Cara Berkesan Hilangkan Jeragat di Muka
Indah dan cerahnya wajah kalau ia bebas dari masalah jerawat dan jeragat, setuju kan?
Jika jerawat ada penyelesaiannya, pasti ada penyelesaian
untuk hilangkan jeragat juga! Paling utama, pastilah nak hilangkan jeragat di
muka. Jeragat di badan mungkin boleh tunggu, tapi kalau di muka ia memang boleh
rosakkan penampilan kita!
Punca Jeragat
Freckles atau jeragat ini ialah kumpulan struktur pada kulit
yang berwarna keperangan. Ia mengandungi pigmen melanin yang menjadikan ia
kelihatan sedikit gelap daripada tona kulit kita yang asal. Jeragat tidak sakit
dan tidak tertonjol keluar sebaliknya ia sama rata dengan permukaan kulit kita
yang normal.
Apa punca jeragat terbentuk? Ia adalah kerana sinaran matahari.
Sel melanocytes pada kulit kita bertindak menghasilkan melanin dengan tujuan untuk melindungi kulit kita daripada sinaran UV matahari yang berbahaya. Penghasilan melanin akan semakin galak apabila kulit kita terdedah kepada cahaya matahari kerana melindunginya. Pengumpulan melanin pada lapisan kulit inilah yang dipanggil jeragat.
5 Cara Berkesan Hilangkan Jeragat
1. Gunakan Pelindung UV
Akademi Dermatologi Amerika mencadangkan 3 tips berkaitan
ini, iaitu:
Gunakan pelindung UV yang mempunyai kuasa SPF 30 ke atas
Sapu pelindung UV pada sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
anda keluar dari rumah
Sapu semula pelindung UV setiap 2 jam atau dengan segera
selepas kita berenang atau berpeluh kuat.
Walau bagaimanapun, pelindung UV sebenarnya hanya berkesan
untuk mengelakkan kehadiran jeragat baru. Ia tidak berkesan menghilangkan
jeragat yang lama.
2. Rawatan Laser
Sinar laser digunakan untuk merawat sel kulit yang
berkenaan. Dalam satu kajian pada 2015, didapati rawatan laser telah berjaya
memudarkan 50 peratus jeragat daripada 62 peratus individu yang menerima
rawatan.
Terdapat kesan sampingan yang berlaku contohnya kulit gatal,
bengkak, kemerahan, berkuping, mengelupas, jangkitan atau perubahan warna
kulit. Kos rawatan pula sememangnya mahal. Jika di Malaysia, rawatan laser
mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.
3. Cryiosurgery
Rawatan ini menggunakan cecair penyejuk seperti nitrogen
untuk membekukan dan memusnahkan sel kulit yang tidak normal. Ia selamat tetapi
memakan masa untuk pulih. Antara kesan sampingan kaedah ini ialah pendarahan,
melecet dan hipo-pigmentasi.
4. Krim Pencerah / Pemudar
Krim pencerah atau pemutih ini mudah didapati di dalam
pasaran. Namun, berhati-hatilah dengan kandungan yang terdapat di dalam krim
anda. Salah satu bahan yang biasa digunakan ialah hidrokuinon. Ia bertindak
merencatkan penghasilan melanin oleh sel melanocytes. Akibatnya sel kulit kita
hilang pelindungan secara total daripada sinaran UV yang berbahaya. Jadi, ada
kajian-kajian yang mengatakan penggunaan hidrokuinon boleh menyebabkan risiko
kanser kulit.
5. Krim Retinoid
Bahan aktif krim retinoid ialah Vitamin A. Vitamin A dikatakan
memberikan perlindungan daripada sinaran UVB dengan cara menyerapnya. Secara
tak langsung, ia dapat mengelak jeragat baru daripada terbentuk.
