Follow Us @bijak.sihat

03 Jun 2017

Bahaya Sakit Mata @ Konjunktivitis?

Anda pernah sakit mata tak? Eh, bahaya tak sakit mata ni?

Bila sakit mata, biasanya mata jadi merah, berair, sakit dan bertahi mata bila bangkit dari tidur awal pagi.

Jaja selalu dengar satu pesanan ini. Kalau ada orang sakit mata, jangan pandang matanya; nanti berjangkit! Ha, anda pernah dengar macam ni juga tak? Bunyi macam kelakar bukan tapi sebenarnya betul tau, sakit mata memang boleh berjangkit. Tapi, bahagian berjangkit akibat pandang mata tu tak berani pula Jaja pastikan. Kena tanya yang lebih pakarlah ya.




Penyebab Sakit Mata @ Konjunktivitis

Dalam organ mata kita, ada satu selaput lutsinar yang melindungi mata putih iaitu dipanggil konjunktiva. Sakit mata berlaku apabila berlaku radang pada bahagian konjunktiva ini.

Konjunktiva pada organ mata


Terdapat 3 sebab bagaimana boleh berlaku radang pada mata, iaitu:
  1. Radang disebabkan BAKTERIA
  2. Radang disebabkan VIRUS
  3. Radang disebabkan oleh mekanisme ALAHAN

Gejala radang kerana BAKTERIA ialah seperti mata merah, bertahi mata, mata melekat semasa bangun pagi, berjangkit ke mata yang lain dan berlarutan dalam seminggu.

Berlainan sedikit dengan radang kerana VIRUS, selain gejala mata merah ialah mengeluarkan cecair cair seolah-olah mata berair. Sakit mata jenis ini boleh berjangkit ke mata satu lagi dan tempohnya agak panjang sehingga ke 2 minggu.

Seterusnya untuk sakit mata akibat ALAHAN, gejala-gejalanya ialah mata merah, gatal mata dan hidung jika ia melibatkan resdung, keluar cairan yang berlendir, mata sentiasa berair, kedua mata sakit pada masa yang sama dan kesakitan boleh berlanjutan buat masa yang lama.


Rawatan untuk Sakit Mata

Jujurnya, kalau anda sakit mata anda buat apa? Ke klinik?

Bagi Jaja sendiri jarang sangat ke klinik disebabkan sakit mata begini, selalunya biarkan saja untuk sembuh seperti sediakala. Tapi semestinya memakan masa jugalah ;) Ops, ini bukan nasihat ya untuk tidak menggalakkan anda berjumpa doktor okey, cuma pengalaman Jaja sahaja. Memang terbaik jika anda berjumpa doktor untuk langkah rawatan okey.

Selain itu, boleh juga ikhtiar dengan selalu mencuci mata secara kerap dan perlahan-lahan selain elakkan menenyeh mata dengan tangan.

Contoh Ubat Sakit Mata

Kalau anda ke klinik, biasanya doktor akan beri ubat antibiotik dalam bentuk titis mata atau salap. Preskripsi begini biasanya untuk sakit mata akibat bakteria dan virus.


Sakit Mata kerana Alahan

Kalau sakit mata akibat alahan, ia mungkin keadaan mata yang lebih kronik. Rawatan doktor juga disertakan dengan ubat-ubatan untuk mengawal alahan dan mengurangkan gatal.

Terjadinya alahan sebenarnya adalah tindakbalas perlindungan badan kita terhadap ancaman kesihatan. Ia berlaku kerana sistem badan memberi maklumbalas kepada pencetus (alergen) untuk pembebasan histamin. Beberapa contoh pencetus alahan (alergen) ialah:
  • Habuk
  • Debunga
  • Spora
  • Bulu haiwan
  • Bauan kimia daripada detergen mahupun pewangi
Pelbagai jenis alergen (pencetus alahan)


Jadi, amat-amat penting sekiranya anda tahu jika sakit mata anda disebabkan alahan, eloklah beberapa langkah diambil untuk supaya kesakitan tidak berulang-ulang selalu.

Motif utama langkah-langkah ini semestinya untuk mengelakkan atau meminimakan pendedahan kepada alergen tersebut dan lain-lain yang dapat membantu. Contohnya;
  • Jangan tenyeh mata dengan tangan, takut-takut radang makin teruk jadinya
  • Pastikan rumah sentiasa bersih dan bebas habuk.
  • Tutup tingkap supaya dapat hindari habuk, spora mahupun debunga yang dibawa oleh angin.
  • Gunakan penyaring udara di dalam rumah untuk menapis udara kotor dari luar.
  • Elak terdedah kepada bahan kimia yang merengsa, dai dan pewangi.
  • Amalkan suplemen Alfalfa dan Vitamin C sebagai ikhtiar mengurangkan gejala alahan dan meningkatkan sistem imun badan.
  • Amalkan suplemen CarotoMax untuk selalu menjaga kesihatan mata.
  • Dapatkan rawatan doktor apabila perlu. Biasanya doktor akan memberi ubat anti-histamin atau ubat titis jenis anti-radang atau steroid.

Sakit Mata: Bahaya ke?

Mengikut tulisan Dr. R. Sukumar dalam satu artikel di MyHealth, beliau mengatakan ketiga-tiga jenis konjunktivitis atau sakit mata ini sama ada disebabkan oleh bakteria, virus atau alahan semuanya tidak menjejaskan penglihatan.

Syukurlah.


Sakit Mata: Mengapa Alfalfa, Vitamin C dan CarotoMax?

Jika di dalam rumah, mungkin mengelakkan alergen itu agak mudah kerana kita dapat mengawal keadaan. Tapi situasi dunia hari ini sudah jauh berubah; kita perlu keluar bekerja di luar sana yang terdedah dengan pelbagai persekitaran tidak sihat, udara tidak bersih dan cuaca yang tidak menentu.

Satu-satunya alasan untuk kita menangkis pelbagai risiko bakteria, virus dan alahan ialah dengan menyediakan badan yang sihat dan 'kebal', iya kan?

Mungkin jika sakit mata disebabkan bakteria atau virus, ia akan sembuh selepas beberapa ketika. Tapi jika sakit mata disebabkan oleh alahan, sudi tak anda asyik menderita sakit mata setiapkali serangan kerana alergen sentiasa ada di mana-mana? 


Mencegah Sentiasa Lebih Baik


Dalam masalah alahan, Alfalfa adalah antara tumbuhan yang terbaik kerana berdasarkan kajian tentang khasiatnya, ia bersifat anti-radang dan anti-kulat.

Vitamin C pula sangat bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita supaya ia lebih kebal penyakit.

CarotoMax adalah ramuan semulajadi yang menghimpunkan semua kebaikan zat untuk kesihatan mata. Semoga mata kekal sihat kerana mendapat nutrisinya yang lengkap dan mencukupi.

Jom jaga mata?

Rujukan: 1) HealthLine.Com
                2) MyHealth




Anda nak cuba Alfalfa, Vitamin C atau CarotoMax? Boleh hubungi Jaja seperti berikut :)

Nama : Jaja @ Zaleha
ID Shaklee : 1227002
Email : zaleha.msaidin@gmail.com
Whatssapp/Phone/Telegram : 011-36198300 / 019-572 8429


Atau anda boleh juga terus membeli tanpa bertangguh lagi. Hanya KLIK BUTTON di bawah. 

Tiada ulasan: