Bahaya banyak toksin! |
Kalau entry sebelum ini ada ceritakan tentang meal plan untuk detoks 7 hari (boleh KLIK DI SINI untuk baca), mungkin ada yang masih tak tahu nak pilih sayur apa kan. Iyalah, selera tekak masing-masing tak sama, jadi penting juga untuk pilih makanan tu supaya detoks berjalan lancar. Jadi, kali ini biar Jaja senaraikan 10 makanan yang baik untuk detoks. Yang paling penting 7 semuanya nie memang mudah kita dapati sekitar kita! Ha tak payah pening-peninglah ya nak cari sayuran yang bunyinya pun macam nak tergeliat lidah menyebutnya tu 😅
10 Makanan untuk Detoks
1. Buah Avocado
Avocado kaya dengan asid lemak tidak tepu dan glutathione, iaitu sejenis bahan yang menghalang penyerapan lemak pada usus yang boleh merosakkan strukturnya.
Jaga usus untuk penyerapan makanan yang baik ye.
2. Brokoli
Kalau nak tahu, brokoli tergolong dalam kumpulan kobis yang kaya dengan antioksidan tau, seperti brussel's sprout dan kale juga. Antioksidan telah dibuktikan dapat menghalang risiko kanser.
3. Teh Hijau
Teh hijau juga kaya antioksidan. Kafein dalam teh hijau bagus kerana memberi tenaga dan ada kesan diuretik - ia menggalakkan penghasilan air kencing, sekaligus membuang bersama toksin dalam badan.
4. Lemon
Buah lemon memang tak perlu diperkenalkan lagi rasanya. Semua pun tahu ia kaya vitamin C dan antioksidan. Fungsi antioksidan semestinya untuk menguatkan sistem imun badan daripada serangan radikel bebas. Booster untuk atasi toksin dari dalam :)
5. Bawang putih dan merah
Ada orang masukkan bawang dalam salad, betul tak. Jadi tak pelik mengapa bawang jadi pilihan makanan detoks.
Walaupun bau bawang agak kurang menyenangkan, ia mengandungi flavonoid yang dapat merangsang penghasilan glutathione (antara antioksidan yang kuat). Bonus lain, bawang juga bersifat anti-bakteria dan dapat meningkatkan sistem imun badan.
6. Plain Yogurt
Yogurt? Yummy, sedap tau! Bagi yang suka yogurt tu bolehlah simpan yogurt di rumah ye.
Yogurt atau jenis minuman kultur mengandungi probiotik, sejenis bakteria baik di dalamnya. Ia boleh melancarkan proses pencernaan dan atasi masalah sembelit. Membuang najis setiap hari juga salah satu cara untuk badan detoks ye.
7. Air Putih
Banyak kelebihan air putih sebab bila minum banyak, kita akan selalu ke tandas untuk kencing. Toksin akan terbuang sama melalui air kencing tersebut.
Tak suka air putih? Mengapa tidak cuba Resepi Air Detoks yang sedap-sedap ni? Tentu anda suka nanti.
8. Sayuran hijau
Sayuran berwarna hijau amat bagus untuk membantu detoks. Di dalam sayuran jenis ini, terdapat kandungan klorofil (pigmen hijau) yang menjadi booster kepada proses detoks.
9. Kekacang
Contoh kekacang seperti biji labu, badam, walnut dan kuaci.
10. Minyak Omega 3
Kebaikan minyak omega 3 seperti minyak zaitun dapat melancarkan perjalanan najis di dalam saluran usus. Ini membenarkan minyak tersebut menyerap toksin untuk dibuang bersama keluar dari badan.
Bagaimana? Banyak idea kan untuk mempelbagaikan menu makanan detoks anda, jadilah taklah bosan nanti. Yang utama, memang perlu makan banyak sayur dan buahan serta kurangkan karbo 😉
CARIAN YANG BERKAITAN:
- sayuran detoks
- buah detoks
- menu detoks
- makanan yang baik untuk detoks
- jenis makanan untuk detoks
Rujukan: Women Health Magazine , Global Healing Center
Baca seterusnya: Set Detoks Shaklee
Tiada ulasan:
Catat Ulasan