5 Nutrien untuk Rambut Yang Sihat
Nutrien amat penting untuk rambut yang sihat |
Penampilan rambut yang sihat, bermaya, tidak bercabang, lembut beralun dan tidak kusut (just name it!) pertama-tamanya bukanlah datang dari rawatan rambut dan salun! Percaya kan. Rawatan rambut luaran memanglah menampakkan rambut anda jadi terurus dan cantik, tapi lama-kelamaan ia akan kembali didatangi masalah jika struktur yang membinanya itu tidak kuat, rapuh, tidak sihat dan tak cukup zat. Apa yang perlu kita lakukan ialah menguatkan struktur rambut dari dalam dengan mendapatkan nutrien untuk rambut yang cukup supaya rambut kekal sihat, maka masalah rambut akan dapat diatasi sekaligus 😉
Nutrien yang Bagus untuk Rambut yang Sihat
Ada bermacam masalah melibatkan rambut seperti rambut gugur, botak, lambat tumbuh, kelemumur, rambut bercabang dan kasar. Selain menggunakan syampu dan bahan penjagaan rambut yang lain, apa kata kita ketahui juga nutrien yang bagus untuk rambut. Jadi, anda boleh memilih pemakanan yang sesuai jika anda memang mengalami masalah-masalah rambut tertentu.
1. Biotin
Biotin adalah salah satu jenis kumpulan Vitamin B7. Ia boleh didapati dengan mudah daripada kuning telur.
Biotin sangat penting untuk memelihara kesihatan rambut, kuku dan kulit selain fungsi-fungsi yang lain. Dalam suatu kajian mendapati responden wanita yang mengambil suplemen biotin menghasilkan keputusan di akhir kajian dengan rambut yang lebat dan tebal. Tapi awas, kekurangan Biotin pula akan menyebabkan rambut gugur!
Jadi, kalau anda ada masalah rambut gugur, pastikan ambil biotin dengan cukup ya. Contoh-contoh makanan kaya Biotin ialah seperti raspberi, avocado dan roti gandum penuh.
2. Protein
Rambut, seperti kuku dan kulit dibina oleh komponen protein yang dipanggil keratin. Keratin yang mencukupi akan membina sel-sel rambut yang sihat dan menggantikan sel yang telah mati dengan baik. Maka sumber protein sangat penting untuk memastikan kitar kematian dan penggantian sel rambut berjalan dengan baik.
Jenis potein yang paling baik diambil tentulah protein yang mengandungi kesemua 20 jenis asid amino perlu dan tak perlu. Contoh makanan ialah daging, ikan, telur, hasil tenusu dan kacang soya. Kalau boleh, elakkan memilih sumber protein yang juga kaya dengan lemak tepu di dalamnya seperti daging. Satu sumber yang baik ialah protein kacang soya yang tiada lemak dan kolesterol.
Persoalannya, berapa banyak protein yang perlu diambil setiap hari? Nah di sini ada sedikit panduan ya mengira keperluan protein harian kita mengikut jisim dan aktiviti masing-masing.
>> Panduan Mengira Keperluan Protein Harian <<
3. Omega 3
Omega 3 adalah nutrien paling baik untuk menangani rambut gugur. Ia berfungsi untuk menguatkan akar (folikel) rambut dengan mengurangkan keradangan, menyokong rambut yang lebat dan menyuburkan rambut.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cosmetic Dermatology pada 2015 telah mengkaji kesan pengambilan suplemen omega 3, omega 6 dan antioksidan terhadap masalah keguguran rambut. Dapatan kajian ini mendapati kadar pertumbuhan rambut meningkat sehingga 89.9%, kadar keguguran rambut pula berkurang manakala pembaikan rambut semakin baik dari segi ketebalan dan kelebatan rambut.
Kalau dari pemakanan, omega 3 boleh didapati daripada tuna, sardin, kuning telur dan kacang walnut.
4. Zink dan Besi
Zat mineral zink dikatakan sebagai nutrien yang memelihara kesihatan rambut di samping merangsang pertumbuhan semula rambut. Kalau anda ada masalah rambut gugur dan kepala hampir botak, mungkin anda kekurangan zat Zink ini. Jadi, dapatkanlah daripada sumber makanan kaya Zink seperti daging, hasil tenusu, keju, makanan laut, biji labu, kuaci dan gandum penuh.
Zat mineral Besi pula adalah booster pertumbuhan semula rambut. Jadi, makanlah banyak sayur bayam, telur kuning, kacang hitam dan seumpamanya untuk mengatasi keguguran rambut dan gejala botak.
5. Vitamin C
Vitamin C memang kaya antioksidan. Ia dapat meningkat keimunan badan dan menghalang serangan radikel bebas untuk rambut, yang melambatkan penuaannya. Sumber vitamin C termasuklah oren, cili merah, kale, Brussel sprouts, brokoli, strawberi, anggur dan kiwi.
So, untuk kesihatan rambut berpanjangan, amalkan vitamin C sama ye.
Nutrien yang mencukupi akan dapat memelihara kesihatan rambut kita dengan baik. Pesanan Jaja ialah marilah kita amalkan pemakanan yang kaya dengan zat dan nutrien supaya dapat memelihara kesihatan rambut dan sekaligus tubuh kita. Lagi-lagi kalau yang memang ada masalah rambut dan kesihatan lain tu, lagilah kena jaga pemakanan ya 😁
Tak dinafikan, susah juga kalau betul-betul nak cukupkan zat dalam pemakanan kita seharian sebab kandungan vitamin dan mineral dalam sumbernya seperti sayur dan buahan bukanlah 100% didapati dengan hanya memakan sebiji dua. Mungkin badan kita memerlukan lebih vitamin untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin tertentu dalam badan
Penyelesaian?
Top up lah dengan vitamin semulajadi Shaklee, insyaAllah bekalan mineral dan vitamin yang mencukupi dapat diperoleh dengan mudah sahaja kerana telah diekstrak menjadi bentuk kapsul atau tablet. Kesannya lebih spesifik untuk masalah kekurangan zat tertentu.
Baca selanjutnya: 5 Vitamin Shaklee untuk Masalah Rambut Gugur
2 ulasan:
supaya rambut sihat dan kuat, alhamdulillah, terima kasih untuk tips di atas
Sama2.. Berkongsi tips untuk ingatan diri sendiri juga..hihi :)
Catat Ulasan