6. Bahan Pengelupas Kimia
Tentu anda pernah lihat krim bertulis exfoliate atau peeling
di pasaran? Inilah dia. I abertindak untuk mengelupas sel kulit di kawasan yang
terjejas dengan jeragat mahupun sel kulit mati. Apabila bahan ini berjaya
membuang sel kulit rosak, jadi sel kulit baru akan tumbuh menggantikannya.
7. Petua / Bahan Semulajadi
Ada banyak petua menghilangkan jeragat dengan menggunakan
bahan semulajadi di sekitar kita. Antara petua tersebut ialah boleh gunakan jus
lemon, madu, susu mentega, yogurt dan bawang.
Menggunakan bahan semulajadi mungkin selamat tetapi ia
bergantung juga kepada kesesuaian kulit seseorang itu. Jika ada sebarang kesan
merengsa, elok sangatlah menghentikan saja usaha anda ya :)
8. Suplemen
Pengambilan suplemen yang betul dan berkhasiat serta
bertepatan dengan masalah jeragat pasti akan membantu untuk menghilangkan
jeragat. Bertindaklah bijak dengan memilih suplemen yang betul dan selamat
untuk diri anda.
Jeragat – Pulihkan
dan Jangan Berulang lagi!
Sememangnya mengelakkan jeragat jauh lebih efektif daripada
merawatnya. Antara kaedah mengelakkan penghasilan jeragat yang lebih banyak
ialah seperti berikut:
- Jangan lupa gunakan krim pelindung UV setiapkali keluar rumah
- Gunakan pelindung wajah seperti topi
- Lindungi kulit daripadan sinaran UV dengan pakaian yang sempurna – berlengan panjang, berseluar panjang dan lain-lain (Untungnya lelaki dan wanita Islam yang diwajibkan menutup aurat ketika keluar rumah).
- Elakkan aktiviti luar ketika matahari panas terik antara 10 pagi ke 4 petang
- Gunakan payung ketika keluar rumah.
- Lakukan peeling sekali-sekala
Suplemen Shaklee untuk Menghilangkan Jeragat
Di sini, Jaja ingin memperkenalkan suplemen Shaklee yang
dapat membantu dalam menghilangkan jeragat. Selain mengamalkan tips mencegah jeragat
di atas, anda boleh berusaha untuk menghilangkan jeragat dengan suplemen ini,
insyaAllah.
Sebiji tablet Vitamin C daripada Shaklee ini membekalkan
khasiat selama 5 jam di dalam darah kerana ia dilengkapi dengan teknologi
pelepasan berperingkat. Jadi, penyerapan zat vitamin C adalah optimum tanpa
dibazirkan.
Antara khasiat Vitamin C untuk membantu menghilangkan
jeragat ialah ia dapat mencerahkan kulit dan memudarkan pigmentasi seperti
jeragat sebaik kesan hidrokuinon, tapi ia lebih baik kerana tanpa sebarang
kesan merengsa (irritation).
Amalkan vitamin C yang semulajadi, berkesan dan selamat ini
untuk masalah jeragat yang sedang anda hadapi. Jaja tidak janjikan anda hasil
yang super pantas kerana kesannya bergantung kepada individu masing-masing –
ada yang cepat, ada yang lambat kesannya. Tapi, suplemen ini telah membantu
ramai pengguna di luar sana tentang masalah kulit mereka seperti jeragat.
Testimoni
Ingin Mencuba Vitamin C Shaklee?
Klik sahaja button di bawah jika anda berminat untuk membeli suplemen ini. Jaja doakan semoga anda yang sedang bermasalah akan dapat menghilangkan jeragat yang sedang dihadapi. Jangan sedih-sedih ya - berusaha segera selesaikan masalah wajah anda selagi termampu!
SILA KLIK UNTUK MEMBELI |
Oh ya, sebarang pertanyaan tentang suplemen ini, just feel free untuk hubungi Jaja. Klik untuk Whats App segera.
3 ulasan:
jeragat memang menghilangkan rasa keyakinan diri..
mesti diatasi segera
Betul tu mrhanafi :)
Terima kasih Mrs A 😊
Catat Ulasan