tujuan menghilangkan jerawat dan memelihara kulit.






Produk Teh daripada Shaklee


Shaklee, pun mempunyai satu produk teh yang diberi nama Cinch Tea!



Apa yang paling best tentang Cinch Tea nie ia adalah gabungan 4 jenis ekstrak teh, iaitu:

  1. Matcha Green Tea Powder
  2. Red Tea Extract
  3. White Tea Extract
  4. Roiboos Red Extract



Semua kandungan Cinch Tea  adalah ekstrak daripada teh belaka. Pastinya memang banyak khasiat  yang lain selain membantu menghilangkan jerawat dan memelihara kesihatan kulit.


Antara khasiat dan kebaikan Cinch Tea Shaklee ini ialah:

1. Matcha Green Tea Powder:

Selain kandungan antioksida yang tinggi, ia boleh meningkatkan kadar metabolisme badan, booster tenaga dan membakar lemak 4 kali ganda.


2. Ektrak Teh Putih:

Mempunyai antioksidan yang lebih tinggi daripada teh hijau, meningkatkan metabolisme badan, booster tenaga dan membantu membakar lemak.


3. Ekstrak Teh Merah:

Ia mengandungi suatu antioksidan kuat yang dipanggil polifenol. Polifenol telah dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh mengelakkan tumor daripada merebak.

4. Ektrak Teh Merah Rooibos:

Teh herba daripada Afrika ini melarutkan lemak, meninggikan kadar metabolisme dan boleh menjadi agen detoks yang bagus.

5. Taurina:

Taurina adalah suatu bahan yang diperlukan semasa pembinaan protein badan. Ia boleh mengurangkan tekanan darah, memelihara kesihatan jantung dan mengawal stress.

Secara ringkas, Cinch Tea Shaklee membantu untuk memberi tenaga, menyingkirkan lemak, melindungi sel badan daripada bahaya radikel bebas kerana kandungan antioksidannya, agen detoks yang bagus dan mengurangkan stress.

Ya, tidak lupa Cinch Tea mampu juga memberi khasiat untuk menghilangkan jerawat anda! Memang terbaik jika minuman ini dapat diamalkan secara konsisten.

Harga sekotak Cinch Tea ialah RM 139.13 (termasuk GST). Sekotak mengandungi 28 sachet kesemuanya, boleh diambil bila-bila masa diperlukan.




Jika berminat untuk dapatkan teh ini, boleh klik button di bawah untuk terus membeli Cinch Tea Shaklee anda ya:




Hubungi Jaja untuk sebarang pertanyaan lanjut juga:


Tiada ulasan: