Follow Us @soratemplates

08 Ogos 2017

7 Amalan Baik untuk Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Kalau anda pernah ingat, Jaja pernah kongsikan tentang eyebags atau lingkaran gelap bawah mata sebelum ini. Boleh klik >> Bengkak dan Lingkaran Gelap Bawah Mata macam Panda? << untuk membaca ya :) Lingkaran gelap bawah mata serius tak best! Kulit mulus flawless sekalipun kalau ada lingkaran gelap bawah mata, mesti rasa ralat. Apatahlagi kalau wajah kita tak semulus mana.. ditambah dengan lingkaran gelap tentu akan mencacatkan penampilan wajah.

Apa yang perlu dibuat? Ya semestinya hilangkan lingkaran gelap bawah mata tersebut!


Walaupun lingkaran gelap eyebags ini bukan penyakit dan tidak memudaratkan pun badan kita, ia hanya mengganggu dari segi penampilan wajah, setuju kan? Jadi, ingin Jaja kongsikan 7 amalan baik untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata, semoga berguna ya 😉




Penyebab Lingkaran Gelap

Seperti yang Jaja bincangkan dalam artikel sebelum ini, eyebags boleh disebabkan oleh kurang tidur, masalah alergi kulit, faktor persekitaran seperti cuaca, hormon, pemakanan atau keturunan.


7 Amalan Baik Sebagai Penyelesaian

1) Cukupkan masa tidur anda


Dapatkan tidur yang cukup dan lena
Tidur bukan hanya waktu badan kita melepas penat, tapi ia waktu badan memperbaiki sel rosak, menggantinya dengan yang baru, selain menyegarkan badan dan melakukan proses detoks. Walau sibuk macam mana, jangan anda abaikan tidur yang cukup ya. Ganti tidur pada hujung minggu jika anda benar-benar tiada masa, jadi ia dapat mengganti fungsi tidur yang tertangguh.

Dalam kes eyebags, tidur yang tidak cukup menyebabkan salur darah yang berada di bawah mata kita dilate membentuk kesan kehitaman sehingga terbias ke luar kulit wajah kita, maka wujudlah lingkaran gelap. Jadi pastikan anda tak kurang tidur setiap malam okey!

Kalau anda ada masalah susah tidur, cubalah amalkan meminum susu atau mengamalkn suplemen kalsium ye kerana ia sangat membantu untuk tidur yang lena ☺️


2) Kurangkan Makanan Masin



Yang ini memang benar sangat! - sebab Jaja sudah bereksperimen tau.

Makanan masin memgandungi garam mineral di dalamnya. Garam mineral memang antara 1 daripada 7 kelas makanan yang kita perlukan, tetapi terlampau banyak garam akan menyebabkan cecair badan menjadi likat kerana badan terdehidrat. Sistem badan kita akan menyimpan cecair badan (water retention) supaya badan kekal terhidrat. Cecair ini ada yang disimpan bawah mata, maka jadilah eyebags juga.

Lagi, jangan terkejut jika Jaja kata terebih garam juga boleh menyebabkan gemuk iaitu jenis gemuk air, sebab badan secara semulajadi akan bertindak menyimpan cecair badan bagi menstabilkan cecair darah kepada kepekatan normal.


3) Tanggalkan mekap
Cucilah mekap dengan lembut dan bersih
Tanggalkan mekap dengan sempurna meskipun anda memakai bedak kompak sahaja. Bukan apa, jika mekap dibiarkan pada kulit, ia akan menimbulkan masalah seperti jerawat dan mempercepat penuaan, selain lingkaran gelap bawah mata.

Bila mencuci mekap, pastikan secara lembut saja supaya tidak memudaratkan kulit nipis seperti kulit di bawah mata.


4) Buat eye mask
Eye mask timun
Eye mask boleh dibuat sendiri sahaja di rumah, contohnya gunakan hirisan timun dan letak pada mata anda. Timun memiliki flavonoid dan antioksida yang membantu masalah kemerahan, bengkak dan radang. Jadi ia akan dapat mengurangkan bengkak akibat pengumpulan cecair di bawah mata yang menyebabkan lingkaran gelap tadi.

Selain timun, boleh gunakan bahan yang mempunyai sensasi sejuk yang lain seperti ais, aloe vera, pati teh hijau atau air ros.


5) Minum banyak air kosong

Minum banyak air kosong. Ia menjadikan badan segar, aktif dan bermaya.


6) Dapatkan penyelesaian untuk masalah alergi

Kalau anda ada eyebags kerana alergi, eloklah anda dapat ubat daripada doktor. Minta pendapat tentang punca alergi anda sama ada makanan tertentu atau persekitaran tertentu. Makan ubat seperti saranan dan pantauan doktor. Bawa-bawalah berpantang jika perlu ya.

Alfalfa Complex mengurangkan masalah alergi
Boleh cuba juga untuk kurangkan masalah alergi dengan petua semulajadi seperti Alfalfa.


7) Amalkan menyapu krim dan makan makanan kaya Vitamin A, C dan E 

Ketiga-tiga vitamin A, C dan E adalah vitamin yang menyokong kesihatan kulit dan mata khasnya vitamin A.

🌸Fungsi Vitamin A
Membantu mencerahkan lingkaran gelap bawah mata, ia memberi perlindungan terhadap cahaya matahri dan melambatkan penuaan pada kulit kita.

🌸Fungsi Vitamin C
Eyebag terjadi disebabkan kelemahan ligamen bawah mata yang memegang tisu lemak. Menurut American Journal of Clinical Nutrition (2007), kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan mudah mendapat eyebag. Oleh sebab itu Vitamin C sangat penting untuk menghasikan kolagen, yang merupakan protein yang membuat ligmen dibawah mata kita.

🌸Fungsi Vitamin E
Mempuyai peranan sama dengan vitamin A. Ia membantu membaiki kulit rosak disebabkan cahaya matahari dan mengurangkan garis halus pada kulit wajah dan juga melembapkan kulit.


Cuba dulu baru tahu kesannya kan! 7 amalan ini diharap dapat membantu masalah lingkaran gelap bawah mata anda. Anda buat anda dapat 😘


Rujukan:
1) BioEffect
2) Hello Glow





Mana nak cari Vitamin A, C dan E yang bagus untuk masalah lingkaran gelap bawah mata? Boleh sembang-sembang dengan Jaja ye, atau KLIK SINI untuk info lanjut.



3 ulasan:

raihana berkata...

wahh kena makan betik banyak-banyak ni ��

Jaja berkata...

Aah betul :) Buah dan sayuran warna oren memang bagus untuk mata, sebab banyak kandungan vitamin A tauu 😊

Jaja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.