Follow Us @bijak.sihat

02 Oktober 2017

6 Keistimewaan Minuman Soya ESP Shaklee

ESP atau nama panjangnya Energising Soy Protein, dihasilkan daripada kacang soya. 1 canister ESP terhasil daripada 30 kg kacang soya asli, wow banyak kan! Tapi persoalannya, kalau ESP ni kacang soya, apa pula perbezaannya dengan produk air soya di luar sana?

Yes, apa istimewanya minuman soya ESP Shaklee??


Jadi, di sini Jaja senaraikan 6 keistimewaan ESP Shaklee berbanding minuman soya jenama lain di dalam pasaran ;)



6 Keistimewaan ESP

1. Terbukti Berkesan



ESP bukan produk yang dibancuh belakang rumah tapi ia dimajukan oleh para saintis Shaklee. Malah, kajian-kajian ini bukan setakat dijalankan oleh saintis Shaklee sahaja, tetapi juga oleh saintis luar (pihak ke-3).

Dalam banyak-banyak syarikat nutrisi, Shaklee membuat pengesahan pihak ke-3 terhadap unsure yang digunakan di dalam produk-produknya.

2. Satu-satunya Produk dengan 9 Asid Amino Penting



Badan kita memerlukan protein untuk membina sel yang sihat. Pembinaan sel yang tidak sihat boleh mengakibatkan bermacam kanser kepada tubuh badan.

Terdapat 2 jenis asid amino dalam protein iaitu:


  • 12 asid amino tidak perlu / penting. Ianya diperlukan oleh badan kita tetapi badan dapat menghasilkan sendiri asid amino jenis ini, maka ia dipanggil tidak perlu.
  • 9 asid amino perlu / penting. Ia tidak dapat dihasilkan oleh badan, maka 100% hanya didapati melalui pemakanan seharian.
Istimewanya, ESp ialah satu-satunya makanan yang dapat membekalkan kesemua 9 asid amino perlu tersebut.

3. Kandungan Protein tidak rosak



Biasanya, zat protein akan termusnah apabila terkena haba yang tinggi semasa proses penghasilan dan penyediaannya.

ESP diekstrak dan diproses pada suhu yang rendah supaya dapat memelihara zat protein di dalamnya daripada termusnah.


4. Kacang Soya non-GMO



Sumber makanan kita daripada haiwan dan tumbuhan zaman sekarang sudah banyak yang diubahsuai secara genetic. Pengubahsuaian ini dilakukan untuk menghasilkan generasi yang tahan penyakit, menghasilkan bekalan yang banya, sedap dimakan atau memendekkan tempoh tuaian. Contohnya seperti pokok padi. Jika dahulunya dalam setahun, padi hanya dapat dituai sekali sahaja. Namun kini, musim padi berlaku 4 kali dalam setahun, kerana teknologi pengubahsuaian pokok padi membolehkan masa tuaian padi dipendekkan. Setakat ini, kesan memakan tumbuhan dan haiwan yang telah terubahsuai secara genetic masih belum diketahui sepenuhnya.

ESP sebaliknya dihasilkan daripada sumber kacan soya yang tidak terubahsuai secara genetic (non-GMO). 1 canister ESP telah diekstrak daripada 30 kg kacang soya  banyaknya!


5. Indeks Glisemik Yang Rendah



Indeks Glisemik menunjukkan betapa cepat sesuatu makanan itu jika dimakan akan menghasilkan kandungan gula dalam darah. Semakin tinggi nilai Indeks Glisemik, maka semakin cepatlah sesuatu makanan itu dioksidakan dan bertukar menjadi kandungan gula dalam darah. Makanan jenis ini akan menyebabkan seseorang merasa kenyang, tetapi cepat rasa lapar kembali.

Makanan dengan Indeks Glisemik yang rendah pula tidak menaikkan bacaan gula dalam darah secara mendadak. Pengoksidaan makanan berlaku secara perlahan-lahan. Makanan jenis ini jika dimakan akan merasa kenyang dan tahan lapar lebih lama.

ESP adalah makanan yang mempunyai Indeks Glisemik yang rendah, maka jika diamalkan akan merasa kenyang dan tahan lapar lebih lama. Kerana itu juga, ESP dapat membantu orang yang mahu menguruskan badan supaya dapat mengawal pemakanan mereka sepanjang tempoh diet.

Pesakit kencing manis / diabetes juga sangat baik mengamalkan ESP kerana ia tidak menyebabkan bacaan gula naik secara mendadak.

6. Tiada kolesterol, tiada Asid Urik dan Mudah Diserap



Kebaikan protein daripada soya ESP ialah ia tidak mengandungi kolesterol dan lemak. Maka pesakit kolesterol tinggi, sakit jantung dan gout boleh mengamalkan ESP.


Sebagai produk semulajadi, ESP sangat mudah dihadam dan diserap oleh badan.




Baca selanjutnya: 7 Testimoni Cantik dengan ESP

Tiada ulasan: