Follow Us @bijak.sihat

19 Disember 2016

Khasiat Bawang Putih I

(Dipetik daripada buku Rasulullah is my Doctor tulisan Jerry D. Gray)

Bawang putih adalah satu-satunya antibiotic yang dapat membunuh bacteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.

Bakteria yang aktif kepada bawang putih adalah bacteria mematikan Bacilus Anthracis. Ia menghasilkan racun antraks. Bahkan, bapa ubat antibiotic, iaitu Luois mengakui, bawang putih mempunyai kesan yang sama dengan penisilin. Darah individu yang memakan bawang putih dapat membunuh bakteria.

Selain itu, terdapat laporan yang mengatakan, aroma potongan bawang putih segar dapat membunuh bakteria yang berjarak 20 sentimeter. Tuberkulosis adalah penyakit yang umum dan sekarang kembali melanda. Dahulu, ia diubati dengan menggunakan bawang putih. Mikro bacteria tuberkulosis sensitive dengan beberapa komponen sulfur yang terdapat pada bawang.

HIV(Human immunodeficiency virus)

Bawang putih terbukti efektif dalam mengendalikan beberapa jangkitan sekunder yang berkait dengan AIDS. Menurut Duke, iaitu Pengarah Immune Enhancement Project of Portland, Oregon, America Syarikat, “Bawang putih dapat menangkal penyebaran HIV 1 dalam tubuh.” Saranan kepada pesakit HIV positif, perlu memakan tiga ke lima ulas bawang putih, pada setiap hari.

Keracunan darah

Ubat keracunan darah ataupun terkena gigitan serangga, rendam bahagian luka dengan air bawang putih serta bahan-bahan daripada bawang putih.

Ibu menyusukan bayi

Satu cara bagi menyembuhkan ibu menyusu yang terkena selesema adalah dengan cara memakan bawang putih. Melalui cara ini, ibu tidak perlu mengambil antibiotik yang mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

Bronktis

Terdapat seorang kanak-kanak yang menderita penyakit bronkitis. Doktor memberikan beberapa antibiotik. Namun, tiada apa yang berlaku. Ibu kanak-kanak itu mula berputus asa. Tidak lama kemudian, seorang jiran memberitahu supaya meletakkan bawang putih mentah pada tapak kaki anaknya. Resepi ini dilakukan pada setiap malam. Ia kemudiannya ditutup dengan pembalut kaki. Selepas dua hari, kanak-kanak itu yang berusia empat tahun, sembuh seperti sediakala. Subhanallah.

Kanser

Senyawa allium (genus onion-garlic), yang ada pada bawang putih, dapat meningkatkan kekebalan tubuh, menjaga supaya karsinogen, iaitu kemungkinan penyebab kanser tidak dapat masuk ke sel-sel tubuh. Ini mampu menghalang perkembangan tumor. Dially sulfida, iaitu komponen minyak bawang putih juga dapat membuang karsinogen tidak aktif pada hati. Hasil penelitian menunjukkan, bawang putih sama seperti bawang merah, daun bawang, dan daun timah. Ia dapat menurunkan risiko kanser perut dan usus.

Kolesterol

Dewasa ini, terdapat lebih daripada 12 kajian menunjukkan, bawang putih dapat menurunkan kadar kolesterol.

Batuk, selesema, dan hidung tersumbat

Menggabungkan madu, bawang merah, dan bawang putih mampu menciptakan satu ubat yang efektif untuk hidung tersumbat dalam sistem pernafasan. Menurut pakar herba, gabungan bahan-bahan ini baik untuk system pencernaan, sendi-sendi dan hati.

(bersambung..)

Tiada ulasan: