Apa jenis kulit wajah anda? |
Jenis kulit wajah seseorang dengan seorang yang lain memang tak sama. Mungkin anda pernah lalui situasi yang membuktikan hal ini. Contohnya, anda sesuai pakai Pencuci Muka A tapi kawan anda tak serasi pun Pencuci Muka A, beliau lebih sesuai deng Produk Muka B. Kalau anda guna Produk Muka B? –isy jadi pedih-pedih pula. Ha pernah tak macam tu?
Jaja sebelum ini pernah juga cuba beberapa jenis jenama
pencuci muka. Ada yang bila pakai jadi kering saja muka. Kemudian baki pencuci
muka yang masih banyak diberilah pada saudara. Iyalah kan takkan pula nak
membazir. Bila beliau pakai, amboi serasi pula. Okey then Jaja akui memang jenis kulit kita tak sama masing-masing, jadi pencuci muka pun kenalah
pandai-pandai pilih dan guna yang sesuai dengan kulit.. kalau tak, lebih mudaratlah kulit wajah nanti.
Mengenali Jenis Kulit Wajah
Bila kata jenis kulit wajah kita tak sama antara satu sama
lain, wajiblah kita tahu jenis kulit sendiri. Mengapa? Sebabnya bila kita tahu
maka nanti lebih senang untuk kita cari skincare yang terbaik untuk kulit ;)
Tidaklah semberono saja, takut-takut beri mudarat pula kerana tidak bersesuaian.
Ada 5 jenis kulit wajah yang utama iaitu jenis kulit kering,
kulit berminyak, normal, kombinasi atau jenis kulit sensitif. Anda sendiri
jenis kulit yang mana? Kalau masih ragu-ragu, jom semak ya ;)
5 Jenis Kulit Wajah |
1) Kulit Kering
Kulit terasa kering, tegang dan kasar selalu.
2) Kulit Berminyak
Kulit muka kelihatan lembap dan dan berkilat terutama pada waktu tengahari di mana pengeluaran minyak paling maksimum berlaku. Orang yang berkulit wajah berminyak cenderung untuk mengalami pori tersumbat dan bintik hitam/putih (blackhead & whitehead) serta masalah jerawat.
Kulit berminyak adalah agak berisiko dengan masalah kulit seperti jerawat. Penjagaan perlulah lebih teliti dan digalakkan untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat dan gula yang menggalakkan lagi penghasilan minyak pada kulit.
3) Kulit Normal
Kulit normal biasanya ia lembut dan berseri sahaja. Keadaan kulit adalah seimbang iaitu ia tidak begitu kering tetapi tidak juga begitu berminyak, selain perjalanan darah yang begitu lancar. Tiada perubahan pada kulit sepanjang hari dan anda cukup bebas mencuba apa saja produk muka tanpa mengalami masalah tidak serasi.
Kulit jenis ini cukup bertuah kerana ia paling sedikit bermasalah.
4) Kulit Kombinasi
Bahagian T iaitu dahi, hidung dan dagu sahaja biasanya yang berminyak, sementara kawasan kulit lain seperti kawasan mata dan pipi sangat kering.
Jika kulit anda berubah mengikut cuaca dan musim, ia juga masuk kategori ini – kadangkala kulit wajah menjadi sangat berminyak tetapi adakala ia menjadi sangat kering.
5) Kulit Sensitif
Kulit selalu terasa kasar, tegang dan kering pada waktu siang. Ia juga senang merah-merah atau terjadi eczema. Kulit jenis ini paling bermasalah dan lemah, malah memerlukan penjagaan yang lebih istimewa.
Antara 5, sudahkah anda kenalpasti kulit wajah anda jenis
yang mana? Kalau masih pening, nampaknya kena buat sedikit ujianlah.
Menguji Jenis Kulit Wajah
Ujian ini mudah sahaja. Lakukan selepas bangun dari tidur.
Ambil tisu muka yang bersih dan lapkan pada kulit wajah. Apa yang anda
perhatikan?
Jika tidak menunjukkan sebarang kesan minyak, kulit terasa
bermaya, elastik dan lembut, maka kulit anda tergolong dalam kategori KULIT
NORMAL.
Jika tisu tidak menunjukkan kesan minyak, tetapi kulit
terasa kering dan tegang selepas disapu, ini petanda kulit tersebut
jenis KULIT KERING.
Untuk KULIT BERMINYAK, tisu akan menunjukkan kesan minyak
padanya terutama pada bahagian T (dahi, hidung dan dagu).
Jika KULIT KOMBINASI, tisu muka akan menunjukkan kesan
minyak apabila disapu pada kawasan T tetapi tiada kesan minyak pada bahagian
lain seperti pipi.
Terakhir, untuk KULIT SENSITIF – kulit jenis ini juga tidak
menunjukkan kesan minyak pada tisu muka, tetapi keadaannya sangat kering,
sensitif seperti namanya, kemerahan, gatal dan cenderung meninggalkan parut.
Jadi, kulit anda jenis yang mana? Harap info di sini dapat
membantu anda :)
Rujukan:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan